Jumaat, 9 Disember 2016

Last day in Tokyo, Japan (9 Disember 2016)

Good bye Tokyo, Japan 😭. Awal lagi dah bangun sebab nak kejar bas huhu. Naik Tokyo Shuttle Bus kat tepi Tokyo station, just bayar 1,000¥ berbanding guna train yang lebih mahal 😅. 

Selpot depan Capsule Kanda sebelum melangkah pergi 😍
Setelah hampir sejam aku berpusing2, akhirnya jumpa 😂. Bangunan tengah Tokyo ni tinggi2 n warna hampir sama buat aku keliru. Sekali silap masuk jalan, memang sesat la. Nasib baik GPS dapat bantu. Yang tak bestnya, klu guna GPS bateri hp aku ni cepat habis 😅
Akhirnya sampai Narita Airport 1. Klu kat boarding passe memang tak bagitau Airport Narita yang sebelah mana, nasib baik semalam terus search maklumat yang Vietnam Airline ni sebelah Narita 1. Klu MAS kat Narita 2. Walaupun nama sama, tapi jarak airport jauh ok. Tapi memang ada shuttle bas free warna oren disedia untuk transfer ke sebelah2 Narita 1 & Narita 2 🤗
Patut la aku mengeletar masa ambik picture. 8.2°C rupanya 😂
Bye2 Tokyo 😂
Sempat update blog sebab ada wifi free 😚
Wow, flght balik ni bukan main besar n ada monitor sendiri 😍
1st sarapan yang dibagi 😄
My lunch for today. Untung gila naik Vietnam Airline ni. Puas makan ok walaupun rasa makanan dia tak la macam makanan Malaysia. Tapi FREE n HALAL punya pasal, aku ngap je. Hari tu dah request awal2 mintak menu halal kat Vietnam Airline, dah la tiap kali dibagi makan, aku jadi orang 1st dibagi sebab makanan halal dia asing. Bagi aku, harga tiket flght Vietnam sangat2 berbaloi. Cuma yang tak bestnya kena transit kat Vietnam je huhu
Layanz movie2 sementara 6 jam nak sampai Hanoi 😂
Dah sampai Hanoi 🤗. Kena buat imgresen check semula sebelum p tunggu kat gate pelepasan.
Just dapat tengok dari airport je Hanoi 😅

Khamis, 8 Disember 2016

Tokyo video (6th day)




6th day Tokyo, Japan trip (8 Disember 2016)

Tomorrow will going back dah, tak terasa dah seminggu dok membawa diri di bumi Tokyo 😂...

Sebelah pagi merayap area Ueno. Euno city klu dari area Kanda, Tokyo, ia selepas Akhibara city. Ada pasar basah kat area bawah train tak jauh dari Euno station. Kat situ jugak jumpa beberapa kedai makan halal style arab 😂
Ni area atas Station Euno. Luas giler 😅
Petang plak p Odaiba city bagi melepaskan hajat semalam 😂
Kebiasaannya orang p cni sebab gunam ni la 😂

Masa balik dari Odaiba try guna pengangkutan bas plak * mati la alasan (Sebenarnya dah tak cukup budget 😂). Klu guna bas, beza dalam 100¥ ok huhu. Memang payah nak naik bas kat Tokyo sebab tak biasa. Selepas aku tahan lebih 4 buah bas, akhirnya berjaya jugak naik bas area ke Tokyo.

Tokyo video (5th day)


Rabu, 7 Disember 2016

5th day Tokyo, Japan trip (7 Disember 2016)

Hari ni dah chckout dari hostel tempat menginap. Tak terasa dah 4 hari stay situ. Sempat selpie sebelum membawa diri 😅

Hari aku buat keputusan nak jalan kaki je. Mampu? #mati le sebab nak berjimat huhu
Bawah ni picture2 yang sempat aku snappy sepanjang aku bejalan kaki. 1st hajat nk ke Odaiba, rupanya nak ke seberang tu tak ada kawasan pejalan kaki. sabar je la, penat bejalan 3 jam. Last2, terus bejalan p Tokyo.
Cute, budak2 tadika jepun 😍
Malam ni n malam esok stay kat Capsule je #mati la jimat 😂
Sempat bejalan area Asasuka, atas ni ialah Nakamise Shopping Street & bawah ni Sensoji Temple yang selalu pelancong bergambar. Mampu ko, orang biasa pergi siang2, aku plak malam huhu
Ternampak plak kelibat benda ni. Ingatkan dekat. Aku apa lagi, teruskan misi huhu...
Akhirnya sampai jugak 😍
Yang bad storynya, masa otw balik tiba2 bateri hp buat hal. xdpt on. Sabar je la. Dah la aku bergantung ngan gps telefon untuk tau tempat aku. Banyak kali jugak la sesat. Tapi, i try to push myself to findout jalan pulang sampai jumpa. Alhamdulillah, sampai jugak lepas 2 jam berpusing2 😂

Tokyo video (4th day)

Maaf. Untuk 3rd day xde video. Sebab excited sangat masuk muzeum doraemon & pergi Yokohama, memang lupa terus nak ambik video 😂

Selasa, 6 Disember 2016

Sambungan 4th day Tokyo, Japan trip (6 Disember 2016)

Disebabkan post yang sebelum ni tak dapat diupdate, terpaksa tulis sambungan. Tak tau apa masalah blog. Ke jeles huhu...

Yeah.. dah sampai Station Kawaguchiko 😍
Tujuaan utama nak pergi area Lake Kawaguchiko sebab ramai cakap view Mt. Fuji dari tasik tu sangat cantik.
Nak pergi ke lake tu, just follow je direction yang ada kat tepi jalan. Sangat mudah.
Tengok, 11.5°C. Patut le aku rasa macam dalam peti ice walaupun cuaca panas terik.
Akhirnya, sampai juga tasik yang ditujui 🤗
Selain dari tasik, ada beberapa lagi tempat boleh pergi/ masuk FREE. Tapi, disebabkan aku terlalu excited ngan tasik n Mt. Fuji, aku dah tak kesah dah tempat lain tu 😂

Tengok view tasik tu, cantik giler 😍
Masa nak cari sebelah mana view yang patut pergi untuk tengok Mt. Fuji tu, terus tanya 2 gadis japan ni. Nasib baik mereka ada bagitau.
View ni belum nampak lagi sepenuhnya. Gigih ko aku tunggu tepi tasik 😂
Ni la makanan wajib kat Tokyo ni. Onigiri & air mineral perisa limau (kat Malaysia rasanya belum wujud lagi air mineral ada perisa 😅)
Ni view masa lalu jambatan tengah2 Lake Kawaguchiko.
Ya ampun, bila aku seberang je Mt. Fuji dah nampak sepenuhnya. Rasa nak melompat2 je aku. Dapat gak tengok view full Mt. Fuji 😍😍😍

Pe lagi, selpot puas2... sebenarnya, aku rasa ada dalam 30 picture aku ambik. Mana tak excitednya 😂
Lepas penat selpie segala, aku pun balik semula ke Station Kawaguchiko. Tengok view bawah ni, belakang station tu je rupanya. Tadi tak nampak sebab ditutup awan.
Sementara menunggu my bus jam 4.10 pm, sempat la berjalan area bandar kawaguchiko.
1st time tengok pokok epal depan mata. Ni pun sebab musim sejuk. Klu musim bunga, mesti pokok ni lebat berbuah 😓
My owez dinner time favourite here. Kebab Rice 😂