Sabtu, 8 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 5)

Kat tepi hostel kita orang ada kedai @ mart yang jual barang makanan asia. Tapi tak masuk pon (Jimat3 😂😂😂)

Otw to bay 🤗🤗🤗

Ada macam zoo, but I got no idea about it 🤐

Okahu Bay Whaft. Tempat ni ialah kawasan kapal2 mewah untuk parking kot. Teringat masa jalan2 kat Sydney dulu. Klu kat Malaysia, rasanya JB dalam proses ke arah mewujudkan tempat macam ni.

Cantik tak binatang ni? I think this part is d most exciting for today. Klu ada geng2 beramai kat sini, mesti lebih sejam photoshoot bagai kanz 😂😂😂
Benda terletak antara Okahu Bay Whaft & Mission Bay.
Masa ko berjalan nak sampai ke hujung tu, angin dia kuat giler k, seolah2 kat tengah laut plak 😝

I love this shoot so much... Tq buat mat salleh yang tolong ambek gambar 🤗

Manakala tepinya macam bukit.Bila tengok pokok2 tu teringat tema kawen Yuna yang banyak guna pokok putih tu. Ori dia guna ok. Mungkin dia dapat inspirasi masa duduk kat USA kot 😅😅😅

Akhirnya sampai jugak Mission Bay setelah berjalan lebih kurang 1 jam 30 minit ke 2 jam.
Tak happening. But mendamaikan.

Pekan kecil kat Mission Bay

Sempat singgah semula ke tempat tadi. Tq fotographer 🤗🤗🤗

Keadaan dari sebelah Okayu ke bandarraya Auckland.

Sempat singgah jambatan ni. Saja nak tengok sebab unik. Rupanya alur lubang kat tepi tu untuk mudahkan penungang basikal bawak basikal mereka.

Kemudahan sepanjang jalan kat Auckland ni memang ada ruang pejalan kaki & penunggang basikal.



Antara bunga2 yang sedang berkembang yang sempat dijumpa 🤗🤗🤗

Sebelum tido, sempat berbual video cam call dengan my frnd Andy & Steve. Mereka berdua sekarang bercuti kat Seoul, Korea. Really miss d moment kat Seoul 😢😢😢

K, till then... 😴😴😴

Khamis, 6 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 4)

Tiba masanya hari last stay di Nomad hostel 😢😢😢 coz dah booking dekat hostel lain untuk 3 malam seterusnya.

Selepas checkout, tinggalkan beg kat kaunter sebab nak keluar berjalan dulu. Hurm..., hari ni hujan. Hujan turun tak kuat, tapi nampaknya berpanjangan coz biasa kat Malaysia kalau hujan lebat akan lebih cepat berhenti 😝

Tujuan asal nak menuju area Auckland Domain yang meliputi kawasan tanah tinggi Eden & pergi kawasan sekitarnya. Walaupun hujan rintik2, redah jugak. Last2, dah nak dekat, terpaksa berpatah balik sebab hujan macam makin lebat 😢

Ni view highway dekat tengah bandaraya Auckland.

Balik Nomad hostel, ambik beg & pergi ke Metro Backpackers area Hobson St. Aku nasihatkan buat yang 1st time datang ke Auckland, better stay area Downtown, Queen St coz tempat tu paling dekat dengan segala transportation & lagi meriah.
Macam tempat stay kedua aku ni nampak tak meriah & sunyi saja. Mungkin dah kira area pinggir2 bandar kot.


Disebabkan waktu aku sampai, belum masa checkin bilik, so aku tinggalkan beg dekat kaunter & berjalan merayau area2 berdekatan situ.

Sebab aku dah google kedai makan halal, ada kat area Karangahape Rd. Sebenarnya ada dua kedai makan halal Malaysia situ, Sri Pinang & Uncle Man's. Aku buat keputusan untuk makan dekat kedai Uncle Man's saja.

Ha, sempat snappy senarai harga makan kat kedai Uncle Man's  😝


My lunch + dinner today Nasi Daging Blackpepper = NZD12.50. Air tak order pun sebab memang dibagi free air kosong satu botol.

