Sory klu ada yang tertunggu posting kita. Almaklumla bz sangat2 sejak akhir2 ni 😂
Seperti yang dijanjikan, negera luar 1st skali aku p iaitu Phnom Penh(aku memang selalu confius nak eja sebutan ni huhu), Cambodia (Kemboja). Klu ade yang tertanya-tanya why i choose this place. Jawapannya senang je, dah waktu promosi AirAsia, yang aku sempat grab paling murah. Ulang alik just lebih kurang RM300 je klu tak silap aku. Tempat lain memang mahal klu bulan disember 😂
Paling mudah aku ingat tarikh kita orang p sebab nombor dia berturutan, 13.12.11 🤗. Aku n 3 others frnds dah sepakat nak p. So, sebelum p tu aku dah siapkan iteanery kita orang. Agak mudah la nak buat jadual sebab tak banyak attraction place 😑. Yang penting, its gonna b my starting tour around asean country 🤗
Ni muka dalam flght nak p Phnom Penh. Perjalanan dari KL pun tak lama, lebih kurang sejam lebih je.
Bila sampai Phnom Penh, urusan kastam agak mudah. Airport Cambodia kecik je. Lupa plak nak ambik picture airport die.
Dari airport ke bandar Phnom Penh, kita orang naik teksi je. Minta pemandu tu hantar kat area bandar. Sampai je bandar Phnom Penh, kita orang terpaksa menjalankan visi mencari hotel yang murah sebab belum book mana2 hotel. Alhamdulillah, tak lama pergi survey beberapa hotel, kita orang sepakat nak stay dekat hotel ni. Faktor utama kita orang pilih sebab dekat dengan Psar Thmey (The Central Market) yang terkenal dengan kedai2 batu permata. Nama hotel tempat kita orang stay kat Happiness Gueshouse. Agak selesa n berbaloi la sebab konsep guesthousenya macam inn kat Malaysia. Bilik bukan dorm n bilik air pun ada dalam bilik. Disebabkan kita 4 orang, 2 orang sharing satu bilik.
Gambar atas ni gambaran guesthouse kita orang. Tengok stok makanan atas meja tu 😂Guesthouse ni ada 2 bahagian. Disebabkan blok tempat kita orang survey tu dah full, kita orang stay yang blok seberangnya je. Harga pun aku dah lupa. Klu tak silap sebilik dalam 12 Dollar kot (mati la lost in space 😂).
Lepas kemas barang2 n berehat, maka misi menjelajah Phnom Penh bermula 🤗
Sebelum tu kita orang p pejabat AirAsia sebab ada kawan nak beli kargo. Macam le Phnom Pehn ni sorga shopping ha3 😑. Sempat gak jalan2 tepi ala2 waterfront Kuching. Tu ialah sebenarnya pertembungan aliran Sungai Mekong dan Sungai Tonle Sap. Kat seberang kelihatan banyak bangunan2 tinggi tengah dibina. Mungkin bakal jadi tempat tumpuan pelancong 1 hari nanti 🤔. Yang bestnya, kelihatan masjid besar kat seberang. Dah pasti kawasan tu ramai muslim kot 🤗.
Lepas bz posing macam2 style. Kita orang teruskan perjalanan ke taman yang namanya Fredom Park dan sempat jugak possing depan Wat Phnom (museum) ala2 Angkor Wat la kot. Kita orang tak masuk dalam sebab berbayar (mati la kedekut 😂).
Tandas tu kawan aku yang snappy. Unic jugak mereka ni ye. Mungkin nak kasi bau lebih harum kot 😅
Cer tengok wayar tu. Ya ampun, mengucap panjang aku. Tak dapat bayangkan klu berlaku litar pintas or everything 😥
Sesi2 possing tepi Wat Phnom (Jangan korang termuntah udah la 😂)
Lepas jalan2, ha... pe lagi. Tempat wajib klu p Phnom Penh iaitu Pasar Thmey (The Centrel Market). Dalam ni banyak kedai jual batu2 permata. Tapi, aku pun tak tau boleh caye ke tak orinye ye 🤔. Hari ni just survey2 dulu sebab fikir nak p beli hari last nanti 😑
Lepas tu, ada tertengok bangunan ala2 shopping mall tak jauh dari Pasar Thmey, p lagi, sempat gak la melepak kat situ walaupun shoppingmallnye kecik je.
And tempat makan halal yang kita orang jumpa area dekat2 situ ialah Cafe Malaya. Ia berkonsep ala2 buffet kot sebab makan boleh ambik suka hati untuk sekali makan, tapi air harga asing. Harga boleh tahan la. Klu tak silap guna dollar. Sebab Cambodia boleh guna currency duit mereka iaitu Kemboja Riel (KHR) n duit dollar. Ia merangkap makan tengahari n makan malam kita orang. Ha3 😂
Malam, kita orang tak p mana2 sebab xde pape. So rehat2 kat hotel untuk cabaran berjalan hari besoknya plak 😅