Rabu, 5 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 3)

Today, kita menyeberang plak.

Sebelum tu, sarapan dulu kat atas 🤗🤗🤗

Sarapan mee segera 😷😷😷

Lepas tu, terus pergi Downtown Terminal.

Im going to Devonfort. Tambang feri ulang-alik = NZD12.50. Rasanya agak mahal berbanding kos feri masa aku kat HongKong dulu lebih murah. Jarak perjalanan lebih kurang sama je.

Menunggu feri dekat Gate B1

Sempat bergambar kenangan di atas feri (Tq minah salleh yang sudi ambik gambar 😝)

Ni la feri yang aku guna tadi. Perjalanan ke seberang lebih kurang 10-15 minit je.

Berjalan area tepi2 Vedonfort. Kira macam waterfront la.

See, benda yang dicari akhirnya berjumpa 🤗🤗🤗 Bunga2 cantik banyak dekat area Devonfort ni. Kalau area Auckland city tak jumpa.

Bandar Devonfort ni kecik je. Tak ada trafic light pun. Setiap kali nak lintas jalan, cari je ada jalur zebra tu & jalan je. Confirm pemandu akan berhenti 😊

My journey ialah menuju puncak Gunung Victoria. Perjalanan mendaki tak la lama sangat, lebih kurang 30 minit macam tu 😳

Jalan sepanjang ke atas gunung ditar, tapi ada sebahagian tempat agak curam. Ni baru sampai separuh perjalanan, dah nampak bandaraya Auckland kat seberang 😱😱😱

Bila dah jumpa benda ni (Aku rasa macam menara telekomunikasi kot), maka di situlah puncak gunung ni.

Akhirnya sampai di puncak gunung ni. Rasa tenang. Tak ramai orang pun kat atas ni.


Sempat mintak tolong pasangan pelancong yang ada kat situ (Tq for this nice picture 🤗🤗🤗)

Lepas puas selpot segala (Sory ya,malas nak upload banyak gambar takut ada yang muntah 😝😝😝), kembali ke bawah.

Sempat berjalan area bandar @ pekan Devonfort yang sunyi sepi ni 😳😳😳

Waktu aku melepak tepi2 sungai, tiba2 pasangan kekasih mat salleh mintak tolong ambik gambar mereka berlatar belakangkan bandaraya Auckland. Lepas aku tolong ambik gambar, minah tu sempat offer ambik gambar aku. Aku apa lagi (Tq ya sebab tolong ambik pic ni 🤗🤗🤗)

Sebelum balik, sempat pergi kedai cenderamata kat dalam terminal feri Devonfort. Last2 terbeli NZD44.00 🤐🤐🤐 Ni baru beli beberapa barang, macam mahal jugak harga cenderamata kat NZ ni 😢😢😢

Then... balik semula ke seberang.

Setelah sampai balik Auckland city, terus pergi Food Alley kat Albert Street (Sebelah Queen Street je)

Makan Nasi Padang (NZD11) kat kedai Waroeng Wardani 😋

Then, balik bilik untuk berehat.

Sebelah malam plak meluangkan masa kat area Queen Wharf.

Suasana tempat ni agak sunyi coz tak ramai orang. Tapi sungguh tenang 🤗🤗🤗

Ni merupakan sebelah bangunan Queen Wharf tu iaitu sebuah rumah. Kat dalam rumah tu ada patung besi yang besar. Di samping tu ada banyak lampu neon pelbagai warna dihias tepi-tepi tingkap rumah tersebut menyebabkannya nampak unik. Tapi sayangnya tak ada sebarang info mengenai rumah unik tersebut.

Lepas tu, balik hostel.

Sebelum tido,melepak kat dalam Global Gossip Room (Ni memang nama yang hostel buat ya, bukan aku saja2 reka 😝). 
Yang bestnya kat dalam ni kita boleh melepak @ duduk saja @ chit-chat dengan sesiapa saja warga hostel yang sememangnya datang dari seluruh dunia. Interesting rite? Majoriti mereka nampak muda remaja, maybe usia dalam 20an gitu. Terasa diri masih bergetah jugak bila berbual dengan mereka 😛 (muntah...)

K la, hari pun dh malam. Time for sleep... Nite 😴😴😴


Total expenses for today:
1. Tambang feri ulang-alik ke Devonfort= NZD5.50
2. Cenderahati dekat Devonfort = NZD44.00
3. Makan dekat Food Alley= NZD11.00

Total = NZD67.50