Lepas tu, balik hostel & checkin.
Masa checkin kena bayar NZD81.00. Walaupun aku book by Agoda, tapi pembayaran tetap dibuat secara cash. Kiranya kredit card tu sebagai gadaian la. Klu ko tak jadi book @ tak datang, pihak hostel akan potong melalui kad kredit ko.
Hurm, my new room be like. I think my roomate ni lelaki coz nampak kurang tersusun barang2 mereka 🤐 (mati la ngmpt dlm blog)


Hostel ni lebih bagus coz plug charger memang disedia setiap katil berbanding hostel sebelum ni. Mudah la ko nak charge hp khasnya kan. Kang xde bateri phone, tak mampu la ko selpi2 🤐🤐🤐

Total spending today:
1. Makan = NZD12.50
2. Bayar hostel (3 malam) = NZD81.00

Total = NZD93.50



Rabu, 5 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 3)

Today, kita menyeberang plak.

Sebelum tu, sarapan dulu kat atas 🤗🤗🤗

Sarapan mee segera 😷😷😷

Lepas tu, terus pergi Downtown Terminal.

Im going to Devonfort. Tambang feri ulang-alik = NZD12.50. Rasanya agak mahal berbanding kos feri masa aku kat HongKong dulu lebih murah. Jarak perjalanan lebih kurang sama je.

Menunggu feri dekat Gate B1

Sempat bergambar kenangan di atas feri (Tq minah salleh yang sudi ambik gambar 😝)

Ni la feri yang aku guna tadi. Perjalanan ke seberang lebih kurang 10-15 minit je.

Berjalan area tepi2 Vedonfort. Kira macam waterfront la.

See, benda yang dicari akhirnya berjumpa 🤗🤗🤗 Bunga2 cantik banyak dekat area Devonfort ni. Kalau area Auckland city tak jumpa.

Bandar Devonfort ni kecik je. Tak ada trafic light pun. Setiap kali nak lintas jalan, cari je ada jalur zebra tu & jalan je. Confirm pemandu akan berhenti 😊

My journey ialah menuju puncak Gunung Victoria. Perjalanan mendaki tak la lama sangat, lebih kurang 30 minit macam tu 😳

Jalan sepanjang ke atas gunung ditar, tapi ada sebahagian tempat agak curam. Ni baru sampai separuh perjalanan, dah nampak bandaraya Auckland kat seberang 😱😱😱

Bila dah jumpa benda ni (Aku rasa macam menara telekomunikasi kot), maka di situlah puncak gunung ni.

Akhirnya sampai di puncak gunung ni. Rasa tenang. Tak ramai orang pun kat atas ni.


Sempat mintak tolong pasangan pelancong yang ada kat situ (Tq for this nice picture 🤗🤗🤗)

Lepas puas selpot segala (Sory ya,malas nak upload banyak gambar takut ada yang muntah 😝😝😝), kembali ke bawah.

Sempat berjalan area bandar @ pekan Devonfort yang sunyi sepi ni 😳😳😳

Waktu aku melepak tepi2 sungai, tiba2 pasangan kekasih mat salleh mintak tolong ambik gambar mereka berlatar belakangkan bandaraya Auckland. Lepas aku tolong ambik gambar, minah tu sempat offer ambik gambar aku. Aku apa lagi (Tq ya sebab tolong ambik pic ni 🤗🤗🤗)

Sebelum balik, sempat pergi kedai cenderamata kat dalam terminal feri Devonfort. Last2 terbeli NZD44.00 🤐🤐🤐 Ni baru beli beberapa barang, macam mahal jugak harga cenderamata kat NZ ni 😢😢😢

Then... balik semula ke seberang.

Setelah sampai balik Auckland city, terus pergi Food Alley kat Albert Street (Sebelah Queen Street je)

Makan Nasi Padang (NZD11) kat kedai Waroeng Wardani 😋

Then, balik bilik untuk berehat.

Sebelah malam plak meluangkan masa kat area Queen Wharf.

