Ahad, 9 September 2018

Auckland, New Zealand (Last Day)

Hari ni merupakan hari terakhir di Auckland. Memandangkan masa checkout sini sebelum jam 10 pagi a.k.a 6 pagi waktu Malaysia, maka gigihlah bangun awal 😵😵😵

Lepas hantar selimut & kunci dekat kaunter, simpan beg kat rak & terus keluar berjalan sekitar bandar Auckland. May b, lepas ni tak berpeluang lagi sampai ke sini. Seminggu di sini bagaikan baru semalam sanpai #sedih la plak huhu 😢😢😢
Biasa la adat pertemuan pasti ada perpisahan 🀐🀐🀐




In memory...

Sebab dah beli tiket bas ulang-alik, so balik guna Sky Bus.

Disebabkan sampai awal sangat2 airport, merepot la aku di airport 🀐🀐🀐 (Padahal kat negara negara sendiri selalu jadi orang yang paling last masuk flght 😂😂😂). Nasib ada wifi free. Tapi 45 minit je FREE 😢.

Nasihat aku buat yang nak bercuti ke New Zealand:

1. Klu datang sini pastikan ko tak bawa barang2 yang tak dibenarkan oleh NZ. Imgrsion NZ ni paling strick setakat aku pernah travel. Semua pelacong dari luar pasti akan dicheck beg A-Z satu2. Klu ada terbawa barang yang tak sepatutnya, declare awal2 kat borang declaration.

2. Untuk bercuti di NZ ni adalah lebih baik berkumpulan. Coz ko boleh sewa keta & travel banyak tempat selain kat bandar Auckland ni je. NZ ni masih kaya dengan alam semulajadi yang sentiasa mereka jaga.

3. Cara paling jimat dari Airport Auckland ke Auckland city ialah dengan naik bas ke station train Papatoetoe. Dari situ, naik train ke Auckland city (Britomart). Ko lebih jimat dekat NZD10 @ dalam RM27 ye. Yang biasa orang tau guna Sky Bas je 🀐

4. Auckland city ni sangat mudah, kecik & tak sebesar bandaraya lain k.

5. Kedai makanan halal bagi aku mudah nak jumpa. Tinggal duit ko banyak ke tak je almaklum la nilai duit NZ lagi tinggi dari RM 🀐🀐🀐. Klu ko spesis berjimat macam aku, beli siap2 roti2 untuk alas perut dari Malaysia & makan nasi sekali sehari je. Klu ko nak jimat lagi, berpuasalah 😇😇😇

6. Waktu checkin hostel backpackers sini jam 2 petang, sama macam hotel kat Malaysia. Tapi waktu checkout bukan main awal iaitu jam 10 pagi. Tapi lepas ko checkout, ko still boleh simpan je beg2 ko dekat hostel dulu & ko p la pusing2 bandar Auckland sampai muntah 😂😂😂

7. Musim bunga ni suhu dia sejuk boleh cecah 10°C or below ye. Nasib baik aku bawak baju lebih, maka berlapis2 la pakaian aku. Ingatkan nak sexy2 sikit sambil2 selpot tepian bunga2 yang sedang mekar #mati la sengal 😂😂😂


Im back... #im Malaysian 🀗🀗🀗


Sabtu, 8 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 6)

Today is, 2nd last day in Auckland 🀗🀗🀗

Lepas sarapan a.k.a lunch terus gerak 😂😂😂
Perjalanan ke destinasi hari ni, just kena pergi area Queen St., menapak ke bahagian upper Queen St, sampai jumpa jalan Karangahape Rd belok ke kiri. Lurus je...

Ko akan jumpa jalan ni. Ni sebenarnya jambatan tinggi (Grafton Bridge) coz di bawahnya highway dekat Auckland ni. Macam mana la mereka buat jambatan ni dulu ye 😱

Lepas tu lurus sampai jumpa Auckland City Hospital ni. Nampak cantik & besar.

Kat seberangnya ada Auckland University.

