Khamis, 6 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 4)

Tiba masanya hari last stay di Nomad hostel 😢😢😢 coz dah booking dekat hostel lain untuk 3 malam seterusnya.

Selepas checkout, tinggalkan beg kat kaunter sebab nak keluar berjalan dulu. Hurm..., hari ni hujan. Hujan turun tak kuat, tapi nampaknya berpanjangan coz biasa kat Malaysia kalau hujan lebat akan lebih cepat berhenti 😝

Tujuan asal nak menuju area Auckland Domain yang meliputi kawasan tanah tinggi Eden & pergi kawasan sekitarnya. Walaupun hujan rintik2, redah jugak. Last2, dah nak dekat, terpaksa berpatah balik sebab hujan macam makin lebat 😢

Ni view highway dekat tengah bandaraya Auckland.

Balik Nomad hostel, ambik beg & pergi ke Metro Backpackers area Hobson St. Aku nasihatkan buat yang 1st time datang ke Auckland, better stay area Downtown, Queen St coz tempat tu paling dekat dengan segala transportation & lagi meriah.
Macam tempat stay kedua aku ni nampak tak meriah & sunyi saja. Mungkin dah kira area pinggir2 bandar kot.


Disebabkan waktu aku sampai, belum masa checkin bilik, so aku tinggalkan beg dekat kaunter & berjalan merayau area2 berdekatan situ.

Sebab aku dah google kedai makan halal, ada kat area Karangahape Rd. Sebenarnya ada dua kedai makan halal Malaysia situ, Sri Pinang & Uncle Man's. Aku buat keputusan untuk makan dekat kedai Uncle Man's saja.

Ha, sempat snappy senarai harga makan kat kedai Uncle Man's  😝


My lunch + dinner today Nasi Daging Blackpepper = NZD12.50. Air tak order pun sebab memang dibagi free air kosong satu botol.

Lepas tu, balik hostel & checkin.
Masa checkin kena bayar NZD81.00. Walaupun aku book by Agoda, tapi pembayaran tetap dibuat secara cash. Kiranya kredit card tu sebagai gadaian la. Klu ko tak jadi book @ tak datang, pihak hostel akan potong melalui kad kredit ko.
Hurm, my new room be like. I think my roomate ni lelaki coz nampak kurang tersusun barang2 mereka 🤐 (mati la ngmpt dlm blog)


Hostel ni lebih bagus coz plug charger memang disedia setiap katil berbanding hostel sebelum ni. Mudah la ko nak charge hp khasnya kan. Kang xde bateri phone, tak mampu la ko selpi2 🤐🤐🤐

Total spending today:
1. Makan = NZD12.50
2. Bayar hostel (3 malam) = NZD81.00

Total = NZD93.50