Isnin, 17 April 2017

4th day Sydney video

Great memory 😍😍😍

4th day in Sydney

Today jauh ke luar kawasan plak. tapi still dalam Sydney. Tujuan utama 2 je, nak pergi kawasan Blue Mountain & Featherdale Wildlife.

Gigih ko, pagi2 dah bangun sebab nak catchup train pergi Katomba. Senang je, dari Central, naik train lane 7. lebih kurang 22 hentian k, pe taknya sampai 2 jam perjalanan. Sempat lagi aku tido 😷😷😷


Ni la rupanya train yg aku naik. Train kat Sydney ni semua jenis dua tingkat.

Yeah.. smp Katoomba 😍😍😍

Klu tak tau nak naik bas pe ke kawasan Eco point, just ikut pelancong lain. Bus tu tunggu tepi stesen je. Tapi balik dari Eco point aku jalan kaki je sebab x jauh pun sebenarnya #mati le nak jimat 😅

Ni la kawasan Blue Mountain. Cantik giler view...

Ni plak yang terkenal namanya Three Sister tu...

Klu nak jalan2 sepanjang hutan ni boleh je sebab memang ada laluan pejalan kaki. Tapi aku tak p pun sebab nak bekejar ke destinasi seterusnya.

Next, nak tengok haiwan2 unik yang hanya terdapat kat bumi Aussie ni. Pilihan paling tepat ialah Featerdale Wilelife Park sebab haiwan tu kita dapat tengok lebih dekat berbanding dengan Taranggo Zoo.

Dari Katoomba ambik line no 1 n berhenti kat Blacktown. Lama gak, dalam sejam lebih perjalanan k 😪😪😪

Sesampai je Blacktown, 1st aku ingat nak guna bas je sebab rasa penat. Bila dah lebih setengah jam tunggu bas n aku tengok dah pukol 3 lebih, cepat2 aku carik jalan nak ke situ. Dah aku confius sebab kawasan ni banyak jalan. Buang masa tul 😭😭😭
Alhamdulillah, aku akhirnya dapat gak jumpa jalan yang betul. Dah time tu dah pukol 4 petang. aku tak peduli, nak pergi gak walaupun boleh bergambar kat pintu pagar je 😅😅😅
Alhamdulillah, dalam pukol 4.30 petang aku akhirnya sampai.

Gigih ko, bayaran masuk AUD31. Sebelum ni yang aku baca AUD29.50 je. Tapi sebab memang niat nak tengok wallabi, kanggaro, beruang poala n lain2 dengan lebih dekat sekali seumur hidup, pe salahnya kan. Lepas ni mungkin aku tak p Aussie lagi.



Tada... Kanggaro kat sini bebas je. Siap boleh pegang k n jinak2. Bulu kanggaro ni kasar rupanya.

Beruang koala plak hanya boleh tengok dari tepi sebab penjaga ni bagitau yang haiwan ni boleh gigit. Kang tak pasal2 percutian aku kat Sydney jadi percutian ngeri huhu 😅😅😅
Tapi ada tempat untuk ambik gambar dengan beruang koala ni lebih dekat dengan pengawasan, ada bayaran AUD20 k. Confirm le aku tak nak huhu...

Selain dari haiwan2 Aussie tu, banyak gak haiwan lain kat dalam tu. Ni aku share sebahagian je takut korang muntah tengok picture berlambak 😷😷😷

Pengguin.. so cute 😍😍😍

Lepas jam 5, dah kena keluar dah. Sedih tul aku nak balik. Terutama bila tengok kanggaro tu, dia tengok kita macam nak ikut pulang k... sob..sob...😭😭😭

ok stop kisah sedih, terus balik ke Central. Memang plan malam ni mesti makan kat tempat lain #mati la tak nak dicop penunggu Its Times For Thai 😷😷😷

Nasib baik malam ni Malacca Straits bukak😍😍😍


Order Hainan Chicken Rice, rupanya nasi ayam 😅😅😅. AUD10 sepinggan. Air kosong mereka bagi free.

K, perut dah kenyang, nak balik hostel n berkemas sebelum checkout esok pagi 😂