So, ko dah sampai Domain Auckland 🀗🀗🀗

Tengok tu, luas giler padang ni. Tapi dia bukan rata ya, berbukit2 macam berkawah. Sebenarnya Auckland ni sendiri dia tak ratakan pun, sebab tu jalan dia turun naik ala2 bukit. Klu ko tak berani drive, no cmmnt 🀐🀐🀐

Sesi shooting pun bermula. Sebenarnya, dekat Auckland Domain ni aku ambik masa lama untuk pose macam2 sudut coz cantik siut... Yang over2 tu untuk simpanan peribadi ye 😂😂😂

Menapak je lurus lepas ko turun naik bukit rumput hijau tu, ko akan jumpa Auckland War Museum. Disebabkan berbayar, aku tak masuk.

Klu ko orang local free je. Aku sedar diri ni Orang Asing. Bukan PATI hoccay 😝😝😝

Next, pergi area Winter Garden. Pada mulanya aku macam tak berminat nak pergi. Ingatkan berbayar. Rupanya free.
Dalam ni menempatkan ala2 rumah hijau yang ada banyak pokok2 bunga & pokok semulajadi. Best sangat sampaikan aku tak sedar berjam2 aku dalam tu walaupun bukan besar mana pun tempat ni.
Tengok bawah ni, jadi flower boy 🀐🀐🀐






Selain pokok2, kat tengahnya ada kawasan melepak & kolam kecik.


Lepas puas pose bagai, next destination...
Dari jalan Auckland Domain tadi, jalan lurus ke depan je.

Sempat singgah Outhwaite Park sebab tengok ada bunga2 sedang berkembang. #mati la gilerr bunga 🀐🀐🀐

Then, teruskan perjalanan. Ko jangan ingat dekat, jauh jugak k. May be dalam 30 ke 45 minit ko kena berjalan lurus (Mountain Rd) ni.
Sampailah ko jumpa, simpang Clive Rd sebelah kanan ko, baru masuk jalan tu. Lurus lagi. Sampai la jumpa tempat berbukit2. Tu la dia... Mt Eden 🀗🀗🀗

Belum sampai lagi ye. Ko kena gigih memanjat bukit ni. Nasib baik jalan bertar, tapi agak curam.

Sampai je area atas, rasa berbaloi sangat ko berjalan dekat lebih sejam. Puas hati dapat tengok bandaraya Auckland dari puncak tinggi ni.

Kat tengah gunung ni ada macam kawah besar ye. Unik sangat. Sebenarnya Mt Eden ni merupakan gunung berapi yan dah mati.
Bila ko kat atas ni, jangan nak pkai sexy2 sebab sejuk. Dah angin kuat giler. Sabo je la demi mencapai cita2 ke tempat ni 😅😅😅
Hari pun dah makin senja, aku gigih menapaj balik.

Sampai Auckland city, sempat lagi berjalan area Albert Park ni. Dia berbukit jugak. Tapi tak la,setinggi Mt Eden tadi.

Tengok, atas tu pun banyak bunga2 sedang berkembang 🀗🀗🀗

Perut pun dah lapar, so pergi Arab Rice kat kedai makan Kebab On Queen, NZD11.50 ye.

K la, sampai di sini saja untuk hari ni...
Nite... 😎😎😎


Auckland, New Zealand (Part 5)

Kat tepi hostel kita orang ada kedai @ mart yang jual barang makanan asia. Tapi tak masuk pon (Jimat3 😂😂😂)

Otw to bay 🀗🀗🀗

Ada macam zoo, but I got no idea about it 🀐

Okahu Bay Whaft. Tempat ni ialah kawasan kapal2 mewah untuk parking kot. Teringat masa jalan2 kat Sydney dulu. Klu kat Malaysia, rasanya JB dalam proses ke arah mewujudkan tempat macam ni.

