Salam AidilAdha semua... (almaklumlah masih mood raya haji la kan)
K, my blog today bukan nak cerita hal raya haji, tapi tentang my trip to Mulu, Baram. Got CISM program for 3 sekolah yang terlibat dengan kes kebakaran di SK Batu Bungan, Mulu, Baram (SK Batu Bungan, SK Penghulu Baya Mallang & SK Long Panai) pada tarikh 25 Julai 2018 lebih kurang jam 5.00 pagi.
Untuk makluman kita bersama, kes kebakaran tersebut telah menyebabkan Sarawak kehilangan seorang guru dari SK Penghulu Baya Mallang, Cikgu Catherine Janet anak Tawi yang terkorban dalam kebajaran tersebut (Takziah buat keluarga mangsa 😭). Manakakala dua orang guru cedera/ melecur iaitu Cikgu Nur Syuhada bt Azhari dari SK Penghulu Baya Mallang yang melecur 20% (Sehingga saya menulis blog ini masih lagi berada di wad ICU Hospital Umum Sarawak kerana masih perlu menjalani beberapa pembedahan lagi) dan Cikgu Siti Masrina bt Nian dari SK Batu Bungan yang melecur di tapak kaki.
Perjalanan ke Mulu dengan menaiki pesawat Maswing pada jam 12.50 petang dan sampai di Airport Mulu dalam jam 2.45 petang.
Alhamdulillah, selamat sampai Mulu. My 1st time ok 😱😱😱 Walaupun Mulu ni tempat pelancongan dunia, yang sedihnya line telefon terlalu sukar untuk dicapai di sekitar kawasan ni 😢😢😢
So, tonite we gonna stay here di Mulu Camp site. Tempat dia dekat je dengan Airpot Mulu.
Lebih kurang macam ni la tempat kami menginap. Sangat selesa & bersih. Dengan bayaran RM200 lebih untuk sebilik (kongsi 2 orang).
Petang tu sempat berjalan kejap kat SK Batu Bungan yang lebih kurang 5-7 minit perjalanan saja dari tempat penginapan.
Sekolahnya nampak bersih & cantik walaupun sekolah pedalaman P3.
Next day...
Untuk pergi SK Penghulu Baya Mallang ni kena naik bot perahu macam ni ye sebab tak ada lagi jalan yang menghubungkan tempat ni.
Muka excited coz 1st time naik perahu long bot ni + takut jugak sebab tak pandai berenang 🤐
Akhirnya sampai setelah lebih kurang 2 jam lebih perjalanan 😅
Keadaan bangunan sekolah yang sangat uzur. Sekolah ni sekolah SKM dengan bilangan murid 14 orang sahaja 🤐
Waktu kami sampai ni just ada GB & 2 orang guru. Sekolah ni x de staf ye. Semua kerja staf guru yang uruskan k. Yang bestnya, pihak sekolah hidangkan kami makan payau 😋😋😋
Next, perjalanan ke SK Long Panai lebih kurang 1 jam lebih menggunakan bot.
Untuk malam ni kami stay di rumah tamu SMK Tutoh Apoh disebabkan sekolah ni bersebelahan saja.
Sebelah malamnya sempat buat motivasi talk buat pelajar Tingkatan 3.
Sempat berjumpa my exclass mate zaman U dulu. Lebih kurang 10 tahun dah tak jumpa 😅😅😅
Next day, program di SK Long Panai. Sory, aku tak tau kenapa lupa nak snappy any picture kat sini. May b sebab rushing sangat kot. Sebab tengahari dah kena bergerak balik ke Mulu coz takut gelap.
Alhamdulillah, perjalanan balik pun ok walaupun sesekali kena turun bot perahu sebab untuk balik kita melawan arus sungai. Klu kat kawasan sungai yang deras terpaksa keluar dari bot perahu & tolak ye. Itulah pengorbanan guru di pedalaman. Untuk makluman, sewa perahu ni boleh mencecah RM1,200 pertrip ok, di sebabkan kawan kita orang ada kenal orang sini, dia just bagi RM600 saja 😢
Setelah lebih kurang 4 ke 5 jam perjalanan, kita orang sampai dengan selamat. Alhamdulillah...
Next day, program di SK Batu Bungan. Sory, tak ada ambik picture. Sebelah pagi with stdnt & sebelah petang ada sesi with guru & staf sekolah.
Alhamdulillah, selesai tugas.
Flght untuk balik semula ke Kuching next day. Tak terasa begitu pantas masa berlalu 😢
Sempat bergambar kat sini je sebab tak ada masa nak masuk Gua Mulu. InsyaAllah, next trip mungkin boleh plan 😊😊😊
Ta..Ta... that all my catatan for Mulu memory 🤗🤗🤗