Salam sayang2 semua kita teruskan cerita kenangan hari ketiga 🤩🤩🤩
Bangun awal pagi, menghirup udara yang sangat bersih & view gunung-ganang yang sangat tenang, walaupun masing2 masih terketar2 kesejukan 😬
Sempat pose2 sementara menunggu sarapan disediakan 🤭
Sarapan kita orang hari ini, Mee hoon & telur goreng... Alhamdulillah, dapat untuk mengalas perut ini 😋😋😋
Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, masih lagi sempat posing2 mereka ni 😂😂😂 (Gambar bawah)
Seriously, view dekat tempat penginapan ni sangat cantik memandangkan ia antara tempat penginapan yang dekat dengan kaki gunung Kinabalu. Tapi, klu ko masih tak pass nak drive area ceruk2 bukit, gunung yang curam ni, baik surrender. Kang tak sampai2 🤣🤣🤣
Sebelum ke PPD Ranau, kita orang sempat singgah Desa Dairy Farm yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kita orang. Almaklumlah, Sabah kan memang terkenal dengan ada ladang besar pengeluar susu di Malaysia. So, ia menjadi tempat yang perlu dikunjungi. Ingatkan jam 8 pagi itu kami saja, rupanya dah penuh kenderaan kat dalamnya sehinggakan tiada tempat parking memandangkan kawasan parking agak terhad. Ni bukan hujung tahun @ cuti sekolah ye dah penuh macam ni menunjukkan betapa "wajib"nya setiap rakyat Malaysia nak pergi masuk melawat kilang ladang lembu ni 🤐🤐🤐
Untuk masuk pun bukan free ye, kena bayar RM5 setiap kepala 😜
Sebelum masuk, kita pose2 di pagar luar dulu 😬
Dah masuk dalam tu,kena menapak berjalan kaki ke bangunan utama ye. Bawah ni gambar view kawasan hadapan luar bangunan tu. Dah macam kumpulan boria pulak semua ni kan 🤭
Next target bahagian jualan. Dia asingkan dua kaunter. Sebelah untuk ice-cream Dan sebelah yang satu lagi untuk susu fresh.
Niat di hati nak beli susu fresh perisa coklat, tapi just tinggal kotak yang paling besar sahaja 😣
Tengok, barisan ni telah dikuasai oleh rombongan kita orang 😛
Maka, selepas itu, masing2 berkeliaran ke mana2 sudut2 yang ada di situ bagi merasai makanan yang dibeli 😝
Sementara yang lain entah hilang ke mana, aku & kak Amal sempat pergi ke sebuah ladang lembu. Ladang yang bawah ni kecil & pengunjung berpeluang memberi makan lembu tersebut.
Manakala satu bangunan yang lebih besar di belakang (gambar di bawah), kita orang hanya mampu melihat lembu dari jauh. Tapi lembu ni nampak lebih besar & sihat2 belaka berbanding lembu di kandang tadi nampak lebih comel dan kecik 🐮🐮🐮
Selepas tu, baru kita orang sempat makan ice-cream 😋😋😋
Selepas dalam 40 minit, kita orang pun beredar. Memandangkan jam dah menunjukkan jam 9 pagi. Surat yang dihantar sebelum ini menyatakan yg kita orang akan sampai ke PPD Ranau pada jam 9 pagi. En. Jusli (KOD Ranau) dah banyak kali wassap & telefon bertanya sudah di mana kerana mereka semua sedang menanti kedatangan rombongan kami.
Dibagitau perjalanan memakan masa hanya 15 minit dari Kundasang, padahal itu sebenarnya Sabah drift ye. Ni Sarawak drive, so hampir sejam juga Masa yang kami ambik untuk sampai. Faham2lah, jalan kawasan ini yang berbukit bukau, cerun & lengong-melencong sangat menguji si driver 😢
Sebaiknya, biar lambat asal selamat 🤩
Akhirnya kita orang sampai di PPD Ranau dalam jam 10. Bangunan PPD Ranau ni lebih kurang di SarawakS masih berkongsi di bangunan kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain. Kita orang tersipu2 apabila kehadiran kita orang telah dinanti dan disambut mesra oleh Pegawai2 PPD Ranau & AKRAB Ranau. Betapa baiknya layanan mereka 🤩🤩🤩
Sempat bergambar kenangan sebelum masuk bangunan 🤩🤩🤩
Sebelum acara lain, kita orang dihidangkan dengan nasi lemak + satu sambal yang aku dah lupa nama, tapi memang sedap bila dicampur bersama nasi lemak ni & air teh Sabah yang sangat sedap ini 😋😋😋
Selepas sarapan, barulah sesi perkongsian dijalankan.
Penyampaian cenderamata sebagai kenang kenangan 🤗🤗🤗
Sabah teh untuk setiap rombongan Sarawak yang datang 🤩🤩🤩
Seterusnya, sempat pula ke tempat ni. Siap dihantar oleh pihak Ranau lagi tu menunjukkan betapa baiknya mereka
🤗🤗🤗
Sementara yang lain digigit ikan, kita orang berehat di kedai kopi (mati la escape 😂😂😂)
Next, tempat yang memang ingin dituju ialah pekan Kundasang...
Tengok sayur-sayurannya sangat fresh 😋😋😋
Gambar kenangan bersama KS & Jue di pekan Kundasang 🤩🤩🤩
Geng gagak hitam berehat dipondok sementara yang lain berkeliaran ke merata tempat 😂😂😂
Selepas itu, time to say goodbye Kundasang dan keindahan gunung Kinabalu 😟😟😟
Sebelum menuju balik ke KK, sempat singgah ke pekan Tamparuli iaitu tempat kelahiran Marsha AF 🤩
Inilah jambatan Tamparuli yang famous tu 🤗🤗🤗
Masing-masing sempat menikmati keindahan jambatan ini walaupun agak uzur 🤗🤗🤗
Alhamdulillah, sempat singgah solat jama' di masjid Tamparuli 🤩🤩🤩
Kemudian, perjalanan ke KK diteruskan. Jalan2 di KK kelihatan sangat sesak. Tambahan, masa ni time orang balik keje 🚗🚗🚗
Aktiviti malam, bebas ikut masing2, kebanyakannya terus mengisi perut sebab belum makan tengahari. So, kira package (makan tengahari + malam) 🤭🤭🤭
Selepas makan, pergi menghantar KS balik hotel. Kemudian sambung menemani 3 orang geng havoc ni 😂😂😂
Rambang mata nak ambik yang mana satu sebab semuanya cantik2 mutiara. Tak tau la kot2 ade diselit mutiara tiruan pun semua main hentam beli je kan 😳😳😳
Sempat singgah kedai jual makanan traditional Sabah. Qama & Pidot memborong 😳😳😳
Selepas itu, pergi balik ke area pasar malam, kemudian pergi ke pasar basah.
Qama & Pidot sekali lagi memborong ikan2... Yup, harga ikan2 dekat sini sangat murah. Ada yang RM2 sekilo, kat Sarawak 5 kali ganda harganya 🤪🤪🤪
Yang group ni pulak tak tahu lepak area mana tu 🧐🧐🧐
Lepas tu, kita orang balik hotel masing2 for ZzZ.... 😴😴😴