Hari ke 3 di Seoul. Kali ni keluar dari kehidupan bandar pulak sebab nak menikmati keindahan alam flora Korea 😅. Yang lain tu, ikut masa, klu sempat kita orang pergi.
Kita orang ni memang janji melayu betul. Hari ni lagi teruk. Bangun2 je dah jam 10 pagi waktu Seoul (mati la suboh dinasour jadinye 🐊). Mungkin sebab penat sangat bejalan semalam menyebabkan kita orang berempat tidur mati 😂. Sedar2, dah pagi nak tengahari ok 😅. Janji dengan member and bininya jam 7.30 pagi nak gerak awal sebab nak sampai nami island memakan masa yang lama sebab ia terletak di luar daerah Seoul.
1. Nami Island
Selepas semua selesai sarapan (mee maggie je 😥). Kita orang pun bergerak pergi guna subway. Just ambik subway line itaewon and tukar beberapa stesen sampai ke station Gapyeong.
Sesampai je Gapyeong, kelihatan beberapa orang je (nampak sangat kita orang dah lewat kan 😰). Dari station Gapyeong nak pergi ke jeti Nami Island, kita orang just guna bus city tour sebab dapat kupon free dari KTO (rujuk entry lepas macam mana nak dapat kupon2 FREE tu k 😆). Almaklum la, kat negara yang kos idup tinggi ni kita kena gunakan segala kemudahan FREE yang ada kan 😂. Masa mula2 tak sure nak tunggu mana, kat depan station Gapyeong tu ada information counter. Aku masuk and tanya pekerjanya. Tapi dia guna bahasa Korea plak kat aku sambil bagi pamplet yang ada picture bus. Ke sebab muka aku ni ala2 Korea kot *mati la perasan 😅. Bila kawan tak puas hati, sorang kawan lagi masuk dalam pergi tanya. Kawan bagitau tunggu bus tu menghala ke seberang jalan. Beberapa minit, bus pun muncul, bila tanya pakcik driver bus sambil tunjuk kupon free, rupanya kena tunggu seberang yang mula2 tadi plak huhu (maksudnya tak perlu menyeberang jalan pun). Cun plak bus city tour tu sampai. Pe lagi, dengan pantasnya kita orang berlari ke seberang jalan 😅. Dalam bus tu ada beberapa orang je, dah agak yang kami ni dah lewat sebab banyak blog crite mereka terpaksa beratur panjang and ramai orang 😨. Kita orang siap boleh berjimba and duduk mana2 ko suka dalam tu ha3
Setelah melalui perjalanan dalam 20 ke 30 minit, kita orang pun sampai jeti terminal Nami Island. So excited walaupun aku tak pernah tengok crite Winter Sonata 😂. Sebenarnya nak ke sana ada 2 option, samada naik feri or flyingfox. Ofcoz la kita orang pilih yang paling murah huhu. Klu flyingfox tu lebih murah dari naik feri, aku sanggup je walaupun aku ni spesi$ gayat nak mampus- demi nak jimat punya pasal huhu 😂. Naik feri just bayar 8K ₩ je.
Bila feri sampai, terpegun aku seketika apabila dalam banyak2 bendera kat atas feri tu, bendera Malaysia kat tengah2 (nampak sangat hubungan Malaysia-Korea Selatan akrab kan). Rasa bangga seketika. Pengunjung pun dah tak ramai, so tak perlu nak berebut2 naik feri 😆
Sebenarnya Nami Island ni kat seberang je and tak sampai 15 minit pun dalam tu. Yang aku baca, pulau Nami ni terbentuk apabila kerajaan korea membina empangan menyebabkan terbentuk pulau kat tengah2 antara sungai tu. Dulu memang la pulau ni tak famous langsung, tapi sejak cerita Winter Sonata meletops seluruh dunia, ia jadi tarikan pelancong tak kira tempatan or luar negara.
Sampai je pulau tu, apa lagi. Excited bergambar punya hal. Aku dan group berpecah plak sebab tak tau plak yang 4 tu pergi ke mana. Tinggal aku & sorang kawan je. Pe lagi, posing ar puas2 kat sepanjang perjalanan dalam pulau tu. Aku tabik spring la dengan orang korea sebab mereka pandai menggunakan segala benda yang ada, padahal klu fikir betul2 biasa2 je benda2 yang ada kat pulau tu, tapi menarik. Last2, aku kami 2 terjumpa bangunan Picture Book Library, aku pun cadang ngan member supaya solat dulu kat situ and lepas tu baru makan sebab kat situ ada restoran yang agak murah set makanannya (walaupun 10K ₩ 😂, klu kat bandar Seoul lebih dari tu wei 😭). Jangkaan aku tepat, kawan2 yang lain ade gak singgah kat situ untuk solat 😅. Lepas solat kat tingkat atas, kita orang memenuhkan perut 😨. Lepas tu plak aktiviti photoshoot la. Nasib kali ni tak berpecah. Dapat la rakam banyak gambar bersama. Jangan plak termuntah tengok pose2 kite orang tu 😅.
