Morning, bertemu kembali kita cerita hari ke dua program lawatan Penanda aras JPN Sarawak di Sabah.
Baru sempat nak menambah ulasan disebabkan jadual agak pax & line internet yang agak slow 😅
Di bawah, sebahagian gambar awal pagi.
Kak minah & kak ida sempat sarapan awal pagi dekat hotel...
Para driver dah sedia untuk bertugas 😅
Di bawah, gambar2 rombongan penumpang van yang sedang menunggu van 😅
Alhamdulillah... Ke JPN Sabah kita
JPN Sabah yang tersergam gah 🤩🤩🤩
Sempat bergambar kenangan di pintu hadapan JPN Sabah 🤗
Rombongan Sarawak disambut mesra oleh En. Sulaiman (KOD KK) memandangkan KS & KON Sabah pergi menghadiri kursus di KPM. Ko mmg Paisal, aku mai Sabah, ko lari pergi tempat lain 🙄🙄🙄
Carta organisasi SPsK Sabah. Lebih ramai staf mereka berbanding SPsK Sarawak yang hanya ada 2 orang staf sahaja 👀👀👀
Tn. Hj. Mos sempat posing maut di satu sudut di dalam bilik sektor ni.
Apa lagi, semua yang lain nak berposing mengalahkan model 🤣🤣🤣
Acah2 di tepian sungai 😬
Gambar kenangan bersama Jue & Tn. Hji. Mos 😁
Qama sempat posing... 😁
Kak Amal pun tak nak kalah 😅
Just feelng2 model tepi sungai 😅
Kak Ida & Kak Minah a.k a geng otai tak mensiakan peluang berposing 😂
Geng gagak hitam yang super macho 😅
En. Sulaiman sempat menunjukkan view indah JPN Sabah menghala ke pusat bandaraya Kota Kinabalu 😲
En. Stanley (staf SPsK Sabah) sempat memberi penerangan mengenai SPsK Sabah 🤔
Majlis penyampaian cenderamata 🤩
Selepas itu kita orang dijamu dengan jamuan ringan 😋
Bila geng otai beraksi, Kak Ida & Kak Minah menjadi tukang tuang air. Si Lorin pula kamboh menolong menceduk Mee yang Bagaikan pisang goreng di pasar malam 😅
Juadah yang dihidangkan oleh Sabah 😋
Part ni rasa nk ketawa besar aku, tapi nasib baik dapat tahan. Apa taknya, kita orang Bagaikan disorongkan bantal dengan makanan pagi. Aku sendiri dua kali tambah ok, sebab berpuasa sejak pagi tadi #mood jimat sgt semua 😂😂😂
Sewaktu kita orang makan, wakil Sekretariat AKRAB Sabah baru sampai.
JPN Sabah tidak ada AKRAB yang dilatih dalam kalangan staf di JPN. Mereka ni sebahagiannya merupakan guru besar & pegawai2 DG yang bertugas di PPD berdekatan Kota Kinabalu.
Sambil makan, sambil berbual dan berkongsi mengenai AKRAB masing-masing.
Tn. Hj. Mos bersama En. Sulaiman 😁
Gambar2 kenangan di SPsK Sabah 🤩
Tn. Hji Mos Dan En. Sulaiman sempat merakam gambar kenangan di bilik KS SPsK Sabah 😬
Tn Hj Mos sempat memberi amanat 🤩
Sesi chit-chat dengan Sekretariat Sabah 🤗
Menerima cenderamata dari Sabah 🤩
Tn Hj Mos menandatangani buku pelawat sektor sambil diperhatikan oleh En. Abdul Hadi (driver SPsK Sabah), Kak Tikah & Kak Amal sempat menyelut di tepi 😬
Sempat snappy EKSA Sabah yang boleh dicontohi 🤩
Setelah selesai sesi beramah mesra, kita orang teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya 🤩
Gambar van yang setia mengikuti van yang kita orang naiki dari belakang 😁
Duduk di belakang sekali dgn Jue & abg Yus 😬
Sempat singgah di stesen Petronas untuk isi minyak & menukar pakaian...
