Jumaat, 14 April 2017

1st day in Sydney, Australia

Setelah beberapa ujian sebelum pergi ditempuh, akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki di bumi kanggaro ni. Rasa nak melompat je 😍😍😍

Flght dari Kuching delay. Nasib baik sampai KLIA2 awal. sebabnya, walaupun dah checkin on9, kena. checkin kat kaunter jugak. macam strick je rasa nak p Aussie ni kan. Buat berdebar je. Dah macam2 cerita baca tentang imgration dia yg strict. Takut jugak nak bawak makanan banyak2, kang ditahan kat epot 😭. Bertolak dari Malaysia dalam pukol 11.40 malam. Dah ambik sit yang murah, berasa la punggong jadi robot 7 jam huhu

So, yang ni je la berani nak bawak takut kebulur plak kat Aussie nnti kan sebab dengar2 makanan memang mahal berlipat ganda dari duit Malaysia 😭😭😭


yang ni makanan beli dalam flght. Nasib baik dapat request bagi sebelum flght sampai Aussie. Klu tak, sejuk ok. Ni antara langkah penjimatan, dah jimat sarapan pagi n makan tengahari nanti 😭😭😭

Sesampai je Airpot Sydney dalam jam 9.30 pagi waktu Sydney, berdebar gak takut kena tahan ke pe n ada gak baca ada anjing. Aku ni spesis takut giler dengan anjing 😭😭😭. Alhamdulillah, semuanya ok, kejap je kluar dari imgration tu. Tak de plak anjing yg aku pernah baca dalam beberapa blogger sebelum ni. Kebanyakan yang keje imgration tu perempuan ok, siap bagi senyuman kat aku #mati le perasan huhu... yang aku tengok mereka semua guna spek mata, ke mereka ni dah canggih, guna spek mata yg boleh nampak semua #cover bahagian xXx 😷😷😷

Ha, ni perangai aku suka nak banding2 dengan negara yg aku pernah pergi. Salah satu part yang aku suka tengok ialah tandas.
Dari pemerhatian aku, tandas dia biasa je. Berbanding dengan Tokyo, memang canggih ok huhu

k, sambung cerita benda yang penting, pergi carik Information kaunter die, tanya tentang wifi n nak beli kad opal bagi kegunaan sepanjang kat Sydney la kan. Tak berapa mesra sangat ok, die siap suruh aku baca sendiri cara nak connect wifi.
Nah ko, aku snappy terus picture huhu... lambat gak nak connect wifi kat airport, tapi bila dah connect, ok alhmdllh..

Then, carik Opal card, beli je kat mana2 kedai convenience store. Kad tu free, just kena topup terus samada AUD20 or AUD40. Aku terus topup AUD40.

Next, nak pilih guna bas ke train, bila tanya kat information kaunter cakap bas lebih mahal sebab terus hantar ke tempat yang nak pergi, tapi train kena stop kat station berdekatan la. Dah aku tanya guna train ke stesen Central berapa kos, die cakap AUD19 lbh ok, nk pisan aku. Tapi yang aku check guna application Opal, AUD16 je. Download je kat PlayStore carik Opal Travel, senang ok. Dah aplication tu boleh tengok baki kad ko macam aplication Korea yang detect guna NFC telefon. Bila fikir punya fikir...
Last2 aku buat keputusan untuk berhenti stesen sebelum Central iaitu Stesen Green Square. Sebabnya, aku tengok beza dalan AUD6 (dekat RM20 tu) ok. Tambahan, kalau sampai awal pun x leh checkin dulu, baik aku jalan kaki n belajar peta Sydney kan dalam beberapa jam.

Nasib baik la ada Google Maps,die boleh detect kat mana location aku walaupun xde internet. Yang x bestnya bateri cepat habis ar.
Akhirnya, setelah puas berjalan, sampai gak my Casa Central (nama hostel yang aku book). Aku book bilik sharing sebab tak berapa suka ramai sangat takut nanti kang x selamat. Kos untuk checkin jumaat n checkout selasa depan ialah AUD195 😭😭😭


lepas mandi n kemas barang, terus keluar. carik kedai makan. lapar siot. 
melalui pembacaan aku ramai suggest kedai Time For Thai ni.

AUD13 ok. tapi ok la sebab portion die memang besar. klu kat Malaysia macam portion untuk 2 orang makan. penat gak aku habiskan huhu

Next, jalan2 plak...


ni Hyde Park. besar gak kawasan die n pokok x la banyak sangat tapi mak ai batang pokok tu besar giler. dah berapa tahun rasanya pokok2 ni idop.


ambik ko, lucah tul dam Hyde Park ni huhu 😷😷😷

tepi die ade bangunan ala2 dalam crite Harry Potter. tu Gereja rasanya.

Tercapai gak akhirnya tengok real Sydney Opera House yang menjadi icon Sydney. Ramai giler orang ok, sebab hari ni kan cuti GoodFriday 😭

Seberangnya dapat tengok Sydney Habour Bridge

Then terus survey2 area Circular Quay nak tengok waft mana untuk pergi pantai besok 😍😍😍

ni plak sempat ambik gambar Opera House dari seberang

Then terus ke sebelah King Street Warft area Darling Harbour.

Ada Madame Tussaud. Mampu ambik gambar je la kan 😭😭😭
Last, sebelum balik hostel sempat singgah Central Station. Central station ni merupakan pertembungan semua pengangkutan di Sydney termasuk Light Rael ni.
K, jmp lg esok 😪