Memaparkan catatan dengan label macau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label macau. Papar semua catatan

Ahad, 15 April 2018

4th day trip (14 April 2018)

Masa untuk pulang semula ke Macau. Bye3 HongKong 👋👋👋
Ta..ta.. Beepackers 😢😢😢

Pergi ke Macau (Taipa), naik CotaiJet

Nah, tiketnya 186HKD 😷😷😷


Sampai Macau 🤗🤗🤗

Sebenarnya plan asal nak checkin hotel dulu. Tapi aku tak jumpa jalan nak shortcut pergi Airport (walaupun sebelah je sebenarnya), terpaksa naik shuttle bas free ni pergi Venetian.
Sempat gak jalan2 Venetian sekejap.

Mewah & besar giler bangunan mall + kasino + hotel ni huhu
Then, ambik shuttle bas pergi Airport sebab hotel untuk stay tonite kat depan airport je.


Dah sampai depan hotel. Hotel ni betul2 seberang je pintu ni pintu masuk airport je. Dekat giler. Pasal harga tak yang citerlah ye, dah tau tepi airport kan. Sebenarnya, terpaksa stay sini sebab flight esok awal pagi. Tambahan, Macau ni belum ada MRT/ LRT (tengah buat), tu terpaksa ambik hotel paling dekat dengan airport 😭😭😭

Suasana dalam airport. Tak besar sangat airportnye.

Malam, sempat lagi p City of Dreams, Venetian guna shuttle bas free huhu

Posing ala2 pasrah tak dapat naik gondola (duit MOP dah habis sebab dah tukar semua ke Taipei dollar huhu 😢)

K la, sampai sini saja untuk kali ni 🤗🤗🤗

Khamis, 12 April 2018

2nd day trip (12 April 2018)

Begitu cepat masa berlalu 😢
Today trip Macau & Hongkong 🤗🤗🤗
Lepas checkout, sempat singgah kat Guia Hill Municipal Park. Ni kita park & kawasan tanah tinggi kat Macau. Cer layan gambar...

Ni la peta bukit tu. Besar gak 😱😱😱

Sempat nak merasa naik benda ni sebab murah je & nak tengok pemandangan Macay dari atas bukit. MOP 3 (dalam RM1.50) je untuk pergi balik.

Muka yang excited 😂😂😂

Then, terus berkejar ke Terminal Bot Express sebab nak pergi HongKong 🤗🤗🤗


Kaunter tikat TurboJet. Pilih je destinasi yang nak pergi.

Macam aku, aku dari Macau ke HongKong (Central), MOP 160.

Ni la TurboJet tu

Kat dalam TurboJet, dia bagi form untuk diisi masa kat imigration nanti.

Sampai je HongKong (Central), aku yang kaki jimat ni rela menapak kaki untuk pergi area Wan Chai. Niat utama nak pergi carik Canteen Halal yang famous tu: Islamic Centre Canteen. Bila dah sampai Wan Chai tu, punya la aku gigih ke sana. Google maps aku tak dapat kesan area tu. Dekat 2 jam jugak aku ke hulu ke hilir 😭😭😭

Last2, jumpa sorang minah yang baik hati ni & dia tolong google mapskan & siap share data internet plak tu supaya aku faham. Dia just tahu sikit2 je dalam BI, tapi baik hati yang amat. Tak sempat nak ambik gambar bersama dia, lupa sebab tengah kalut huhu

Hasil pertolongan dari dia, jumpa gak kantin halal ni 🤗🤗🤗

Ni menu & harga dia. Daripada yang aku baca, dalam banyak kedai halal, area sini harga paling ok.

Ambik ko, ni la menu lunch + supper aku untuk hari ini & semalam ok (mati la semalam tak makan nasi sebab kat Macau memang susah nak cari kedai halal huhu). Jumlah harga 80 HKD (Kira2 RM40 😭😭😭).

Lepas tu, balik ke area Tsim Sha Hui, guna feri.

