Memaparkan catatan dengan label hongkong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hongkong. Papar semua catatan

Jumaat, 13 April 2018

3rd day trip (13 April 2018)

Today jalan2 area Pulau HongKong πŸ€—πŸ€—πŸ€—
Sebelum tu, sempat pergi area Kowloon Park & Kowloon Mosque.

Aku ingatkan Kowloon Park ni kecik je, rupanya besar giler. Yang aku pusing tu pun tak sampai 10% huhu

Tepi Kowloon Park ada Kowloon mosque, memang dekat je dengan tempat penginapan aku. Mudah nak p solat k πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Next, pergi ke seberang pulau semula naek feri area Central huhu

Sampai je kat jeti, terus cari area bas station yang memang berhenti tepi jeti tu. Cari flatform C & naik bas nombor 15 sebab aku nak pergi The Peak. Selain dari bas, boleh guna tram. Sebab aku ni budget traveller, aku guna bas lagi murah. Just 9.80 HKD @ dekat RM5 la gitu sekali pergi. Klu ada kad, tap je.

Dalam bas. Tengok tu, cantik viewnye walaupun pemandu bas ni bawak bas masacam movie Fast & Furious. Dah la jalan cerun giler woi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Cer tengok, cerun kan 😱😱😱

Akhirnya sampai. Ni la bas yang aku guna tadi πŸ€—πŸ€—πŸ€—

The Peak tu, tepi je dengan stesen perhentian bas tadi. Tak macam kat Namsan Tower, walau naik bas, kena memanjat lagi ke atas. The Peak ni macam mall. Ada kedai makan & kedai cenderahati.

Ingatkan tak tinggi, belom sampai atas dah gemuruh sebab kena naik tangga esceletor die yang bertingkat2. Tak terkira berapa kali tawaf aku tadi. Bila tengok ke bawah, rasa geli woii... Baru dalam mall je πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sampai je last tangga untuk naik ke atas, kena bayar rupenye. 52 HKD 😱😱😱 Dah namanya aku ni traveller cipot, terpaksa lupakan niat nak naik atas tu. Dah kena bayar, kang ko ditiup angin kencang kat atas tu & jatoh ke bawah (Mati lew ayat saja nak sedapkan hati huhu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)

Sebab tak dapat nak shoot pictre dari atas, aku yang masih lagi gedik ni cuba2 le tengok kat mana2 tingkat yang ko boleh ke luar untuk ambik gambar. Nasib baik ada satu tingkat tu (Tepi Burger King klu tak silap aku), ada la view untuk ko berposing2. Masa mula2 aku sorang je situ. Ntah biler aku tengah syok posing datang sorang2 pelancong ni nak jugak bergambar kat situ. Herm, ni mesti satu level dengan aku la ni a.k.a haji@hajjah bakhil huhu πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Lepas puas berposing kat atas tu, aku ambik keputusan balik semula ke Central tadi dengan guna bas yang sama. Sampai je Central, target nak carik Graham Street & Central-Mid-Levels Escalators.

Punya la susah aku nak jumpa Graham Street yang famous dicerita orang ni. Rupanya... street area jual buah2 & sayur2 #feelng2 makcek2 la ko kat situ ye πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Tapi versi ala2 kedai market atas bukit sebab jalannya curam ke atas, gigih la ko menapak sampai ke atas nak mencarik mural yang famous itu 😷😷😷

Last2, sampai jugak. Ada la beberapa orang pelancong tengah ambik gambar kat mural tu. Aku yang slumber badak ni, pe lagi posing jah situ jugek. Snap beberapa picture (sebagai bukti aku pun dah sampai kan), balik semula ke bawah huhu

Sepanjang Graham Street ni banyan kedai buah & sayur. Kira tak la mahal sangat harga dia kan...

Sampai je kat bawah. Ko pusing ke kiri ko (Tengok gambar atas ni ☝☝☝). Jangan korang bz nak cuci mata tengok mamat taff tu plak ye πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Yang aku nak story ni, klu ko nak p carik Central-Mid-Levels Escalator tu, kat area sebelah tu. Klu ko besarkan picture tu, ko nampak ada bumbung antara bangunan, tu la die ye 😢😢😢

Ingatkan escalator ni ada turun naik, rupanya just naik je ye. Turun ikut suka hati ko nak berguling ke, nak terjun terun pun boleh πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Aku tak p sampai hujung sebab nak jimat masa. Cukup la post2 maut sebahagian gambar kat situ then balik semula ke bawah.

