Rabu, 5 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 3)

Today, kita menyeberang plak.

Sebelum tu, sarapan dulu kat atas 🤗🤗🤗

Sarapan mee segera 😷😷😷

Lepas tu, terus pergi Downtown Terminal.

Im going to Devonfort. Tambang feri ulang-alik = NZD12.50. Rasanya agak mahal berbanding kos feri masa aku kat HongKong dulu lebih murah. Jarak perjalanan lebih kurang sama je.

Menunggu feri dekat Gate B1

Sempat bergambar kenangan di atas feri (Tq minah salleh yang sudi ambik gambar 😝)

Ni la feri yang aku guna tadi. Perjalanan ke seberang lebih kurang 10-15 minit je.

Berjalan area tepi2 Vedonfort. Kira macam waterfront la.

See, benda yang dicari akhirnya berjumpa 🤗🤗🤗 Bunga2 cantik banyak dekat area Devonfort ni. Kalau area Auckland city tak jumpa.

Bandar Devonfort ni kecik je. Tak ada trafic light pun. Setiap kali nak lintas jalan, cari je ada jalur zebra tu & jalan je. Confirm pemandu akan berhenti 😊

My journey ialah menuju puncak Gunung Victoria. Perjalanan mendaki tak la lama sangat, lebih kurang 30 minit macam tu 😳

Jalan sepanjang ke atas gunung ditar, tapi ada sebahagian tempat agak curam. Ni baru sampai separuh perjalanan, dah nampak bandaraya Auckland kat seberang 😱😱😱

Bila dah jumpa benda ni (Aku rasa macam menara telekomunikasi kot), maka di situlah puncak gunung ni.

Akhirnya sampai di puncak gunung ni. Rasa tenang. Tak ramai orang pun kat atas ni.


Sempat mintak tolong pasangan pelancong yang ada kat situ (Tq for this nice picture 🤗🤗🤗)

Lepas puas selpot segala (Sory ya,malas nak upload banyak gambar takut ada yang muntah 😝😝😝), kembali ke bawah.

Sempat berjalan area bandar @ pekan Devonfort yang sunyi sepi ni 😳😳😳

Waktu aku melepak tepi2 sungai, tiba2 pasangan kekasih mat salleh mintak tolong ambik gambar mereka berlatar belakangkan bandaraya Auckland. Lepas aku tolong ambik gambar, minah tu sempat offer ambik gambar aku. Aku apa lagi (Tq ya sebab tolong ambik pic ni 🤗🤗🤗)

Sebelum balik, sempat pergi kedai cenderamata kat dalam terminal feri Devonfort. Last2 terbeli NZD44.00 🤐🤐🤐 Ni baru beli beberapa barang, macam mahal jugak harga cenderamata kat NZ ni 😢😢😢

Then... balik semula ke seberang.

Setelah sampai balik Auckland city, terus pergi Food Alley kat Albert Street (Sebelah Queen Street je)

Makan Nasi Padang (NZD11) kat kedai Waroeng Wardani 😋

Then, balik bilik untuk berehat.

Sebelah malam plak meluangkan masa kat area Queen Wharf.

Suasana tempat ni agak sunyi coz tak ramai orang. Tapi sungguh tenang 🤗🤗🤗

Ni merupakan sebelah bangunan Queen Wharf tu iaitu sebuah rumah. Kat dalam rumah tu ada patung besi yang besar. Di samping tu ada banyak lampu neon pelbagai warna dihias tepi-tepi tingkap rumah tersebut menyebabkannya nampak unik. Tapi sayangnya tak ada sebarang info mengenai rumah unik tersebut.

Lepas tu, balik hostel.

Sebelum tido,melepak kat dalam Global Gossip Room (Ni memang nama yang hostel buat ya, bukan aku saja2 reka 😝). 
Yang bestnya kat dalam ni kita boleh melepak @ duduk saja @ chit-chat dengan sesiapa saja warga hostel yang sememangnya datang dari seluruh dunia. Interesting rite? Majoriti mereka nampak muda remaja, maybe usia dalam 20an gitu. Terasa diri masih bergetah jugak bila berbual dengan mereka 😛 (muntah...)

K la, hari pun dh malam. Time for sleep... Nite 😴😴😴


Total expenses for today:
1. Tambang feri ulang-alik ke Devonfort= NZD5.50
2. Cenderahati dekat Devonfort = NZD44.00
3. Makan dekat Food Alley= NZD11.00

Total = NZD67.50




Selasa, 4 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 2)

K, kita sambung my entry untuk 2nd day di bumi kiwi ini 🤗🤗🤗

1st menyelinap sekitar hostel. Going to tingkat 7 coz sana ada kitchen.