Sebelum tu beli kad octopus 100 HKD 😷😷😷

Merasa gak naik feri 😂😂😂

Sampai kat Tsim Sha Hui, sempat pergi tempat kat tepinya ala2 esplanade, boleh tengok view kat seberang 🤗🤗🤗

Next, mencarik guest house, yang ni mudah je sebab jalan dia tak susah.

"Akhirnya kita bertemu" (mati la ayat filem Dukun) 😷😷😷

Happy dah sebab berjaya masuk bilik walaupun masa mula2 tadi blur2 dengan arahan checkin. Sebabnya, hostel ni berkonsep checkin sendirik ok & tak ada reseption pun. Pandai2 la ko berdasarkan arahan yang dia emel kat kita beberapa hari sebelum checkin huhu

Aktiviti malam plak, hajat nak tengok Symphony of Light kat Star Avenue, tapi dah terlepas. Rasanya show awal dalam pukol 8 malam dah start kot. Tengok je la bangunan2 kat seberang tu bercahaya. Cantik gak 😂😂😂

Lepas tu, pergi Ladies Market kat Mongkok MRT. Barang mahal2 la 😢😢😢

Then, masa pergi masuk lorong2 dekat situ, jumpa area jual buah. Mahal jugak ok.

Sebab kat hostel tak disediakan air minum, terus pergi beli kat kedai area jual buah tu. Murah jugak. 5HKD je @ dalam RM2.50. Mula2 tadi ingat mahal. Dah cashier die nampak macam psiko je, bila aku hulur botol air nak bayar dia buat2 tak tau je sambil2 terus ketip kuku. Then, lepas habis ketip, baru dia bagitau harga berapa. Ingatkan nak marah aku, siap bagi senyuman plak... Pelik wo... 😷😷😷 
Masa lalu kedai2 tepi jalan, try jugak tengok harga, botol yang lebih kecik lagi 6HKD mereka jual. Pelik aku.

Sambung berjalan area kedai kasut @ Sneakers Street. Tapi sebab aku ni bukan peminat kasut, tak berjaya mencairkan aku pun harga2 dia huhu... Jangan silap ye, yang tanda2 tu bukan harga dia, tu saiz kasut. Klu harga dia, confirm aku dah borong huhu

Lastly, balik semula ke Tsim Sha Hui... K, nitezzz 🤗🤗🤗



Rabu, 11 April 2018

1st day (11 April 2018)

My flght from KLIA2 depart at 10 am & safely arrvd Macau at 1.50pm. Jam@masa Macau is almost same with Malaysia k 🤗🤗🤗

Kedudukan lapangan terbang Macau betul2 tepi laut 😱😱😱

(Macau Airport)

Masa kat imigration. Mudah & senang. Tapi passport xde dicop, just bagi keratan kertas kecik je 😢😢😢

View dalam airport

Sebab nak berjimat cermat, guna shuttle bas je (FREE). Before that kena tahu hotel mana nak pergi.

Ni la rupa deretan bas tu. Aku pilih Grand Lisboa bas.

Dalam bas, nampak Menara Macau

Hanya mampu bergambar dari dalam bas je 😢😢😢

Sampai Hotel Grand Lisbao, sempat bergambar 😂

Then pergi Senado Square. Kira tempat orang melepak

Dari Senado Square, terus pergi Ruins of St. Paul

Then, checkin hotel (Holiday Hotel), dekat je dengan Ruins of St. Paul ye. Dapat yang ni pun kira murah la (walaupun harga taraf 3/4 bintang kat Malaysia 😢😢😢)

Then, sambung jalan2 nak tengok kehidupan masyarakat Macau. Tengok tu, macam ni la tempat kediaman kat Macau. Semua bangunan tinggi2 k 😂😂😂

Sempat masuk Grand Lisbao, tengok tu rupanya besar giler 😱😱😱

Tepi Grand Lisbao, Wynn Hotel.

Ni peta Macau, kecik je & sehari boleh pusing jalan kaki k 😂😂😂 Sekian saja untuk maklumat hari 1st... Nite 😴😴😴