Ahad, 15 April 2018

5th day trip (15 April 2018)

Holla, hari ni masa untuk terbang ke Taipei, Taiwan 🤗🤗🤗
Bergambar dulu sebelum nak terbang. Tengok tu, landasan Macau, tepi laut je 😱😱😱

Untuk pergi Taipei, kita naik Tiger Air yang macam AirAsia jugak 🤗🤗🤗

Masa dalam flght, pramugari dah bagi imigration form untuk diisi. So, isi siap2.

Akhirnya sampai jugak Taipei, Taiwan walaupun masa dalam flght tadi banyak kali "turbolan" sampai ada penumpang yang menjerit. Aku ni, buat2 slumber je la walaupun dalam hati dub..dab..dub..dab.. huhu

Perkara 1st yang penting, beli EasyCard untuk mudahkan pergerakan nanti 🤗🤗🤗

Naik bas ke stesen utama Taipei (Bas nombor 1819). Sebab tadi dah beli EasyCard, so just tap je la nanti bila nak naik bas.
Taipei, aku datang 🤗🤗🤗

Ya ampun, station Taipei die besar giler. Dah ada bawah tanah lagi. Berjam2 aku pusing & siap sesat 😢😢😢 Aku rasa lebih 3 kali ganda KL Sentral kot. Dah banyak sangat kedai. Kebetulan hari ni hari ahad, memang ramai giler la orang indonesia lepak kat situ. Dah rasa macam indonesia plak 🤔🤔🤔 Tapi, sekurangnya tak la aku rasa kesunyian huhu

Klu nak carik kedai makan halal, kena menapak jauh. Kat Y27 huhu, sini banyak kedai halal. Tapi masakan indonesia la. Malaysia? Jangan mimpi huhu. Tapi ok la sebab boleh masuk tekak kita kan.

Next, plan nak checkin hostel. Rupanya belum masanya. Jam 3 petang baru boleh checkin. Barang boleh simpan kat stor barang dulu sementara tunggu masa checkin. So, pe lagi, kite ronda2 🤗🤗🤗

Niat hati nak pergi museum Chiangkaisek, rupanya aku salah jalan. Dalam tersalah jalan tu terjumpa kedai mee halal. Pe lagi, perut pun dah lapar kan huhu

Ni la mee sup lembu (aku pun tak tau pe nama sebenar). Tapi puas hati sebab daging dia banyak & besar2 plak tu walaupun harga dia TWD 120 @ RM 15/ RM16.

Then, sebab dah salah jalan. Terus je lah pergi area Ximending. Area ni ala2 Bukit Bintang kat Malaysia kot. Ke Petaling Street gitu la huhu

Tepi Ximending ni plak area Ximen. Yang terkenal sini ialah Red House die la.

Lepas puas berjalan, kita balik hostel & z..Z..z..



4th day trip (14 April 2018)

Masa untuk pulang semula ke Macau. Bye3 HongKong 👋👋👋
Ta..ta.. Beepackers 😢😢😢

Pergi ke Macau (Taipa), naik CotaiJet

Nah, tiketnya 186HKD 😷😷😷


Sampai Macau 🤗🤗🤗

Sebenarnya plan asal nak checkin hotel dulu. Tapi aku tak jumpa jalan nak shortcut pergi Airport (walaupun sebelah je sebenarnya), terpaksa naik shuttle bas free ni pergi Venetian.
Sempat gak jalan2 Venetian sekejap.

Mewah & besar giler bangunan mall + kasino + hotel ni huhu
Then, ambik shuttle bas pergi Airport sebab hotel untuk stay tonite kat depan airport je.


Dah sampai depan hotel. Hotel ni betul2 seberang je pintu ni pintu masuk airport je. Dekat giler. Pasal harga tak yang citerlah ye, dah tau tepi airport kan. Sebenarnya, terpaksa stay sini sebab flight esok awal pagi. Tambahan, Macau ni belum ada MRT/ LRT (tengah buat), tu terpaksa ambik hotel paling dekat dengan airport 😭😭😭

Suasana dalam airport. Tak besar sangat airportnye.

