Rabu, 18 April 2018

Last day trip (18 April 2018)

Hari ni merupakan hari last kat Taipei 😭😭😭
Bangun pagi, lepas bersiap pax semua barang, terus ke kaunter untuk checkout. Disebabkan masa masih panjang lagi coz my flght around 11.30 malam, so letak je bag kat hostel & boleh la berjalan mana2 ikut suka 😶
1st pergi area Ximen & Ximending, tapi banyak kedai belum buka. Bosan 😢
Last2 pusing area Main Station. Terjumpa Museum Dr. Sun Yat yang terkenal dalam kalangan orang cina coz museum dia bukan setakat ada di Taipei, kat Tanah Besar China pun ada banyak dibuat bagi memperingati jasa beliau. Kira antara orang yang banyak berjasa kot (Sory, tak berapa nak kenal 🤔)

Lepas tu, melepak sat Main Station plak 😢😢😢

Makan tengah hari kat kedai halal indonesia area Y27. TWD100 (Budget dah xde 😢)

Dalam mencarik cenderahati untuk member2, terjumpa satu kedai kat Main Station ni. Kat Taipei ni memang payah nak jumpa kedai cenderamata yang standard, semua yang ada dah macam cenderamata anak orang kaya. Bayangkan satu fridge magnet dah dekat RM10, klu kawan ko ade 20 orang? (paling minimum), dah beratus ye 😷😷😷

Masa untuk balik. Sedih la plak (ala2 drama tv3 @ astroria 😢😢😢)... Part ni paling lucu, sebabnya, klu kat Malaysia (Espesially KLIA2), petugas AirAsia akan bertugas kat pintu masuk imegresen untuk check berat beg yang korang bawak masuk. Aku rasa, mestilah berat beg aku terlebih sikit sebab masa fly dari Macau ke Taipei hari tu dah 6KG, ni ditambah dengan barang2 cenderamata bagai. Kat Taipei ni, sebelum ke pintu imegresen, kite kena pergi kaunter untuk sahkan tiket kite. Dari jauh aku dah tengok ada beberapa orang yang sedang verify document tu kena timbang barang mereka (Barisan yang xde beli luggage ye). Siap mintak bayar lagik untuk yang terlebih berat. Kecut perot aku. Dah duit Taiwan tinggal TWD100. Mana nak cekau duit. Mereka ni. Terpaksa aku berfikir ala2 sang kancil huhu (klu nak tau pe taktik yang aku guna, kena tanya sendirik, rahsia... huhu). Yang lucunya, kakak yang berbaris depan aku pun gabra jugak (Sah2 le die lebih 7KG kan sebab bawak beg AF besar gedabak huhu). Yang pandainye akak ni, die letak je beg die kat tepi & tak bawak sekali ke kaunter & dengan slumber ala2 xde bawak beg masuk flight. Aku tengok petugas tu on kan je. So, selamat le akak tu. Manakala aku, guna taktik lain & selamat la jugak dari terpaksa membayar charge lebihan berat (Dah pokai dek non oiii, pe taknye dah lebih kurang 10 hari aku merantau ke sana sini huhu)

Sempat makan kat area food court kat B1, nasib baik ada satu kedai halal.

Ni je mampu kite beli, roti pita (TWD50) 😷😷😷

K la, tak tau nak tulis pe dah... ta... ta... 


Sehingga bjmpa lagi untuk next travel. Guest where??? 😎😎😎

Isnin, 16 April 2018

7th day trip (17 April 2018)

My second last day. Hari ni nak pergi jauh sikit ye huhu
Sebelum mulakan perjalanan, pergi makan dulu. Area sebelah kedai mee yang aku makan hari tu plak. Kedai ni nampaknya pekedai die tau berbahasa Inggeris & lebih ramah. Siap tegur aku dari mana & muka chinese look huhu

Then, terus ke Stesen Zoo. Hari ni nak melawat Zoo Taipei 🤗🤗🤗 Bayaran masuk sangat murah, just TWD60 @ RM6.50 gitu.


Tiket masuk 🤗🤗🤗

Luas ye, bukannya kecik zoo ni.