Kitchen dia nampak ok dah bersih. Lepas breakfast & sightseing kat root-top, so im ready to explore Auckland city today 🤗🤗🤗

Jalan ke arah area belakang my hostel, terus jumpa bangunan ni. Ferry building. Kira Ferry terminal kat sini.

Dekat situ jugak mudah je nak recharge ur own water drink klu kehausan becoz free... 😅

Then, tempat nak dituju...

Wynyard Crossing. Jambatan ni kira jambatan gantung yang kadang2 akan ditutup kalau ada kapal nak lalu becoz jambatan boleh terbukak@terbelah dua. Ia menghubungkan kawasan seberangnya.

Teringat kat Namsam Tower huhu (mati la aku nak kena hanjeng kawan aku klu die bace). Pe taknya, hajat tak kesampaian 🤐🤐🤐

Kat Silo Park ni banyak jugak burung yang jinak. Tak tau jenis pe burung ni. Nak cakap merpati, tak sama pun. Ke sama spesis kot 😷

Ambik2 gambar. Teringat kat Sydney 😢

Yang bestnya, tempat park ni ada siap small library space untuk tempat orang membaca. For me, unik jugak 😅

Then, menghala ke Sky Tower. Tak masuk atas pun sebab kena bayar NZD20 rasanya (mati la nak berjimat 🤐)

Perut pun dah lapar, so cari kedai Avachi, ambik Arab Rice je coz ni paling murah (NZD5.50) huhu

Then, sempat singgah Britomart Station. Kecik je. Tapi tak tau la kalau kat bawahnye. Coz ni merupakan station utama di Auckland yg menghubungkan dengan roote metro lain.

Ni la laluan Metro line kat Auckland ni. Just yang tak berapa oknye, laluan transportation metro die tak lalu kawasan pelancongan utama dia. Kalau nak pergi, driving sendiri is better 🤐

Done for today, balik bilik. Masa tengah update my blog. Tiba2 my roomate pompuan tegur, die ni dari Hungary. Ada la chit-chat about our journey. Nampak peramah & baik.


 Kat sini cepat je dah malam 🤐
So, habiskan masa malam2 berjalan area bandar Auckland yang tenang ni...

B4 tido, melepak kat bilik lepak yang mana satu aras dengan bilik tido je 😷
Sambil2 tu baru nak buat research pasal kedai makan halal & tmpt2 nk pergi besok 😝
K la, till then, jmp lagi next entry 🤗🤗🤗


My expenses for today:
1. Makan = NZD5.50

Ahad, 2 September 2018

Auckland, New Zealand (Part 1)

The journey are begin.

1st, sebab dah book bagasi, so pergi kaunter T untuk checkin & letak baggage.

Muka excited + berdebar coz this trip kena pergi sorang2 lagi 😯😯😯

Alhamdulillah, masuk imgrsn sangat mudah. Kena tunggu kat gate Q10.

Sebab aku datang awal, sempat melepak kat free internet untuk charge hp aku. Sambil2 tu buat research akhir before fly.

My flight transit sekejap di Gold Coast. Sampai around 10 pagi waktu tempatan Aussie. 
Sempat snappy gambar pemandangan Airport Gold Coast. Kecik je.

Kena menunggu untuk imgrsn chckin. Part ni yang lembab giler. Dekat lebih 30 minit berbaris tunggu turn. Tapi, biasa je chckin imgrsn dia.

Lepas imgrsn, sempat chrge hp kat area menunggu. Dalam 5 minit je. Tapi kuasa elektrik kat Aussie ni mmg mantap coz dalam masa kurang 5 minit bateri hp aku dh bertambah 5%. Klu kat Malaysia, 1 jam belum tentu bertambah 10% 🤐

Then, flying to Auckland around 11.10 pagi.

Menu yang dipesan dalam flght, Nasi Kung Pao Chckn 😋😋😋

Sampai Auckland around 4.10 petang (Waktu NZ - Awal 4 jam dari Malaysia). 

Nak cerita, my 1st time jumpa imigration strick. Dia siap keluarkan semua barang2 dalam beg aku. Tanya macam2 soalan. Rasa kaget jugak. Tapi, ape nak takut kan, klu kite x buat salah. Pegawai ni macam india, walaupun nampak tegas, tapi baik hati. Lepas je die chck2 brng aku & puas hati dgn jawapan aku, die plak siap hntr aku sampai pintu keluar 😅

Bila dah lepas imgration,perasan iSite, terus p & tanya tentang bas.

