Isnin, 23 Mei 2016

Muhasabah diri 😢

Kehidupan adalah anugerah teragung yang Maha Esa. Setiap manusia berhak untuk menikmati kehidupan masing-masing selagi dia hidup di dunia ini. Kerana setiap keputusan terletak pada diri masing-masing dan perlu bersedia menerima kesan baik atau buruknya.

Diri sering berbicara sendiri akan musibah-musibah yang berlaku tanpa diduga. Kadang-kadang sehingga kita lupa penciptaNya dan hilang kewarasan akal untuk terus berpijak di bumi yang nyata. Syukur padaMu Ilahi, setiap hari yang diberikan ini rupanya satu ujian untuk lebih mematangkan makhlukMu.

Kita sering mempersoalkan betapa teruknya kehidupan kita. Namun, bila kita fikir kembali, sebenarnya di dunia ini kita masih jauh lebih bernasib baik dari yang lain. Tuhan uji kita supaya kita sentiasa sedar akan diri kita ini siapa. Ya, supaya kita tidak leka yang dunia ini cuma pinjamanNya.

Ya Allah.... terima kasih kerana terus meminjamkan nyawa di dunia ini untuk makhluk kerdil-Mu ini menikmati dunia yang penuh pancaroba ini. Moga hari mendatang bakal lebih mematangkan diri kita untuk terus melangkah ke depan dan tidak gentar mengharungi setiap ujian yang mendatang.

Terus mengorak melangkah...... 😂