Tujuan utama ialah nak tengok panda. Ye la kan, kat Malaysia mahal bebenor nak tengoknye. Yang ni, masuk je Zoo Taipei & boleh tengok free.


 Bangga plak, rupa2nya hanya ada beberapa negara sahaja China pernah bagi letak panda kat zoo ok. Sebabnya, panda ni kira haiwan kepunyaan negara China gitu huhu

Lepas tengok haiwan2 lain, kite pergi ke area gondola untuk naik ke Maokong.

Ni la gondolanye ye. Macam yang aku naik kat Macau hari tu. Cuma yang ni lebih panjang & curam ye.

Ni stesen2 pitstop gondola tu nak sampai area Maokong atas tu.

Sampai pun. Kira ala2 Genting Highland la ni. Just tempat die kecik je & xde mall besar, hotel & theme park ala2 kat Genting huhu

Lepas puas, kite pergi Tamsui pula

Tamsui ni kira area nak dekat menghala ke laut. View kawasan ni sangat la cantik & tenang. Kat sini ada gak kedai2 ala2 nite market & harga pun kira ok berbanding kat Taipei.

Balik dari Tamsui, singah makan kat kedai makan jawa indonesia kat Main Station. Ni harganya TWD200 ok huhu

Lepas tu, pergi ke Shongshang nite market. Hajat nak cari cenderamata. Tapi, balik tangan kosong 😢😢😢 Pe taknya, harga frige magnet die mahal giler. TWD50 ke atas 😭😭😭

6th day trip (16 April 2018)

Dah masuk hari ke 6 travel, rasa begitu pantas masa berlalu 😢😢😢
Kita pergi naik MRT area Chiangkaisek Memorial.

Sebenarnya nak terus pergi Chiangkaisek Memorial, sebab dekat stesen MRT tu tak de tunjuk arah mana nak pergi Chiangkaisek Memorial, tersilap arah & terpergi la National Taiwan Museum. Sempat la pose2 situ kejap.


Rupanya untuk pergi Chiangkaisek Memorial ni kena arah yang bertentangan tadi. Sesampai je area situ. Oh my god, happy giler biler tengok kawasan die yang cantik sangat. Tambahan, taman die diplan dengan cantik giler ok.

Orang bz nak tengok Chiangkaisek Memorial, aku plak bz ambik gambar taman2 die. Memang tak dapat aku nak gambarkan sebab cantik & luas sangat ok 🤗🤗🤗

Lepas pergi Chiangkaisek Memorial, terus pergi Taipei Grand Mosque sebab tak jauh sangat.

Perut pun dah berkeroncong, terus cari kedai halal tepi masjid tu je. Restoren indonesia.

Ni dia menu + harganya. Forme, harga dia tak terlalu mahal berbanding kat HongKong/ Tokyo/ Korea/ Sydney yang pernah aku pergi.

Kita makan dulu 🤗🤗🤗

Lepas makan, jalan2 area Daan Park kat seberang area tu je. Taman ni besar ye.

Then, pergi Taipei 101 yang satu ketukika dulu pernah jadi bangunan tertinggi di dunia huhu... Kat Taipei ni memang payah ada bangunan tinggi sebabnya taufan dari Laut China Selatan sangat kuat k. Masa aku kat situ pun dapat rasa begitu kuatnya angin die walaupun ni bukannya musim die. Im so excited sebab tujuan utama ke Taipei dah tertunai 🤗🤗🤗

Then, pergi area area Songshan. Area ni banyak orang kedai2 jual barang. Tapi, kebanyakannya baju perempuan 😢😢😢

Sebab dah penat berjalan, kita balik semula ke Taipei Main Station. Susah benar aku nak faham selok belok jalan dalam stesen ni sebab besar sangat. Sempat snappy gambar untuk rujukan kot2 esok lusa pergi lagi huhu

Ahad, 15 April 2018

5th day trip (15 April 2018)

Holla, hari ni masa untuk terbang ke Taipei, Taiwan 🤗🤗🤗
Bergambar dulu sebelum nak terbang. Tengok tu, landasan Macau, tepi laut je 😱😱😱

Untuk pergi Taipei, kita naik Tiger Air yang macam AirAsia jugak 🤗🤗🤗

Masa dalam flght, pramugari dah bagi imigration form untuk diisi. So, isi siap2.

