Ahad, 26 Ogos 2018

CISM di Mulu, Baram, Sarawak

Salam AidilAdha semua... (almaklumlah masih mood raya haji la kan)

K, my blog today bukan nak cerita hal raya haji, tapi tentang my trip to Mulu, Baram. Got CISM program for 3 sekolah yang terlibat dengan kes kebakaran di SK Batu Bungan, Mulu, Baram (SK Batu Bungan, SK Penghulu Baya Mallang & SK Long Panai) pada tarikh 25 Julai 2018 lebih kurang jam 5.00 pagi.

Untuk makluman kita bersama, kes kebakaran tersebut telah menyebabkan Sarawak kehilangan seorang guru dari SK Penghulu Baya Mallang, Cikgu Catherine Janet anak Tawi yang terkorban dalam kebajaran tersebut (Takziah buat keluarga mangsa 😭). Manakakala dua orang guru cedera/ melecur iaitu Cikgu Nur Syuhada bt Azhari dari SK Penghulu Baya Mallang yang melecur 20% (Sehingga saya menulis blog ini masih lagi berada di wad ICU Hospital Umum Sarawak kerana masih perlu menjalani beberapa pembedahan lagi) dan Cikgu Siti Masrina bt Nian dari SK Batu Bungan yang melecur di tapak kaki.

Perjalanan ke Mulu dengan menaiki pesawat Maswing pada jam 12.50 petang dan sampai di Airport Mulu dalam jam 2.45 petang.

Alhamdulillah, selamat sampai Mulu. My 1st time ok 😱😱😱 Walaupun Mulu ni tempat pelancongan dunia, yang sedihnya line telefon terlalu sukar untuk dicapai di sekitar kawasan ni 😢😢😢

So, tonite we gonna stay here di Mulu Camp site. Tempat dia dekat je dengan Airpot Mulu.


Lebih kurang macam ni la tempat kami menginap. Sangat selesa & bersih. Dengan bayaran RM200 lebih untuk sebilik  (kongsi 2 orang).

Petang tu sempat berjalan kejap kat SK Batu Bungan yang lebih kurang 5-7 minit perjalanan saja dari tempat penginapan.

Sekolahnya nampak bersih & cantik walaupun sekolah pedalaman P3.

Next day...

Untuk pergi SK Penghulu Baya Mallang ni kena naik bot perahu macam ni ye sebab tak ada lagi jalan yang menghubungkan tempat ni.



Muka excited coz 1st time naik perahu long bot ni + takut jugak sebab tak pandai berenang 🤐

Akhirnya sampai setelah lebih kurang 2 jam lebih perjalanan 😅

Keadaan bangunan sekolah yang sangat uzur. Sekolah ni sekolah SKM dengan bilangan murid 14 orang sahaja 🤐
Waktu kami sampai ni just ada GB & 2 orang guru. Sekolah ni x de staf ye. Semua kerja staf guru yang uruskan k. Yang bestnya, pihak sekolah hidangkan kami makan payau 😋😋😋

Next, perjalanan ke SK Long Panai lebih kurang 1 jam lebih menggunakan bot.
Untuk malam ni kami stay di rumah tamu SMK Tutoh Apoh disebabkan sekolah ni bersebelahan saja.


Sebelah malamnya sempat buat motivasi talk buat pelajar Tingkatan 3.

Sempat berjumpa my exclass mate zaman U dulu. Lebih kurang 10 tahun dah tak jumpa 😅😅😅

Next day, program di SK Long Panai. Sory, aku tak tau kenapa lupa nak snappy any picture kat sini. May b sebab rushing sangat kot. Sebab tengahari dah kena bergerak balik ke Mulu coz takut gelap.
Alhamdulillah, perjalanan balik pun ok walaupun sesekali kena turun bot perahu sebab untuk balik kita melawan arus sungai. Klu kat kawasan sungai yang deras terpaksa keluar dari bot perahu & tolak ye. Itulah pengorbanan guru di pedalaman. Untuk makluman, sewa perahu ni boleh mencecah RM1,200 pertrip ok, di sebabkan kawan kita orang ada kenal orang sini, dia just bagi RM600 saja 😢

Setelah lebih kurang 4 ke 5 jam perjalanan, kita orang sampai dengan selamat. Alhamdulillah...