Malam, sempat lagi p City of Dreams, Venetian guna shuttle bas free huhu

Posing ala2 pasrah tak dapat naik gondola (duit MOP dah habis sebab dah tukar semua ke Taipei dollar huhu 😢)

K la, sampai sini saja untuk kali ni 🤗🤗🤗

Jumaat, 13 April 2018

3rd day trip (13 April 2018)

Today jalan2 area Pulau HongKong 🤗🤗🤗
Sebelum tu, sempat pergi area Kowloon Park & Kowloon Mosque.

Aku ingatkan Kowloon Park ni kecik je, rupanya besar giler. Yang aku pusing tu pun tak sampai 10% huhu

Tepi Kowloon Park ada Kowloon mosque, memang dekat je dengan tempat penginapan aku. Mudah nak p solat k 🤗🤗🤗

Next, pergi ke seberang pulau semula naek feri area Central huhu

Sampai je kat jeti, terus cari area bas station yang memang berhenti tepi jeti tu. Cari flatform C & naik bas nombor 15 sebab aku nak pergi The Peak. Selain dari bas, boleh guna tram. Sebab aku ni budget traveller, aku guna bas lagi murah. Just 9.80 HKD @ dekat RM5 la gitu sekali pergi. Klu ada kad, tap je.

Dalam bas. Tengok tu, cantik viewnye walaupun pemandu bas ni bawak bas masacam movie Fast & Furious. Dah la jalan cerun giler woi 😂😂😂

Cer tengok, cerun kan 😱😱😱

Akhirnya sampai. Ni la bas yang aku guna tadi 🤗🤗🤗

The Peak tu, tepi je dengan stesen perhentian bas tadi. Tak macam kat Namsan Tower, walau naik bas, kena memanjat lagi ke atas. The Peak ni macam mall. Ada kedai makan & kedai cenderahati.

Ingatkan tak tinggi, belom sampai atas dah gemuruh sebab kena naik tangga esceletor die yang bertingkat2. Tak terkira berapa kali tawaf aku tadi. Bila tengok ke bawah, rasa geli woii... Baru dalam mall je 😂😂😂

Sampai je last tangga untuk naik ke atas, kena bayar rupenye. 52 HKD 😱😱😱 Dah namanya aku ni traveller cipot, terpaksa lupakan niat nak naik atas tu. Dah kena bayar, kang ko ditiup angin kencang kat atas tu & jatoh ke bawah (Mati lew ayat saja nak sedapkan hati huhu 😂😂😂)

Sebab tak dapat nak shoot pictre dari atas, aku yang masih lagi gedik ni cuba2 le tengok kat mana2 tingkat yang ko boleh ke luar untuk ambik gambar. Nasib baik ada satu tingkat tu (Tepi Burger King klu tak silap aku), ada la view untuk ko berposing2. Masa mula2 aku sorang je situ. Ntah biler aku tengah syok posing datang sorang2 pelancong ni nak jugak bergambar kat situ. Herm, ni mesti satu level dengan aku la ni a.k.a haji@hajjah bakhil huhu 😂😂😂
Lepas puas berposing kat atas tu, aku ambik keputusan balik semula ke Central tadi dengan guna bas yang sama. Sampai je Central, target nak carik Graham Street & Central-Mid-Levels Escalators.

Punya la susah aku nak jumpa Graham Street yang famous dicerita orang ni. Rupanya... street area jual buah2 & sayur2 #feelng2 makcek2 la ko kat situ ye 😂😂😂
Tapi versi ala2 kedai market atas bukit sebab jalannya curam ke atas, gigih la ko menapak sampai ke atas nak mencarik mural yang famous itu 😷😷😷

Last2, sampai jugak. Ada la beberapa orang pelancong tengah ambik gambar kat mural tu. Aku yang slumber badak ni, pe lagi posing jah situ jugek. Snap beberapa picture (sebagai bukti aku pun dah sampai kan), balik semula ke bawah huhu

Sepanjang Graham Street ni banyan kedai buah & sayur. Kira tak la mahal sangat harga dia kan...