Masa kat pulau tu memang tak terasa dekat jam 5 petang huhu. I really suggest to anyone yang pergi Seoul kena pergi Nami Island 😆. Bila tengok dah lewat, kita orang pun cepat2 ke tempat tunggu feri nak balik ke seberang. Nasib tak lama sangat tunggu sebab tu feri baru nak sampai. Nak balik ke Gapyeong tu kita orang guna bus city tour tu semula (tunggu depan 7E). Dalam beberapa minit, sampai. Ingatkan pejalanan sekejap je, rupanya bus tu pusing satu daerah, ambik pelancong kat Petite France and nak sampai ke satu station subway tu agak2 dalam 1jam lebih gak. Dah jalan tu pusing2 n buat pening kepala, member2 semua dah tak sabar. Last2 bus tu berhenti kat station Cheongpyeong. Kami buat keputusan turun je station tu dari merasa azab lama lagi. Bila aku rujuk map, rupanya station tu lagi depan dari Gapyeong station huhu... sekarang beralih ke part menunggu yang azab. Sebab utama kita orang confius dengan papan tanda kat stesen tu, aku rujuk maps memang selepas station tu yang sebelah kiri tu menghala ke Daeseong-ri, and kanan ke nama lain (aku tak ingat). Penumpang lain yang tunggu dah naik train yang sampai arah tu. Tapi kami tetap tunggu train arah ke Daeseong-ri. Dah hari makin lewat 😂. Tunggu punya tunggu, train sebelah bertentangan tu pulak sampai kali ke 2, kami ambik keputusan naik je la train tu dari tertunggu lama. Rupanya train tu pun memang lalu ke Daeseong-ri. Sabar je la. Dah kami plan nak ke Namsan Tower bersempena malam last. Jam pun dah dekat jam 8 malam huhu...
Memang cemas gila. Masa nak tukar train ke Myeongdong tu plak confius semula nak tunggu kat mana. Ada kawan tertengok perempuan bertudung and terus bagi salam tanya direct dalam melayu -mati la confident kawan aku tu. Sah2 memang orang Malaysia, group cikgu2. Rupanya mereka pun nak balik ke Myeongdong gak sebab mereka stay situ 😅.
2. Namsan Tower
Masa sampai Myeondong, group cikgu2 tu ade suggest naik cab je ke atas tu and then naik cable car. Sebab aku dah buat research yg naik cable car tu agak mahal (mati la kedekekut 😂). Cab tak dapat hantar direct ke atas, just hantar sampai laluan nak ke cable car tu. Kami buat keputusan tunggu bus je la walaupun jam dah pukol 10 malam. Yang penting, sampai atas tu. Nanti turun bawah fikir kemudian huhu. Lama gak la tunggu bus nombor 05 depan Myeongdong ni. Berdebar gak kot2 sampai2 kang dah tutup plak sebab jam 11 malam tempat tu tutup.
Alhamdulillah, akhirnya bus pun sampai. Ya ampun driver bus ni bawak bus ala2 drift ha3 😂. Selepas melalui lebih 10 hentian, kami pun sampai kat stesen bus Namsan Tower. Kami just guna T-Money je. Wow! Murah giler ok. Just 100₩ je rupanya tambang walaupun perjalanan jauh tu. Klu tau dari awal, better naik bus kat Seoul, sebab very cheaper dari naik subway 😨. Just kita kena tahu tempat yang nak dituju. Tu je.
Sesampai je Namsan Tower stesen tu, kita orang pe lagi terus pecut naik ke atas sebab untuk sampai area pelancong tu kena menapak lagi dalam 200meter kot. Pe lagi, posing la kita orang ngan berlatar belakangkan Namsan Tower & Metropolis Seoul yang bergemerlapan huh 😅. Masa tengah bz posing macam2 style ala2 ANTM, kita orang dengar announcement yang tempat akan ditutup. Baru perasan satu tempat yang tak pergi iaitu kawasan penuh mangga cinta tu. Bila pergi situ, pekerja tu dah tak benarkan naik ke kawasan tu. Hampeh 😭.
But, we are really happy becoz dapat gak menjejak kaki ke Namsan Tower yang sebenarnya plan asal nak g malam 1st then tunda 2nd malam, and last malam baru berjaya gak pergi huhu 😆. Kami memang tak plan naik dalam tower tu, sebab nak jimat & menikmati view Seoul je 😨
Then, untuk balik ke Itaewon tu kami ambik bus nombor 03. Murah je tambang bus tu (guna T-Money) just 200₩. Tapi hati kena lasak la dengan keadaan laluan nak turun bukit tu yang berpusing2, sampaikan ade member pening kepala. But, its a great memory for us sebab selain naik subway, sempat gak merasa naik bus kat Seoul ni 😅
3. Masjid Seoul
Sampai je Itaewon, kami ber4 ambik keputusan nak pergi ke masjid kat Itaewon tu sebab tu jugak hajat kami sebelum ni. Kawan n bini die yg datang sebelum kami tu tak ikut sebab dah pergi hari 1st sampai Seoul. Walaupun tak dapat bergambar dalam masjid sebab masjid dah tutup, sempat posing tepi2 masjid. Alhamdulillah, hajat tercapai gak nak tengok depan mata masjid yang paling famous kat Seoul ni.
Then, balik guesthouse and kemas barang sebab besok pagi dah nak balik Malaysia. Part ni a bit sad. Kalau boleh, nak duduk lama. Im very happy being here becoz tak terasa terasing. Masyarakatnya very helpful and i really feel in love with the serounding in Seoul walaupun tau kos hidup sini memang tinggi 😭. But i donno, why Seoul is really great walaupun metropolisnya tak la segah mana pun. I feel very safety here and peaseful 😂
K la, tak nak celoteh bertambah panjang. Sila tatap beberapa picture kenangan kami. Jangan muntah plak tengok posing yang feeling2 artis tu 😅
Picture Kat bawah depan Gapyeong Station