My 2nd tips untuk rakan2 Malaysia yang nak fly ke Korea. Ada baiknya daftar ahli kat web KTO.
Untuk rujukan, pergi ke web ni:
http://www.visitkorea.com.my/
Jawab soalan and then boleh pergi ke KTO kat KL sendiri or kalau jauh macam aku, aku pos je. Ada 3 benda yg perlu.
1. Fotostat ic
2. Fotostat iteanery flght ke Korea
3. Print kod yang mereka bagi (selepas kita jawab kat web KTO, mereka akan send kod ke email kita)
Amat mudah ok. Bila dah semua di atas dah disedia, untuk yang luar dari KL sediakan sampul ikut saiz yang mereka tetapkan beserta alamat sendiri and lekatkan terus setem bernilai RM3.50. Masukkan dalam sampul untuk dipos beserta 3 dokumen di atas. Then boleh terus pos. Lepas pos, sila email ke email KTO untuk maklum yang kita ada pos dokumen ke KTO. Sebab, bila dokumen dah sampai, mereka akan reply bagitau kita yang dokumen tu dah sampai dan dalam proses mereka. Macam aku yang stay kat Kuching Sarawak ni ambik masa 2 minggu je untuk mereka pos balik barang tu. Seriusly amat mudah n bagi aku amat berbaloi. Apa taknya, mereka akan bagi kita:
1. Korea maps
2. Booklet korea
3. Kupon2 discount untuk kita kat korea nanti
4. T-Money yang dah terisi 2K ₩ 😅
Serius... tak rugi ok. Sebenarnya tujuan aku nak dapatkan free T-money and bus free dari gapyeong ke Nami Island jeti, tapi tak sangka boleh dapat banyak lebih dari tu. Kan dah jimat. Bayangkan kalau beli kad T-Money kat Korea harganya 3K ₩ (klu tak silap aku), and sape nak bagi free 2K ₩ nilai dalam kad plak tu. Jadi dah jimat 5K ₩ (kira2 RM 17.50 duit Malaysia) huhu.. klu tambang ulang alik dari stesen Gapyeong ke jeti Nami Island dalam 6K ₩ (kira2 RM 21.00). Untuk dua benda ni je dah jimat dekat RM40.00. Belum lagi kupon2 discount2 yang KTO bagi tu. Really lucky 😅
Nah gambar sebagai bukti 😂