Ahad, 16 April 2017

3rd day Sydney video


3rd day in Sydney

Yummy...
hari ni pagi2 terus pergi Paddy's Market sebab isnin smp rabu pasar ni memang tutup. Biasa bc, orang beli cenderamata kat cni le.
huhu.. melencong ke bhgn buah n syrn. ya ampun, murah giler ok. ada jual 1 bngks 2AUD, Klu beli 3 bungkus dapat harga 5AUD. Rambang mata aku. klu tinggal kat cni mmg puas makan buah ni 😍😍😍


ni kedai cenderamata yang aku tengok kat blog seseorang sebab dia cakap sini murah. Bila dah beli n jalan ke kedai lain,macam sama je harga mereka jual 😂

Ni je yang mampu dibeli, pisang 1.70AUD, Anggur sebungkus 2AUD. Nasib cepat2 balik, klu tak habis diborong aku, dah aku stay tinggal 2 hari je lagi 😂😂😂

Next destination, ialah nak terjah Universiti Sydney yang famous tu. Wow... I feel amazing 😍😍😍

  • Bangunan utama University Sydney


Teringat zmn U 😭😭😭

Lepas penat ambik picture macam2 pose... jom jalan kaki ke Coogee Beach plak. Hari ni konsep berjimat cermat tanpa guna Opal kad 😂😂😂

Masa otw nk p Coogee Beach, lalu Malaysia Hall, jauh gk rupanya dari kawasan pusat bandar. Tapi x lama lagi akan ada kemudahan light real sebab ada tengok mereka tengah buat.

Setelah dekat 2 jam bejalan, baru sampai Coogee Beach huhu... jom cuci mata 😂😂😂


Ni merentas sepanjang coastal road tepi2 pantai nak pergi Bondi Beach. Pantai die kejap berpasir, kejap tanah tinggi, kejap berbatu, unik sangat. Patut la Sydney ni diiktiraf punya pantai2 yang lawa n unik 😍😍😍


Laluan die...

Ambik ko, klu lalu waktu malam kat cni x tau la 👻👻👻

Ni Bronte rasanya, sebenarnya banyak sangat pantai or bay sepanjang lalu nak ke Bondi tu. Dah orang ramai macam nk pergi concert sebab ni kan cuti hujung minggu yang panjang untuk yang dok Aussie (mereka cuti good friday & easter monday) 😅😅😅

Ni baru Bondi Beach. Bagi aku biasa je. Lagi meriah Coogee Beach sebab macam2 aktiviti kat ctu berbanding Bondi.


Kita balik dulu, sempat singgah stesen minyak. Melayang 3AUD tapi rasa coklat dia memang pekat n x macam kat mlysia k 😅😅😅

Sampai je area city, fikir nk p Malacca Straits, tutup la plak.


Then pergi PappaRich, ramai orang.


Last2, pergi semula ke Its Time For Thai lagi 😂😂😂

Malam ni makan nasi ikan masin je. Harga 11AUD 😅😅😅

K, jumpa lagi 👋