Dah masuk hari ke 6 travel, rasa begitu pantas masa berlalu 😢😢😢
Kita pergi naik MRT area Chiangkaisek Memorial.
Kita pergi naik MRT area Chiangkaisek Memorial.
Sebenarnya nak terus pergi Chiangkaisek Memorial, sebab dekat stesen MRT tu tak de tunjuk arah mana nak pergi Chiangkaisek Memorial, tersilap arah & terpergi la National Taiwan Museum. Sempat la pose2 situ kejap.
Rupanya untuk pergi Chiangkaisek Memorial ni kena arah yang bertentangan tadi. Sesampai je area situ. Oh my god, happy giler biler tengok kawasan die yang cantik sangat. Tambahan, taman die diplan dengan cantik giler ok.
Orang bz nak tengok Chiangkaisek Memorial, aku plak bz ambik gambar taman2 die. Memang tak dapat aku nak gambarkan sebab cantik & luas sangat ok 🤗🤗🤗
Lepas pergi Chiangkaisek Memorial, terus pergi Taipei Grand Mosque sebab tak jauh sangat.
Perut pun dah berkeroncong, terus cari kedai halal tepi masjid tu je. Restoren indonesia.
Ni dia menu + harganya. Forme, harga dia tak terlalu mahal berbanding kat HongKong/ Tokyo/ Korea/ Sydney yang pernah aku pergi.
Kita makan dulu 🤗🤗🤗
Lepas makan, jalan2 area Daan Park kat seberang area tu je. Taman ni besar ye.
Then, pergi Taipei 101 yang satu ketukika dulu pernah jadi bangunan tertinggi di dunia huhu... Kat Taipei ni memang payah ada bangunan tinggi sebabnya taufan dari Laut China Selatan sangat kuat k. Masa aku kat situ pun dapat rasa begitu kuatnya angin die walaupun ni bukannya musim die. Im so excited sebab tujuan utama ke Taipei dah tertunai 🤗🤗🤗
Then, pergi area area Songshan. Area ni banyak orang kedai2 jual barang. Tapi, kebanyakannya baju perempuan 😢😢😢
Sebab dah penat berjalan, kita balik semula ke Taipei Main Station. Susah benar aku nak faham selok belok jalan dalam stesen ni sebab besar sangat. Sempat snappy gambar untuk rujukan kot2 esok lusa pergi lagi huhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan