Isnin, 16 April 2018

7th day trip (17 April 2018)

My second last day. Hari ni nak pergi jauh sikit ye huhu
Sebelum mulakan perjalanan, pergi makan dulu. Area sebelah kedai mee yang aku makan hari tu plak. Kedai ni nampaknya pekedai die tau berbahasa Inggeris & lebih ramah. Siap tegur aku dari mana & muka chinese look huhu

Then, terus ke Stesen Zoo. Hari ni nak melawat Zoo Taipei 🤗🤗🤗 Bayaran masuk sangat murah, just TWD60 @ RM6.50 gitu.


Tiket masuk 🤗🤗🤗

Luas ye, bukannya kecik zoo ni.

Tujuan utama ialah nak tengok panda. Ye la kan, kat Malaysia mahal bebenor nak tengoknye. Yang ni, masuk je Zoo Taipei & boleh tengok free.


 Bangga plak, rupa2nya hanya ada beberapa negara sahaja China pernah bagi letak panda kat zoo ok. Sebabnya, panda ni kira haiwan kepunyaan negara China gitu huhu

Lepas tengok haiwan2 lain, kite pergi ke area gondola untuk naik ke Maokong.

Ni la gondolanye ye. Macam yang aku naik kat Macau hari tu. Cuma yang ni lebih panjang & curam ye.

Ni stesen2 pitstop gondola tu nak sampai area Maokong atas tu.

Sampai pun. Kira ala2 Genting Highland la ni. Just tempat die kecik je & xde mall besar, hotel & theme park ala2 kat Genting huhu

Lepas puas, kite pergi Tamsui pula

Tamsui ni kira area nak dekat menghala ke laut. View kawasan ni sangat la cantik & tenang. Kat sini ada gak kedai2 ala2 nite market & harga pun kira ok berbanding kat Taipei.

Balik dari Tamsui, singah makan kat kedai makan jawa indonesia kat Main Station. Ni harganya TWD200 ok huhu

Lepas tu, pergi ke Shongshang nite market. Hajat nak cari cenderamata. Tapi, balik tangan kosong 😢😢😢 Pe taknya, harga frige magnet die mahal giler. TWD50 ke atas 😭😭😭

6th day trip (16 April 2018)

Dah masuk hari ke 6 travel, rasa begitu pantas masa berlalu 😢😢😢
Kita pergi naik MRT area Chiangkaisek Memorial.

Sebenarnya nak terus pergi Chiangkaisek Memorial, sebab dekat stesen MRT tu tak de tunjuk arah mana nak pergi Chiangkaisek Memorial, tersilap arah & terpergi la National Taiwan Museum. Sempat la pose2 situ kejap.


Rupanya untuk pergi Chiangkaisek Memorial ni kena arah yang bertentangan tadi. Sesampai je area situ. Oh my god, happy giler biler tengok kawasan die yang cantik sangat. Tambahan, taman die diplan dengan cantik giler ok.

Orang bz nak tengok Chiangkaisek Memorial, aku plak bz ambik gambar taman2 die. Memang tak dapat aku nak gambarkan sebab cantik & luas sangat ok 🤗🤗🤗

Lepas pergi Chiangkaisek Memorial, terus pergi Taipei Grand Mosque sebab tak jauh sangat.

Perut pun dah berkeroncong, terus cari kedai halal tepi masjid tu je. Restoren indonesia.

Ni dia menu + harganya. Forme, harga dia tak terlalu mahal berbanding kat HongKong/ Tokyo/ Korea/ Sydney yang pernah aku pergi.

Kita makan dulu 🤗🤗🤗

Lepas makan, jalan2 area Daan Park kat seberang area tu je. Taman ni besar ye.

Then, pergi Taipei 101 yang satu ketukika dulu pernah jadi bangunan tertinggi di dunia huhu... Kat Taipei ni memang payah ada bangunan tinggi sebabnya taufan dari Laut China Selatan sangat kuat k. Masa aku kat situ pun dapat rasa begitu kuatnya angin die walaupun ni bukannya musim die. Im so excited sebab tujuan utama ke Taipei dah tertunai 🤗🤗🤗

Then, pergi area area Songshan. Area ni banyak orang kedai2 jual barang. Tapi, kebanyakannya baju perempuan 😢😢😢

Sebab dah penat berjalan, kita balik semula ke Taipei Main Station. Susah benar aku nak faham selok belok jalan dalam stesen ni sebab besar sangat. Sempat snappy gambar untuk rujukan kot2 esok lusa pergi lagi huhu