Actually, perjalanan yg ingin dituju ialah Kundasang (iaitu menggunakan jalan Tamparuli). Namun disebabkan oleh kesilapan arahan co-driver kita orang, perjalanan kita orang berterusan menuju ke Tuaran dan melalui Kota Belud 🤐🤐🤐
Mungkin ada hikmahnya, dapatlah melihat tambahan destinasi 😅
Sempat singgah makan tengah hari di Kedai Ikan Bakar tidak jauh sebelum sampai Kota Belud 🤩🤩🤩
Ni dia pekan Kota Belud, kalau di Sarawak lebih kurang Serian macam tu kot. Kita orang just lalu sebab nak kejar masa.
Perjalanan seterusnya lebih mencabar bukan setakat jalan yang curam, ditambah dengan hujan turun menyebabkan jalan yang sedia curam & kecik serta tidak rata menambah cabaran perjalanan kita orang. Ia sedikit sebanyak mendegupkan detik jantung setiap rombongan 😲😲😲.
Semua berdoa agar perjalanan tidak berlaku sebarang masalah 🤗🤗🤗
Pemandu van pertama (Shaun) yang sentiasa tenang 🤩
Diikuti pemandu van kedua (Maulana) yang sentiasa mengikuti van pertama dari belakang.
Alhamdulillah, setelah mengharungi perjalanan yang mendebarkan, akhirnya sampai juga pekan Kundasang 🤗🤗🤗
Perjalanan diteruskan ke ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia), Kundasang. Bayaran penginapan + makan minum (minum petang+makan malam+sarapan pagi) = RM39 setiap orang adalah sangat berbaloi berbanding di tempat lain 🤗🤗🤗
Sebaik sampai, kita orang terus dijamu dengan minum petang 😋😋😋
Kucing comel ILIM, Kundasang yang menyambut ketibaan kami semua 😍
Selepas itu, check-in setiap bilik 🤩🤩🤩
Alhamdillah, dapat tidur dengan selesa 🤗🤗🤗
Sesi sebelah petang, sebelum makan malam dihidangkan, semua gigih berkeliaran mencari sudut2 yang dapat menterjemahkan betapa indah & gahnya gunung Kinabalu 🤩🤩🤩
KS yang sempat pose dihadapan pintu masuk ILIM
Aku juga tidak melepaskan peluang untuk kenangan-kenangan 😬
Jue pose di bawah pokok 😬
Tengok tu, betapa kanak2 riangnya mereka 😂😂😂
Di bawah ini merupakan sebahagian gambar kenangan kita orang untuk hari ini.
Tidak perlu lagi diungkap dengan kata2 mahupun coretan yang kita sendiri tahu betapa excitednya semua 🤩🤩🤩
Kesemua gambar di atas ni ialah hasil kerj keras Pidot. She is very creative dalam mencari angel2 cantik picture walaupun view gunung Kinabalu itu sudah sememangnya cantik bangettt dong (mati la Indon sesat) 😂😂😂
Geng bunga2 berenam yang sentiasa bersama-sama ke mana saja 😅
Geng gagak hitam in memory 😂
Qama sempat merakam kenangan dengan bunga Ros yang sedang berkembang. Sepanjang tepi jalan bangunan ILIM Kundasang ini memang dipenuhi bunga2 Ros cantik & ofcoz sukar untuk terdapat di tanah rendah kan 🤔🤔🤔
*Actually, lebih kurang 500 gambar yang diambil sepanjang petang ini, yang menunjukkan betapa gigihnya masing2 merakam gambar kenangan yang sudah pasti bukan selalu untuk disimpan dalam memori kenangan masing2 😂😂😂
Alhamdulillah, jamuan makan malam yang disediakan. Walaupun masing2 sudah kesejukan 🤣🤣🤣
Aktiviti selepas makan di bilik masing2. Bagi merehatkan diri masing2 untuk perjalanan keesokkan harinya pula... 🤩🤩🤩
*p/s: tengah2 malam buta ada bilik yang berkaraoke memecah suasana sepi di ILIM, Kundasang 😅😅😅
Tiada ulasan:
Catat Ulasan