Isnin, 17 April 2017

4th day Sydney video

Great memory 😍😍😍

4th day in Sydney

Today jauh ke luar kawasan plak. tapi still dalam Sydney. Tujuan utama 2 je, nak pergi kawasan Blue Mountain & Featherdale Wildlife.

Gigih ko, pagi2 dah bangun sebab nak catchup train pergi Katomba. Senang je, dari Central, naik train lane 7. lebih kurang 22 hentian k, pe taknya sampai 2 jam perjalanan. Sempat lagi aku tido 😷😷😷


Ni la rupanya train yg aku naik. Train kat Sydney ni semua jenis dua tingkat.

Yeah.. smp Katoomba 😍😍😍

Klu tak tau nak naik bas pe ke kawasan Eco point, just ikut pelancong lain. Bus tu tunggu tepi stesen je. Tapi balik dari Eco point aku jalan kaki je sebab x jauh pun sebenarnya #mati le nak jimat 😅

Ni la kawasan Blue Mountain. Cantik giler view...

Ni plak yang terkenal namanya Three Sister tu...

Klu nak jalan2 sepanjang hutan ni boleh je sebab memang ada laluan pejalan kaki. Tapi aku tak p pun sebab nak bekejar ke destinasi seterusnya.

Next, nak tengok haiwan2 unik yang hanya terdapat kat bumi Aussie ni. Pilihan paling tepat ialah Featerdale Wilelife Park sebab haiwan tu kita dapat tengok lebih dekat berbanding dengan Taranggo Zoo.

Dari Katoomba ambik line no 1 n berhenti kat Blacktown. Lama gak, dalam sejam lebih perjalanan k 😪😪😪

Sesampai je Blacktown, 1st aku ingat nak guna bas je sebab rasa penat. Bila dah lebih setengah jam tunggu bas n aku tengok dah pukol 3 lebih, cepat2 aku carik jalan nak ke situ. Dah aku confius sebab kawasan ni banyak jalan. Buang masa tul 😭😭😭
Alhamdulillah, aku akhirnya dapat gak jumpa jalan yang betul. Dah time tu dah pukol 4 petang. aku tak peduli, nak pergi gak walaupun boleh bergambar kat pintu pagar je 😅😅😅
Alhamdulillah, dalam pukol 4.30 petang aku akhirnya sampai.

Gigih ko, bayaran masuk AUD31. Sebelum ni yang aku baca AUD29.50 je. Tapi sebab memang niat nak tengok wallabi, kanggaro, beruang poala n lain2 dengan lebih dekat sekali seumur hidup, pe salahnya kan. Lepas ni mungkin aku tak p Aussie lagi.



Tada... Kanggaro kat sini bebas je. Siap boleh pegang k n jinak2. Bulu kanggaro ni kasar rupanya.

Beruang koala plak hanya boleh tengok dari tepi sebab penjaga ni bagitau yang haiwan ni boleh gigit. Kang tak pasal2 percutian aku kat Sydney jadi percutian ngeri huhu 😅😅😅
Tapi ada tempat untuk ambik gambar dengan beruang koala ni lebih dekat dengan pengawasan, ada bayaran AUD20 k. Confirm le aku tak nak huhu...

Selain dari haiwan2 Aussie tu, banyak gak haiwan lain kat dalam tu. Ni aku share sebahagian je takut korang muntah tengok picture berlambak 😷😷😷

Pengguin.. so cute 😍😍😍

Lepas jam 5, dah kena keluar dah. Sedih tul aku nak balik. Terutama bila tengok kanggaro tu, dia tengok kita macam nak ikut pulang k... sob..sob...😭😭😭

ok stop kisah sedih, terus balik ke Central. Memang plan malam ni mesti makan kat tempat lain #mati la tak nak dicop penunggu Its Times For Thai 😷😷😷

Nasib baik malam ni Malacca Straits bukak😍😍😍


Order Hainan Chicken Rice, rupanya nasi ayam 😅😅😅. AUD10 sepinggan. Air kosong mereka bagi free.

K, perut dah kenyang, nak balik hostel n berkemas sebelum checkout esok pagi 😂

Ahad, 16 April 2017

3rd day Sydney video


3rd day in Sydney

Yummy...
hari ni pagi2 terus pergi Paddy's Market sebab isnin smp rabu pasar ni memang tutup. Biasa bc, orang beli cenderamata kat cni le.
huhu.. melencong ke bhgn buah n syrn. ya ampun, murah giler ok. ada jual 1 bngks 2AUD, Klu beli 3 bungkus dapat harga 5AUD. Rambang mata aku. klu tinggal kat cni mmg puas makan buah ni 😍😍😍


ni kedai cenderamata yang aku tengok kat blog seseorang sebab dia cakap sini murah. Bila dah beli n jalan ke kedai lain,macam sama je harga mereka jual 😂