Next day, program di SK Batu Bungan. Sory, tak ada ambik picture. Sebelah pagi with stdnt & sebelah petang ada sesi with guru & staf sekolah.

Alhamdulillah, selesai tugas.

Flght untuk balik semula ke Kuching next day. Tak terasa begitu pantas masa berlalu 😢

Sempat bergambar kat sini je sebab tak ada masa nak masuk Gua Mulu. InsyaAllah, next trip mungkin boleh plan 😊😊😊


Ta..Ta... that all my catatan for Mulu memory 🤗🤗🤗


Rabu, 18 Julai 2018

Really miss,d moment

Pulau Perhentian in memory 😢😢😢

#pulauperhentian #memory

Rabu, 4 Julai 2018

Pulau Perhentian, Terengganu (Part 4)

K, ni my last post about our retreat at Pulau Perhentian coz after this gonna be my diary memory for ever with our friends 😭😭😭

Sebelum ke Pulau Perhentian Kecil, sempat lagi pose2 maut 😂😂😂



SUB kita orang pun sporting, ikutkan je pe yang anak2 buahnye nak pose macam mana 😂😂😂

Sampai kat jeti,kita orang disambut oleh Guru Besar SK Pulau Perhentian (En. Rosdi).

Sebelum tu, duduk minum kat Medan Selera Pulau Perhentian.

Lepas tu, kita orang berjalan sekitar kawasan dia.

Ni merupakan masjid terapung Pulau Perhentian.



Gambar kenangan di depan pintu sekolah.

Kita orang meluangkan masa dengan membuat sedikit program motivasi untuk pelajar & guru SK Pulau Perhentian 🤗🤗🤗

Gambar kenangan bersama warga sekolah 🤗🤗🤗

Lepas tu bergerak naik bot ke daratan meninggalkan segala memori indah di Pulau Perhentian 😢😢😢

Selamat tinggal kenangan 👋👋👋

Untuk pergi ke KB, aku naik van JPN Kelantan (Tq Lok sebab sediakan kenderaan 🤗🤗🤗) bersama SUB, Kak Ros & Zul.

Sempat singgah ke pusat keagamaan orang siam area situ.

K la, tata... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun pelbagai dugaan & cabaran sebelum program ini dijalankan... Semoga terus mekar dalam memori kita semua 🤗🤗🤗

Pulau Perhentian, Terengganu (Part 3)

ok, kita sambung cerita about our retreat at Pulau Perhentian. Yang bestnya hari ni kita orang akan buat aktiviti snorkeling. Tambahan, aktiviti ni merupakan my 1st timr, so im so excited 🤗🤗🤗

Here we go, kita orang naik dua bot (satu bot group boboy, satu bot group gigirl)

Tengok, sampai pejam mata coz too excited huhu
1st pitstop ni banyak ikan & comel2 ok 🤗🤗🤗

Anak2 ikan 🐠🐟🐡

Ni group gugurl yang naik bot satu lagi 😬

Our 2nd pitstop, air laut die nampak lebih clear & cantik giler. Kawasan ni merupakan kawasan untuk tengok penyu. Ade la beberapa kali dapat tengok penyu live ok... So, excited 🤗🤗🤗

Hambek ko, sebab aku guna tracksuit, so terapunglah kakiku itu. Sepatutnya klu lebih sesuai, guna seluar jenis fit tu, tapi aku ni spesis pemalu & alim (mati la propa sangat kan), tak kose aku nak guna 😂😂😂

Next pitstop, duduk kat dalam bot je. Tak de sape plak berminat coz tak tahu ade pe yang excited area situ.

Tengok bot orang lain pun sama. Just tersadai & lepas tu berlalu je. So, xde yang excited sangat kot.