Untuk pergi Auckland city, beli tiket  kat sini untuk naik Sky Bus. Harga NZD18 for 1 way.  Beli ulang alik harga NZD34 (Jimat NZD2 @ RM5).

Macam ni la rupanya bas yang aku naik. Siap ada wifi dalam bas 🤗🤗🤗. Perjalanan ke city lebih kurang 1 jam.

Akhirnya sampai jugak Auckland city. Nasib my hostel tepi tempat bas berhenti je. Menapak beberapa langkah je. Cuaca sejuk jugak. Pe taknya 15°C, macam rasa dalam peti sejuk. Aku ingatkan musim bunga ni dah panas ala2 kat Malaysia 🤐

Sampai my hostel 🤗🤗🤗
Next cabaran plak, rupanya plag yg aku bawa ni tak ada jenis plug kat hostel aku ni.

So, terpaksa kluar cari kedai. 1st pergi supermarket tak jauh dari hostel aku.
Jumpa, harga dia dalam NZD12. Agak mahal ko.
Maka, gigihlah aku berjalan mencari kedai lain. Dah kedai banyak dah tutup coz sini kan awal 5 jam dari waktu Malaysia 😢
Akhirnya, jumpa kedai DAISO 🤗🤗🤗
 Kat DAISO just NZD5, pe lagi terus aku grab tanpa teragak2 walaupun klu kt Msia boleh dapat harga lebih murah. Nyesal tul tak buat research betul2 b4 fly 🤐

Lepas dapat barang, balik hostel, terus chrge my hp yang tinggal nyawa2 ikan 🤐

Orang lain dah tido nyenyak, tapi mata aku tak dapat tido 🤐. So, updated my blog je la coz dapat wifi kat bilik.

K la, itu saja nak share untuk hari ini. Jumlah belanja hari ini:
1. Tiket bas airport (ulang-alik) = NZD34
2. Beli plug charge = NZD5
JUMLAH BELANJA= NZD39

*Untuk hostel dah bayar by agoda
*Makan malam just makan roti coz xde mood lagi hari ni 😕

Kita sambung next entry k 🤗🤗🤗

Jumaat, 31 Ogos 2018

Budgetting Awal Percutian Auckland, New Zealand



Hye, nak share budgetting awal my trip for Auckland, New Zealand. Rasanya, trip kali ni a bit expensive berbanding negara lain khasnya harga tiket kapal terbang pun memang paling tinggi as I spend for travel berbanding negara sebelum ni huhu...

Ok, this is ringkasan budgetting I spend for my trip:

1. Tiket kapal terbang (Kuching-KL :PergiBalik) = Tiket: RM335.33, Add On (Chacked Baggage): RM74.96. Total: RM410.29

2. Tiket kapal terbang (KL-Auckland: PergiBalik) = Tiket: RM1,027.00, Add On (Travel Insrn, Mknn, Chacked Baggage): RM414. Total: RM1,441.00

3. Penginapan (7 Hari, 6 Malam)
a. 3-6 Sept., Nomads Aucland Backpackers Hostel: NZD65.98 @ RM181.63
b. 6-9 Sept., Metro Adventurer Backpackers: NZD81.00 @ RM222.97
Total: NZD146.98 @ RM404.60

4. Budget belanja di Aucland, New Zealand = NZD350.00 @ RM980

TOTAL SEMUA = RM3,235.89

Nilai tukaran duit:
RM1 = NZD0.36
NZD1 = RM2.75

Actually, dari dulu lagi mengintai harga tiket murah for New Zealand ni. Tiap kali AirAsia buat promosi tambang murah, inilah harga yang termurah yang ada. Donno why harga tiket flght dia sangat tinggi berbanding route lain. Demi untuk melengkapkan my journey to negara kiwi ni, pasrah je lah 🤐🤐🤐 Klu ko beli tiket time bukan promo, one way memang mencecah RM1K (Belum masuk Add On ye) #nanges bucu katil 😷😷😷...
Disebabkan my traveller mate tak dapat join for this date coz all of them cikgu (aku je Cikgu kes khas 🤐🤐🤐) , terpaksalah aku pergi lonely & hopeflly I will take every challenges there smoothly 🙏🙏🙏