Sampai je kat bawah. Ko pusing ke kiri ko (Tengok gambar atas ni ☝☝☝). Jangan korang bz nak cuci mata tengok mamat taff tu plak ye 😂😂😂 Yang aku nak story ni, klu ko nak p carik Central-Mid-Levels Escalator tu, kat area sebelah tu. Klu ko besarkan picture tu, ko nampak ada bumbung antara bangunan, tu la die ye 😶😶😶

Ingatkan escalator ni ada turun naik, rupanya just naik je ye. Turun ikut suka hati ko nak berguling ke, nak terjun terun pun boleh 😂😂😂 Aku tak p sampai hujung sebab nak jimat masa. Cukup la post2 maut sebahagian gambar kat situ then balik semula ke bawah.

Dalam perjalanan nak pergi area stesen tram ni, lalu area lorong ni ☝☝☝. Lorong ni kira macam penerangan oleh kerajaan mereka mengenai isu2 negara mereka & dijawab oleh kerajaan. Best jugak mereka buat macam ni. Antara isu yang sempat aku jeling, persoalan nape kat HongKong tak banyak pokok seperti kat Singapura. tad... klu nak tau jawapannya pm aku personal ok (mati la malas nak tulis panjang lebar huhu) Aku tak sempat nak membaca semua sebab perut aku dah buat alunan music menandakan kelaparan 😂😂😂

Kali ni kita nak naik tram plak. Klu orang HongKong, mereka panggil binatang ni "dingding" sebab bunyi honnya ala2 gitu 😷😷😷

Merasa lew aku naik binatang ni. Sebelum naik, kena tau laluan pe yang ko nak pergi ye, jangan main naik je, kang dibawak ko p pulau lain plak 😂😂😂. Macam aku ni, nak pergi area Cause Way Bay. Then, kena gigih tengok nama kat setiap stesen yang dia berhenti, sebab dia tak macam MRT yang ada kluar nama stesen pe seterusnya & so on. Nasib baik la google maps aku ni boleh guna, bila nak sampai terus aku bersiap nak turun. Sebelum turun, ko kena tap kad ko area depan (tepi pemandu). Klu tak silap aku sekali perjalanan dia potong 2.30 HKD @ RM1.20 gitu tak kira jarak ko jauh ke dekat.

Then, misi nak melantak mencari kedai makan indonesia iaitu Warung Malang. Area Pennington Street je. Hish... yang ni buat aku macam orang giler pusing sana, pusing sini area yang sama sebab aku tak jumpa kedai makan tu. Dah namanya Pennington Street, pening2 lalat aku dibuatnye. Ya ampon, rupanye kedai tu kat 2nd floor. Aku ingatkan kat bawah je ala2 kat Malaysia, rupanya ala2 nak naik hotel lah ye. Dah nama kedainya Warung Malang, malang sungguh nasib aku 😭😭😭

Tada... setelah tidak malang, sampai jugak ko. Ni sebahagian menu die 🤗🤗🤗

Ni la menu lunch + dinner kite hari ni. Nana nasinya nasi kuning, bukan otak kuning ok 😂😂😂 Harga semua 70HKD @ dalam RM35 😱😱😱
Bagi aku, aku prefer makan kat kedai ni berbanding semalam. Faham2 je la tekak orang kite ni kan 🤔🤔🤔

Lepas makan, masa untuk balik ke tempat stay semula 🤗🤗🤗

Sempat singgah area explanade depan HongKong Cultural Centre. Ramai giler orang. Almaklum la ni dah start hujung minggu kan 😷😷😷

Tengok kat seberang pulau tu, bangunan die terang dengan lampu 🤗🤗🤗

Masa otw nak balik hostel, sempat masuk Chungkin Massion yang famous area Tsim Sha Tsui ni. Rupanya banyak giler kedai halal kat sini. Tapi ala2 kedai kecik2 & berapa nak menyelerakan tekak aku (mati la demand 😷😷😷). Tambahan, banyak review yang aku baca harga makan kat sini lebih mahal dari area kat pulau ok 🤔🤔🤔
K la, tu saja news untuk hari ni. Jumpa esok plak 👋👋👋