Begitu cepat masa berlalu 😢
Today trip Macau & Hongkong 🤗🤗🤗
Lepas checkout, sempat singgah kat Guia Hill Municipal Park. Ni kita park & kawasan tanah tinggi kat Macau. Cer layan gambar...
Today trip Macau & Hongkong 🤗🤗🤗
Lepas checkout, sempat singgah kat Guia Hill Municipal Park. Ni kita park & kawasan tanah tinggi kat Macau. Cer layan gambar...
Ni la peta bukit tu. Besar gak 😱😱😱
Sempat nak merasa naik benda ni sebab murah je & nak tengok pemandangan Macay dari atas bukit. MOP 3 (dalam RM1.50) je untuk pergi balik.
Muka yang excited 😂😂😂
Then, terus berkejar ke Terminal Bot Express sebab nak pergi HongKong 🤗🤗🤗
Kaunter tikat TurboJet. Pilih je destinasi yang nak pergi.
Macam aku, aku dari Macau ke HongKong (Central), MOP 160.
Ni la TurboJet tu
Kat dalam TurboJet, dia bagi form untuk diisi masa kat imigration nanti.
Sampai je HongKong (Central), aku yang kaki jimat ni rela menapak kaki untuk pergi area Wan Chai. Niat utama nak pergi carik Canteen Halal yang famous tu: Islamic Centre Canteen. Bila dah sampai Wan Chai tu, punya la aku gigih ke sana. Google maps aku tak dapat kesan area tu. Dekat 2 jam jugak aku ke hulu ke hilir ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Last2, jumpa sorang minah yang baik hati ni & dia tolong google mapskan & siap share data internet plak tu supaya aku faham. Dia just tahu sikit2 je dalam BI, tapi baik hati yang amat. Tak sempat nak ambik gambar bersama dia, lupa sebab tengah kalut huhu
Hasil pertolongan dari dia, jumpa gak kantin halal ni 🤗🤗🤗
Ni menu & harga dia. Daripada yang aku baca, dalam banyak kedai halal, area sini harga paling ok.
Ambik ko, ni la menu lunch + supper aku untuk hari ini & semalam ok (mati la semalam tak makan nasi sebab kat Macau memang susah nak cari kedai halal huhu). Jumlah harga 80 HKD (Kira2 RM40 ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜).
Lepas tu, balik ke area Tsim Sha Hui, guna feri.
Sebelum tu beli kad octopus 100 HKD 😷😷😷
Merasa gak naik feri 😂😂😂
Sampai kat Tsim Sha Hui, sempat pergi tempat kat tepinya ala2 esplanade, boleh tengok view kat seberang 🤗🤗🤗
Next, mencarik guest house, yang ni mudah je sebab jalan dia tak susah.
"Akhirnya kita bertemu" (mati la ayat filem Dukun) 😷😷😷
Happy dah sebab berjaya masuk bilik walaupun masa mula2 tadi blur2 dengan arahan checkin. Sebabnya, hostel ni berkonsep checkin sendirik ok & tak ada reseption pun. Pandai2 la ko berdasarkan arahan yang dia emel kat kita beberapa hari sebelum checkin huhu
Aktiviti malam plak, hajat nak tengok Symphony of Light kat Star Avenue, tapi dah terlepas. Rasanya show awal dalam pukol 8 malam dah start kot. Tengok je la bangunan2 kat seberang tu bercahaya. Cantik gak 😂😂😂
Lepas tu, pergi Ladies Market kat Mongkok MRT. Barang mahal2 la 😢😢😢
Then, masa pergi masuk lorong2 dekat situ, jumpa area jual buah. Mahal jugak ok.
Sebab kat hostel tak disediakan air minum, terus pergi beli kat kedai area jual buah tu. Murah jugak. 5HKD je @ dalam RM2.50. Mula2 tadi ingat mahal. Dah cashier die nampak macam psiko je, bila aku hulur botol air nak bayar dia buat2 tak tau je sambil2 terus ketip kuku. Then, lepas habis ketip, baru dia bagitau harga berapa. Ingatkan nak marah aku, siap bagi senyuman plak... Pelik wo... 😷😷😷
Masa lalu kedai2 tepi jalan, try jugak tengok harga, botol yang lebih kecik lagi 6HKD mereka jual. Pelik aku.
Sambung berjalan area kedai kasut @ Sneakers Street. Tapi sebab aku ni bukan peminat kasut, tak berjaya mencairkan aku pun harga2 dia huhu... Jangan silap ye, yang tanda2 tu bukan harga dia, tu saiz kasut. Klu harga dia, confirm aku dah borong huhu
Lastly, balik semula ke Tsim Sha Hui... K, nitezzz 🤗🤗🤗
Tiada ulasan:
Catat Ulasan