4th pitstop ni area tepi pantai. Ada batu2 besar. And, klu snorkeling memamg puas hati giler la coz batu karang dia lagi lawa. Tapi tak dapat nak ambik gambar batu karang tu. Klu aku celupkan jugak my phone ni, alamatnya arwahlah phone aku 🤐🤐🤐

ok, our last pitstop is kat Lata Air Berani. Kawasan ni bukan untuk snorkeling k

Yang menariknya area sini ialah satu lubang air fresh dari kawasan tinggi pulau yang dibuat mandi. Mungkin untuk meneutralkan badan kot, almaklumlah sebelum ni berendam kat air masin 😂😂😂

Ok la, depa ni dah kepenatan (Fashan & Nazir acah2 tidok 😂😂😂), kita balik semula ke Awana untuk makan tengahari.

Ni menu tengahari kita orang (nasi ayam) 😋😋😋

Aktiviti sebelah petang plak nak pergi tempat kincir angin kat Pulau Perhentian Kecil. So, kena naik bot untuk ke seberang. Kos pengangkutan sorang dalam RM40 untuk tambang ulang alik ye 🤐
Kali ni, 7 orang je yang pergi. Selebihnya tak berminat, takut semput kot (mati le pitnahh 🤐🤐🤐). Sebenarnya group satu lagi tu bincang pasal aktiviti/ modul untuk aktiviti psikososial kat sekolah besok hari 😂😂😂

Ni area Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Nampak lagi menarik & happening.


Sempat pose sebelum mula tracking menuju ke kincir angin 🤗🤗🤗

Lebih kurang 30 - 40 minit menapak, sampai jugak. Rupanya kawasan kincir angin ni berpagar. Aku je imagine boleh berdiri kat bawah kincir angin tu (Gila betul perangai kan, nak kena renjatan letrik 🤐🤐🤐)

Rupanya, ada yang lebih excited lagi selain kincir angin tu. Pergi je menapak area sebelahnya, view menghadap ke laut. Ya Allah, aku mengucap panjang & tak terkata. View dia lawa sungguh. Buat aku teringat masa cuti2 kat Sydney dulu sewaktu berjalan area Bondi Beach & pantai2 lain kat area tepi laut Sydney tu. Lebih kurang gitu la rupanya 🤗🤗🤗

Kita posing dulu. Nasib baik ada beberapa orang kat situ yang boleh tolang jadi jurukamera, dah cik mek molek plak tu (mati la mood gatal) 😂😂😂

Alamak, kantoi bz ambik gambar cewek2 🤐🤐🤐

Tapi sayangnye, mereka tak baiki tangga2 yang rosak ni. Klu tak berhati2, no cmmnt... 🤐🤐🤐

Sempat pose kat bahagian tepi yang dah pecah (Nak tunjok tak gayat le tu kan, padahal dalam hati dub... dab..dub...dab... huhu 😂😂😂)

Lepas seronok pose2 mak nenek bagai (Aku rasa kat sini lebih kurang 100 picture aku snappy #pengsan 🤐). Tapi, biarlah sebahagian besarnya untuk simpanan peribadi k, klu tak, muntah kang orang baca blog aku ni 😂😂😂.

Sampai kat bawah, kita orang singgah lepak kat kedai dulu.

Ais cream @ ais kepal ni SUB belanja 😋😋😋

Kepok lekor ni plak KS KL (Kak Ros ) belanja 😋😋😋

Sebelum balik, sempat la pose2 ala2 kat Hawai 😂😂😂

Kita balik dulu (Mati la feelng2 Titanic tak jadik 🤐🤐🤐)

Slot malam plak sesi perkongsian oleh KS SPsK Terengganu (Kak Wan) mengenai pengurusan emosi)

Paisal sedang acah2 jadik cikgu 😂

Walau kejap, tapi slot ni padat & memberi manfaat buat kita orang.

Habis slot tu, sempat merayau nak tengok fire show. Tapi, frankly speaking kurang nenarik. Mungkin sebab yang buat tu budak2 & mungkin dia belum ada banyak pengalaman buat show. Berbanding dengan yang kat Long Beach, kawan aku bagitau more happening.

Ok la, sampai di sini untuk slot kali ni. Nanti kita sambung lagi. Nite... 😴😴😴