Akhirnya sampai jugak Taipei, Taiwan walaupun masa dalam flght tadi banyak kali "turbolan" sampai ada penumpang yang menjerit. Aku ni, buat2 slumber je la walaupun dalam hati dub..dab..dub..dab.. huhu

Perkara 1st yang penting, beli EasyCard untuk mudahkan pergerakan nanti 🤗🤗🤗

Naik bas ke stesen utama Taipei (Bas nombor 1819). Sebab tadi dah beli EasyCard, so just tap je la nanti bila nak naik bas.
Taipei, aku datang 🤗🤗🤗

Ya ampun, station Taipei die besar giler. Dah ada bawah tanah lagi. Berjam2 aku pusing & siap sesat 😢😢😢 Aku rasa lebih 3 kali ganda KL Sentral kot. Dah banyak sangat kedai. Kebetulan hari ni hari ahad, memang ramai giler la orang indonesia lepak kat situ. Dah rasa macam indonesia plak 🤔🤔🤔 Tapi, sekurangnya tak la aku rasa kesunyian huhu

Klu nak carik kedai makan halal, kena menapak jauh. Kat Y27 huhu, sini banyak kedai halal. Tapi masakan indonesia la. Malaysia? Jangan mimpi huhu. Tapi ok la sebab boleh masuk tekak kita kan.

Next, plan nak checkin hostel. Rupanya belum masanya. Jam 3 petang baru boleh checkin. Barang boleh simpan kat stor barang dulu sementara tunggu masa checkin. So, pe lagi, kite ronda2 🤗🤗🤗

Niat hati nak pergi museum Chiangkaisek, rupanya aku salah jalan. Dalam tersalah jalan tu terjumpa kedai mee halal. Pe lagi, perut pun dah lapar kan huhu

Ni la mee sup lembu (aku pun tak tau pe nama sebenar). Tapi puas hati sebab daging dia banyak & besar2 plak tu walaupun harga dia TWD 120 @ RM 15/ RM16.

Then, sebab dah salah jalan. Terus je lah pergi area Ximending. Area ni ala2 Bukit Bintang kat Malaysia kot. Ke Petaling Street gitu la huhu

Tepi Ximending ni plak area Ximen. Yang terkenal sini ialah Red House die la.

Lepas puas berjalan, kita balik hostel & z..Z..z..



4th day trip (14 April 2018)

Masa untuk pulang semula ke Macau. Bye3 HongKong 👋👋👋
Ta..ta.. Beepackers 😢😢😢

Pergi ke Macau (Taipa), naik CotaiJet

Nah, tiketnya 186HKD 😷😷😷


Sampai Macau 🤗🤗🤗

Sebenarnya plan asal nak checkin hotel dulu. Tapi aku tak jumpa jalan nak shortcut pergi Airport (walaupun sebelah je sebenarnya), terpaksa naik shuttle bas free ni pergi Venetian.
Sempat gak jalan2 Venetian sekejap.

Mewah & besar giler bangunan mall + kasino + hotel ni huhu
Then, ambik shuttle bas pergi Airport sebab hotel untuk stay tonite kat depan airport je.


Dah sampai depan hotel. Hotel ni betul2 seberang je pintu ni pintu masuk airport je. Dekat giler. Pasal harga tak yang citerlah ye, dah tau tepi airport kan. Sebenarnya, terpaksa stay sini sebab flight esok awal pagi. Tambahan, Macau ni belum ada MRT/ LRT (tengah buat), tu terpaksa ambik hotel paling dekat dengan airport 😭😭😭

Suasana dalam airport. Tak besar sangat airportnye.

Malam, sempat lagi p City of Dreams, Venetian guna shuttle bas free huhu

Posing ala2 pasrah tak dapat naik gondola (duit MOP dah habis sebab dah tukar semua ke Taipei dollar huhu 😢)

K la, sampai sini saja untuk kali ni 🤗🤗🤗