Dalam perjalanan nak pergi area stesen tram ni, lalu area lorong ni ☝☝☝. Lorong ni kira macam penerangan oleh kerajaan mereka mengenai isu2 negara mereka & dijawab oleh kerajaan. Best jugak mereka buat macam ni. Antara isu yang sempat aku jeling, persoalan nape kat HongKong tak banyak pokok seperti kat Singapura. tad... klu nak tau jawapannya pm aku personal ok (mati la malas nak tulis panjang lebar huhu) Aku tak sempat nak membaca semua sebab perut aku dah buat alunan music menandakan kelaparan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kali ni kita nak naik tram plak. Klu orang HongKong, mereka panggil binatang ni "dingding" sebab bunyi honnya ala2 gitu 😷😷😷

Merasa lew aku naik binatang ni. Sebelum naik, kena tau laluan pe yang ko nak pergi ye, jangan main naik je, kang dibawak ko p pulau lain plak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Macam aku ni, nak pergi area Cause Way Bay. Then, kena gigih tengok nama kat setiap stesen yang dia berhenti, sebab dia tak macam MRT yang ada kluar nama stesen pe seterusnya & so on. Nasib baik la google maps aku ni boleh guna, bila nak sampai terus aku bersiap nak turun. Sebelum turun, ko kena tap kad ko area depan (tepi pemandu). Klu tak silap aku sekali perjalanan dia potong 2.30 HKD @ RM1.20 gitu tak kira jarak ko jauh ke dekat.

Then, misi nak melantak mencari kedai makan indonesia iaitu Warung Malang. Area Pennington Street je. Hish... yang ni buat aku macam orang giler pusing sana, pusing sini area yang sama sebab aku tak jumpa kedai makan tu. Dah namanya Pennington Street, pening2 lalat aku dibuatnye. Ya ampon, rupanye kedai tu kat 2nd floor. Aku ingatkan kat bawah je ala2 kat Malaysia, rupanya ala2 nak naik hotel lah ye. Dah nama kedainya Warung Malang, malang sungguh nasib aku 😭😭😭

Tada... setelah tidak malang, sampai jugak ko. Ni sebahagian menu die πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Ni la menu lunch + dinner kite hari ni. Nana nasinya nasi kuning, bukan otak kuning ok πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Harga semua 70HKD @ dalam RM35 😱😱😱
Bagi aku, aku prefer makan kat kedai ni berbanding semalam. Faham2 je la tekak orang kite ni kan πŸ€”πŸ€”πŸ€”

Lepas makan, masa untuk balik ke tempat stay semula πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Sempat singgah area explanade depan HongKong Cultural Centre. Ramai giler orang. Almaklum la ni dah start hujung minggu kan 😷😷😷

Tengok kat seberang pulau tu, bangunan die terang dengan lampu πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Masa otw nak balik hostel, sempat masuk Chungkin Massion yang famous area Tsim Sha Tsui ni. Rupanya banyak giler kedai halal kat sini. Tapi ala2 kedai kecik2 & berapa nak menyelerakan tekak aku (mati la demand 😷😷😷). Tambahan, banyak review yang aku baca harga makan kat sini lebih mahal dari area kat pulau ok πŸ€”πŸ€”πŸ€”
K la, tu saja news untuk hari ni. Jumpa esok plak πŸ‘‹πŸ‘‹πŸ‘‹

Khamis, 12 April 2018

2nd day trip (12 April 2018)

Begitu cepat masa berlalu 😒
Today trip Macau & Hongkong πŸ€—πŸ€—πŸ€—
Lepas checkout, sempat singgah kat Guia Hill Municipal Park. Ni kita park & kawasan tanah tinggi kat Macau. Cer layan gambar...