Ni je yang mampu dibeli, pisang 1.70AUD, Anggur sebungkus 2AUD. Nasib cepat2 balik, klu tak habis diborong aku, dah aku stay tinggal 2 hari je lagi 😂😂😂

Next destination, ialah nak terjah Universiti Sydney yang famous tu. Wow... I feel amazing 😍😍😍

  • Bangunan utama University Sydney


Teringat zmn U 😭😭😭

Lepas penat ambik picture macam2 pose... jom jalan kaki ke Coogee Beach plak. Hari ni konsep berjimat cermat tanpa guna Opal kad 😂😂😂

Masa otw nk p Coogee Beach, lalu Malaysia Hall, jauh gk rupanya dari kawasan pusat bandar. Tapi x lama lagi akan ada kemudahan light real sebab ada tengok mereka tengah buat.

Setelah dekat 2 jam bejalan, baru sampai Coogee Beach huhu... jom cuci mata 😂😂😂


Ni merentas sepanjang coastal road tepi2 pantai nak pergi Bondi Beach. Pantai die kejap berpasir, kejap tanah tinggi, kejap berbatu, unik sangat. Patut la Sydney ni diiktiraf punya pantai2 yang lawa n unik 😍😍😍


Laluan die...

Ambik ko, klu lalu waktu malam kat cni x tau la 👻👻👻

Ni Bronte rasanya, sebenarnya banyak sangat pantai or bay sepanjang lalu nak ke Bondi tu. Dah orang ramai macam nk pergi concert sebab ni kan cuti hujung minggu yang panjang untuk yang dok Aussie (mereka cuti good friday & easter monday) 😅😅😅

Ni baru Bondi Beach. Bagi aku biasa je. Lagi meriah Coogee Beach sebab macam2 aktiviti kat ctu berbanding Bondi.


Kita balik dulu, sempat singgah stesen minyak. Melayang 3AUD tapi rasa coklat dia memang pekat n x macam kat mlysia k 😅😅😅

Sampai je area city, fikir nk p Malacca Straits, tutup la plak.


Then pergi PappaRich, ramai orang.


Last2, pergi semula ke Its Time For Thai lagi 😂😂😂

Malam ni makan nasi ikan masin je. Harga 11AUD 😅😅😅

K, jumpa lagi 👋




Sabtu, 15 April 2017

2nd day video in Sydney


2nd day in Sydney

2nd day p luar kawasan bandar sydney 😍😍😍

masa otw nak pergi Circular Quay tu tiba2 lalu Queen Victoria Building a.k.a QVB. So, smpt la singah dalam tu. xde pe nak beli sebab mahal kan. just nak tengok keunikan bangunan yg famous ni je huhu



Lepas penat posing2 dalam tu, terus p Circular Quay, Warf No. 3 sebab nak p Manly Beach 😍😍😍


senang je naik kapal ni. tap je Kad Opal. Then die terus tolak AUD 7.18

Ni la kapal yang aku naik ke Manly Beach.

gambar Opera House dari kapal yg aku naik

Sydney Hobour Bridge 😍😍😍

Sampai Manly lepas 40 minit perjalanan 😍😍😍

Jom cuci mata huhu... x mandi pun, just nak tengok ke famousan Manly Beach ni. memang ramai orang ar sebab hujung minggu.




Setelah penat cuci mata, jom balik ke city. Sebab nak jimat punya pasal, aku buat keputusan jalan kaki je #pisan 😷
Bawah ni beberapa gambar yang sempat aku snappy sepanjang perjalanan. Jauh ok, dalam 5 jam jalan kaki (nacam cabaran kat Tokyo 😅😅😅) . Dah kawasan Manly n Mosman ni turun naik bukit. Tapi tepi2 dia wujud pantai yg cantik2. Sebenarnya banyak lagi pantai lain area Manly n Mosman ni, just tak berapa nak famous melainkan Mainly Beach... Klu aku dengan kawan2 aku, mesti mereka semua dah pengsan jalan 5 jam 😷😷😷




Dalam perjalanan aku nak p city, bukan main susah nak jumpa kedai macam 7E. yg bersepah kedai2 baju n cafe. Last jumpa shell, terus beli air mineral sebotol. AUD2 ok sebotol kemetot ni 😭😭😭

Setelah meredah laluan ada yang salah, pusing balik n sebagainya, akhirnya sampai gak Sydney Hobour Bridge. Dah aku silap naik, rupanya laluan tu untuk yang guna basikal je. Terpaksa turun balik n p laluan yang seberangnya untuk yang jalan kaki. Sabo je la, dah kaki ni dah lenguh 😭😭😭

Sempat snappy pictre Opera House dari Sydney Hobour Bridge.

Menu malam ni, makan kat Time For Thai lagi lepas aku penat carik kedai halal lain. AUD13 melayang untuk ni. Alhamdulillah, rasa sedap daging dia 😍😍😍

Then, balik hostel. Nak rehat. Esok sambung lagi k 😉👌