Isnin, 5 Disember 2016

3rd Day Tokyo, Japan trip (5 Disember 2016)

Hari ketiga ni keluar dari Bandaraya metropolitan Tokyo pula. But, its really nice memory walaupun cuma 2 tempat yang ditarget pergi iaitu Museum Fujiko a.k.a Muzium Doraemon & Yokohama.

Amacam fashion caca-merba hari ni? 😂
Nak pergi muzium tu, gigih punya berjalan ke area Shinjuku semata2 nak berjimat n malas nak tukar2 train. Just guna JR train je dari Shinjuku (ambik Odakyu Line). Nak dijadikan cerita, rupanya aku termasuk ke dalam train yang sederhana laju n just berhenti certain2 tempat je. Nasib baik aku cepat2 tanya budak Japan duduk sebelah aku. Dia cakap station tu dah lepas n aku kena kluar tukar balik arah train bertentangan. Masa nak tukar ni plak aku dah gabra sebab takut makin sesat. Cepat2 tanya sorang kakak ni. Ya ampun, sampai ke depan pintu train dia tunggu aku nak pastikan aku tak salah train. Im very salute dengan 'sikap menolong' bangsa Jepun. Thanks a lot 🤗
Sampai je station Mukogaokayuen, aku jalan kaki je sebagaimana peta kat atas. Senang je nak sampai, asal jalan tepi2 sungai tu je.
Tengok, apakah imej itu 😅... Sepanjang jalan kat sungai tu memang ada imej tu, sah2 la kawasan betul nak sampai Muzeum Doraemon kan 😍
Atas ni gambar bangunan muzium Fujiko.

Alhamdulillah selamat sampai. Rupanya ada kawasan dalam tu tak dapat ambik gambar, cuma dibenar certain2 area je. Bawah ni ofcoz la area yang boleh take picture kan. Kita layan dulu 😂
Masa dalam muzium tu, berkenalan pula dengan sorang kawan ni. Lupa nama *mati la aku very d nyanyuk 😅. Dia ni menetap kat Australia, tapi lahir kat China. He is very nice to talk with 🤗
Next pit-stop, pergi Yokohama pulak. Kena jalan kaki ke station Shukugawara station. Ingatkan senang n train terus sampai Yokohama. Nasib baik aku sempat tanya sorang kakak jepun ni hal ke Yokohama. Then, sampai satu pit-stop tu dia cepat2 suruh aku kluar tukar train (walaupun bercakap macam ayam n itik tapi semangat membantu mereka ni sangat tinggi 😂)
Akhirnya sampai gak aku Yokohama 😍😍😍... bukan main hooray rasa. Aku ingatkan bandaraya ni kecik, keluar je station, aku blur tak tau arah nak dituju. Boleh dikatakan 2, 3, 4 kali aku keluar masuk pintu ni. Rupanya kena pergi pintu sebelah bertentangan. Ko ingat station ni kecik macam kat negara asean?... nak berjalan ke pintu satu lagi tu pun dah azab 😂
Yeah... im on d rite way.. saksikan keindahan Bandaraya Yokohama. Aku rasa dah macam KL or lagi besar. Apa taknya, jalan berlapis2. Yang aku jumpa tu 5 lapis jalan. Scary tengok 😂. Yang aku target p area tepi2 sungai ni je. Area tepi2 sungai ni x meriah sangat macam Tokyo n rasa sangat tenang n aman. klu tau, nak bermalam semalam kat Yokohama 😍😍😍
Inilah makanan wajib aku kat Japan *sebab mudah nak beli, sedap n yang penting MURAH berbanding makanan lain 😂
Balik dari Yokohama, terus ke Shinjuku pergi Daiso. Then, jalan kaki balik ke hotel 😅

Tokyo video (2nd day)


2nd Day Tokyo, Japan trip (4 Disember 2016)

2nd day story p jalan kaki *very d berjimat huhu... p area Sinjuku, Harajuku & Shibuya 🤗


Ni taman2 area Shinjuku Gyoen Garden. Untuk masuk kena bayar, aku yang berjimat cermat ni ofcoz tak la kan. sekadar lalu tepi taman n ambik2 picture je... cantikkan. sekarang ni musim peralihan antaran penghujung musim luruh n awal musim sejuk...
Then sempat2 rehat kat Shinjuku Station n dapatkan info kat tourist information kat tingkat 3 bangunan.
Then terus book tiket bas ke Kawaguchiko kat tingkat 5 dengan kos pergi balik 3,500 ¥ 😂
Lepas tu terus menapak ke Tokyo Govertmnt building. FREE je naik ke menara peninjau dia kat Tingkat 45. Boleh tengok sepuas2nya betapa besar n padatnya Bandaraya Metropolitan Tokyo 😍😍😍
Lepas tu, ada lalu area Harajuku. Masuk ke Yoyogi Park. Ni merupakan taman terbesar kat area tengah2 bandaraya tokyo ok. lenguh lutut ko nak berjalan. untuk masuk sesuatu kawasan kena bayar. tapi, confirm la aku tak masuk 😅
Tengok bawah ni. peta park tu. besar giler2 bxxx kan 😂
Then terus jalan kaki ke Shibuya semata2 nak tengok bukti kebenaran betapa bznya Shibuya crossing street. gigih ko berjalan sampai kaki lenguh. yup, memang ramai giler umat manusia melintas jalan pelbagai arah *tak tau lew mereka ni wujud dari mana 😂
Masa nak balik tu. boleh plak tersesat ke jalan lain. sampai terserempak ngan kawasan pokok2 ni. ya ampun, cantik giler....
Daun2 pokok tu. rupanya pokok tu ialah pokok ginkho (yang aku ingat) yang banyak diguna untuk ubatan. kat sini bersepah je 😂
Sampai je kawasan aku stay. sempat plak menyopping kat lawson. sebab tengok harga murah (semua tu just 324 ¥ je), so beli je la untuk kegunaan. tak la aku dok terketar2 je huhu
Then, last minute buat keputusan, aku menapak plak malam2 buta ke Lawson lebih kurang 2KM dari tempat penginapan aku sebab kedai Lawson yang dekat tempat aku tinggal tu tak ada perkhidmatan booking muzeum ni. Tiket masuk 1,000¥ 😂
yeah!!! besok nak p muzeum fujiko a.k.a muzium doaraemon 😍😍😍