Ahad, 9 September 2018

Auckland, New Zealand (Last Day)

Hari ni merupakan hari terakhir di Auckland. Memandangkan masa checkout sini sebelum jam 10 pagi a.k.a 6 pagi waktu Malaysia, maka gigihlah bangun awal 😵😵😵

Lepas hantar selimut & kunci dekat kaunter, simpan beg kat rak & terus keluar berjalan sekitar bandar Auckland. May b, lepas ni tak berpeluang lagi sampai ke sini. Seminggu di sini bagaikan baru semalam sanpai #sedih la plak huhu 😢😢😢
Biasa la adat pertemuan pasti ada perpisahan 🀐🀐🀐




In memory...

Sebab dah beli tiket bas ulang-alik, so balik guna Sky Bus.

Disebabkan sampai awal sangat2 airport, merepot la aku di airport 🀐🀐🀐 (Padahal kat negara negara sendiri selalu jadi orang yang paling last masuk flght 😂😂😂). Nasib ada wifi free. Tapi 45 minit je FREE 😢.

Nasihat aku buat yang nak bercuti ke New Zealand:

1. Klu datang sini pastikan ko tak bawa barang2 yang tak dibenarkan oleh NZ. Imgrsion NZ ni paling strick setakat aku pernah travel. Semua pelacong dari luar pasti akan dicheck beg A-Z satu2. Klu ada terbawa barang yang tak sepatutnya, declare awal2 kat borang declaration.

2. Untuk bercuti di NZ ni adalah lebih baik berkumpulan. Coz ko boleh sewa keta & travel banyak tempat selain kat bandar Auckland ni je. NZ ni masih kaya dengan alam semulajadi yang sentiasa mereka jaga.

3. Cara paling jimat dari Airport Auckland ke Auckland city ialah dengan naik bas ke station train Papatoetoe. Dari situ, naik train ke Auckland city (Britomart). Ko lebih jimat dekat NZD10 @ dalam RM27 ye. Yang biasa orang tau guna Sky Bas je 🀐

4. Auckland city ni sangat mudah, kecik & tak sebesar bandaraya lain k.

5. Kedai makanan halal bagi aku mudah nak jumpa. Tinggal duit ko banyak ke tak je almaklum la nilai duit NZ lagi tinggi dari RM 🀐🀐🀐. Klu ko spesis berjimat macam aku, beli siap2 roti2 untuk alas perut dari Malaysia & makan nasi sekali sehari je. Klu ko nak jimat lagi, berpuasalah 😇😇😇

6. Waktu checkin hostel backpackers sini jam 2 petang, sama macam hotel kat Malaysia. Tapi waktu checkout bukan main awal iaitu jam 10 pagi. Tapi lepas ko checkout, ko still boleh simpan je beg2 ko dekat hostel dulu & ko p la pusing2 bandar Auckland sampai muntah 😂😂😂

7. Musim bunga ni suhu dia sejuk boleh cecah 10°C or below ye. Nasib baik aku bawak baju lebih, maka berlapis2 la pakaian aku. Ingatkan nak sexy2 sikit sambil2 selpot tepian bunga2 yang sedang mekar #mati la sengal 😂😂😂


Im back... #im Malaysian 🀗🀗🀗