Suasana tempat ni agak sunyi coz tak ramai orang. Tapi sungguh tenang 🤗🤗🤗

Ni merupakan sebelah bangunan Queen Wharf tu iaitu sebuah rumah. Kat dalam rumah tu ada patung besi yang besar. Di samping tu ada banyak lampu neon pelbagai warna dihias tepi-tepi tingkap rumah tersebut menyebabkannya nampak unik. Tapi sayangnya tak ada sebarang info mengenai rumah unik tersebut.

Lepas tu, balik hostel.

Sebelum tido,melepak kat dalam Global Gossip Room (Ni memang nama yang hostel buat ya, bukan aku saja2 reka 😝). 
Yang bestnya kat dalam ni kita boleh melepak @ duduk saja @ chit-chat dengan sesiapa saja warga hostel yang sememangnya datang dari seluruh dunia. Interesting rite? Majoriti mereka nampak muda remaja, maybe usia dalam 20an gitu. Terasa diri masih bergetah jugak bila berbual dengan mereka 😛 (muntah...)

K la, hari pun dh malam. Time for sleep... Nite 😴😴😴


Total expenses for today:
1. Tambang feri ulang-alik ke Devonfort= NZD5.50
2. Cenderahati dekat Devonfort = NZD44.00
3. Makan dekat Food Alley= NZD11.00

Total = NZD67.50




Selasa, 4 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 2)

K, kita sambung my entry untuk 2nd day di bumi kiwi ini 🤗🤗🤗

1st menyelinap sekitar hostel. Going to tingkat 7 coz sana ada kitchen.

Kitchen dia nampak ok dah bersih. Lepas breakfast & sightseing kat root-top, so im ready to explore Auckland city today 🤗🤗🤗

Jalan ke arah area belakang my hostel, terus jumpa bangunan ni. Ferry building. Kira Ferry terminal kat sini.

Dekat situ jugak mudah je nak recharge ur own water drink klu kehausan becoz free... 😅

Then, tempat nak dituju...

Wynyard Crossing. Jambatan ni kira jambatan gantung yang kadang2 akan ditutup kalau ada kapal nak lalu becoz jambatan boleh terbukak@terbelah dua. Ia menghubungkan kawasan seberangnya.

Teringat kat Namsam Tower huhu (mati la aku nak kena hanjeng kawan aku klu die bace). Pe taknya, hajat tak kesampaian 🤐🤐🤐

Kat Silo Park ni banyak jugak burung yang jinak. Tak tau jenis pe burung ni. Nak cakap merpati, tak sama pun. Ke sama spesis kot 😷

Ambik2 gambar. Teringat kat Sydney 😢

Yang bestnya, tempat park ni ada siap small library space untuk tempat orang membaca. For me, unik jugak 😅

Then, menghala ke Sky Tower. Tak masuk atas pun sebab kena bayar NZD20 rasanya (mati la nak berjimat 🤐)

Perut pun dah lapar, so cari kedai Avachi, ambik Arab Rice je coz ni paling murah (NZD5.50) huhu

Then, sempat singgah Britomart Station. Kecik je. Tapi tak tau la kalau kat bawahnye. Coz ni merupakan station utama di Auckland yg menghubungkan dengan roote metro lain.

Ni la laluan Metro line kat Auckland ni. Just yang tak berapa oknye, laluan transportation metro die tak lalu kawasan pelancongan utama dia. Kalau nak pergi, driving sendiri is better 🤐

Done for today, balik bilik. Masa tengah update my blog. Tiba2 my roomate pompuan tegur, die ni dari Hungary. Ada la chit-chat about our journey. Nampak peramah & baik.


 Kat sini cepat je dah malam 🤐
So, habiskan masa malam2 berjalan area bandar Auckland yang tenang ni...

B4 tido, melepak kat bilik lepak yang mana satu aras dengan bilik tido je 😷
Sambil2 tu baru nak buat research pasal kedai makan halal & tmpt2 nk pergi besok 😝
K la, till then, jmp lagi next entry 🤗🤗🤗


My expenses for today:
1. Makan = NZD5.50