Ni la peta bukit tu. Besar gak 😱😱😱

Sempat nak merasa naik benda ni sebab murah je & nak tengok pemandangan Macay dari atas bukit. MOP 3 (dalam RM1.50) je untuk pergi balik.

Muka yang excited πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Then, terus berkejar ke Terminal Bot Express sebab nak pergi HongKong πŸ€—πŸ€—πŸ€—


Kaunter tikat TurboJet. Pilih je destinasi yang nak pergi.

Macam aku, aku dari Macau ke HongKong (Central), MOP 160.

Ni la TurboJet tu

Kat dalam TurboJet, dia bagi form untuk diisi masa kat imigration nanti.

Sampai je HongKong (Central), aku yang kaki jimat ni rela menapak kaki untuk pergi area Wan Chai. Niat utama nak pergi carik Canteen Halal yang famous tu: Islamic Centre Canteen. Bila dah sampai Wan Chai tu, punya la aku gigih ke sana. Google maps aku tak dapat kesan area tu. Dekat 2 jam jugak aku ke hulu ke hilir 😭😭😭

Last2, jumpa sorang minah yang baik hati ni & dia tolong google mapskan & siap share data internet plak tu supaya aku faham. Dia just tahu sikit2 je dalam BI, tapi baik hati yang amat. Tak sempat nak ambik gambar bersama dia, lupa sebab tengah kalut huhu

Hasil pertolongan dari dia, jumpa gak kantin halal ni πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Ni menu & harga dia. Daripada yang aku baca, dalam banyak kedai halal, area sini harga paling ok.

Ambik ko, ni la menu lunch + supper aku untuk hari ini & semalam ok (mati la semalam tak makan nasi sebab kat Macau memang susah nak cari kedai halal huhu). Jumlah harga 80 HKD (Kira2 RM40 😭😭😭).

Lepas tu, balik ke area Tsim Sha Hui, guna feri.

Sebelum tu beli kad octopus 100 HKD 😷😷😷

Merasa gak naik feri πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sampai kat Tsim Sha Hui, sempat pergi tempat kat tepinya ala2 esplanade, boleh tengok view kat seberang πŸ€—πŸ€—πŸ€—

Next, mencarik guest house, yang ni mudah je sebab jalan dia tak susah.

"Akhirnya kita bertemu" (mati la ayat filem Dukun) 😷😷😷

Happy dah sebab berjaya masuk bilik walaupun masa mula2 tadi blur2 dengan arahan checkin. Sebabnya, hostel ni berkonsep checkin sendirik ok & tak ada reseption pun. Pandai2 la ko berdasarkan arahan yang dia emel kat kita beberapa hari sebelum checkin huhu

Aktiviti malam plak, hajat nak tengok Symphony of Light kat Star Avenue, tapi dah terlepas. Rasanya show awal dalam pukol 8 malam dah start kot. Tengok je la bangunan2 kat seberang tu bercahaya. Cantik gak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Lepas tu, pergi Ladies Market kat Mongkok MRT. Barang mahal2 la 😒😒😒

Then, masa pergi masuk lorong2 dekat situ, jumpa area jual buah. Mahal jugak ok.

Sebab kat hostel tak disediakan air minum, terus pergi beli kat kedai area jual buah tu. Murah jugak. 5HKD je @ dalam RM2.50. Mula2 tadi ingat mahal. Dah cashier die nampak macam psiko je, bila aku hulur botol air nak bayar dia buat2 tak tau je sambil2 terus ketip kuku. Then, lepas habis ketip, baru dia bagitau harga berapa. Ingatkan nak marah aku, siap bagi senyuman plak... Pelik wo... 😷😷😷 
Masa lalu kedai2 tepi jalan, try jugak tengok harga, botol yang lebih kecik lagi 6HKD mereka jual. Pelik aku.

Sambung berjalan area kedai kasut @ Sneakers Street. Tapi sebab aku ni bukan peminat kasut, tak berjaya mencairkan aku pun harga2 dia huhu... Jangan silap ye, yang tanda2 tu bukan harga dia, tu saiz kasut. Klu harga dia, confirm aku dah borong huhu

Lastly, balik semula ke Tsim Sha Hui... K, nitezzz πŸ€—πŸ€—πŸ€—