Cantik tak binatang ni? I think this part is d most exciting for today. Klu ada geng2 beramai kat sini, mesti lebih sejam photoshoot bagai kanz 😂😂😂
Benda terletak antara Okahu Bay Whaft & Mission Bay.
Masa ko berjalan nak sampai ke hujung tu, angin dia kuat giler k, seolah2 kat tengah laut plak 😝

I love this shoot so much... Tq buat mat salleh yang tolong ambek gambar 🀗

Manakala tepinya macam bukit.Bila tengok pokok2 tu teringat tema kawen Yuna yang banyak guna pokok putih tu. Ori dia guna ok. Mungkin dia dapat inspirasi masa duduk kat USA kot 😅😅😅

Akhirnya sampai jugak Mission Bay setelah berjalan lebih kurang 1 jam 30 minit ke 2 jam.
Tak happening. But mendamaikan.

Pekan kecil kat Mission Bay

Sempat singgah semula ke tempat tadi. Tq fotographer 🀗🀗🀗

Keadaan dari sebelah Okayu ke bandarraya Auckland.

Sempat singgah jambatan ni. Saja nak tengok sebab unik. Rupanya alur lubang kat tepi tu untuk mudahkan penungang basikal bawak basikal mereka.

Kemudahan sepanjang jalan kat Auckland ni memang ada ruang pejalan kaki & penunggang basikal.



Antara bunga2 yang sedang berkembang yang sempat dijumpa 🀗🀗🀗

Sebelum tido, sempat berbual video cam call dengan my frnd Andy & Steve. Mereka berdua sekarang bercuti kat Seoul, Korea. Really miss d moment kat Seoul 😢😢😢

K, till then... 😎😎😎

Khamis, 6 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 4)

Tiba masanya hari last stay di Nomad hostel 😢😢😢 coz dah booking dekat hostel lain untuk 3 malam seterusnya.

Selepas checkout, tinggalkan beg kat kaunter sebab nak keluar berjalan dulu. Hurm..., hari ni hujan. Hujan turun tak kuat, tapi nampaknya berpanjangan coz biasa kat Malaysia kalau hujan lebat akan lebih cepat berhenti 😝

Tujuan asal nak menuju area Auckland Domain yang meliputi kawasan tanah tinggi Eden & pergi kawasan sekitarnya. Walaupun hujan rintik2, redah jugak. Last2, dah nak dekat, terpaksa berpatah balik sebab hujan macam makin lebat 😢

Ni view highway dekat tengah bandaraya Auckland.

Balik Nomad hostel, ambik beg & pergi ke Metro Backpackers area Hobson St. Aku nasihatkan buat yang 1st time datang ke Auckland, better stay area Downtown, Queen St coz tempat tu paling dekat dengan segala transportation & lagi meriah.
Macam tempat stay kedua aku ni nampak tak meriah & sunyi saja. Mungkin dah kira area pinggir2 bandar kot.


Disebabkan waktu aku sampai, belum masa checkin bilik, so aku tinggalkan beg dekat kaunter & berjalan merayau area2 berdekatan situ.

Sebab aku dah google kedai makan halal, ada kat area Karangahape Rd. Sebenarnya ada dua kedai makan halal Malaysia situ, Sri Pinang & Uncle Man's. Aku buat keputusan untuk makan dekat kedai Uncle Man's saja.

Ha, sempat snappy senarai harga makan kat kedai Uncle Man's  😝


My lunch + dinner today Nasi Daging Blackpepper = NZD12.50. Air tak order pun sebab memang dibagi free air kosong satu botol.

Lepas tu, balik hostel & checkin.
Masa checkin kena bayar NZD81.00. Walaupun aku book by Agoda, tapi pembayaran tetap dibuat secara cash. Kiranya kredit card tu sebagai gadaian la. Klu ko tak jadi book @ tak datang, pihak hostel akan potong melalui kad kredit ko.
Hurm, my new room be like. I think my roomate ni lelaki coz nampak kurang tersusun barang2 mereka 🀐 (mati la ngmpt dlm blog)


Hostel ni lebih bagus coz plug charger memang disedia setiap katil berbanding hostel sebelum ni. Mudah la ko nak charge hp khasnya kan. Kang xde bateri phone, tak mampu la ko selpi2 🀐🀐🀐

Total spending today:
1. Makan = NZD12.50
2. Bayar hostel (3 malam) = NZD81.00

Total = NZD93.50