Selasa, 3 Julai 2018

Pulau Perhentian, Terengganu (Part 2)

Ok. kita sambung next cerita. Bangun pagi, nasib baik hotel ada sediakan sarapan. So, xde masalah untuk mencari kedai makan.
After that, terus berkemas coz akan menumpang kereta Fashan bersama rakan lain untuk ke Kuala Besut, Terengganu.

Alhamdulillah, perjalanan selama lebih kurang 1 jam dari KB berjalan dengan lancar walaupun kedatangan kami disambut oleh deraian hujan rintis2 😂



Seriously, sesi menunggu ni agak mcacam sipot sikit #opsss. Tapi, salute kat Kak Nida yang berada kat sini sejak subuh coz guna bas. Klu aku, x dpt sabar den ye 😂😂😂 Setelah sesi menunggu rakan2 rombongan lain sampai, so... here we go 🤗🤗🤗


Perjalanan menggunakan bot ke Pulau Perhentian Besar mengambil masa lebih kurang 1 jam ye. Actually, im so excited with this amazing trip.

Mesti orang susah nak percaya if I said aku ni asal anak pulau huhu... Actually, my father memang berasal dari satu pulau yang paling besar kat Sarawak (sebesar Langkawi or Pulau Pinang kot, nama pulau tu Pulau Bruit @ Tanjong Sirik), tapi pulau tu memang tak famous pun sebab bukan pulau peranginan, just pulau penempatan that majority of them are kaum Melanau, Sarawak. Masa darjah 5 merupakan kali terakhir I went for balik kampung with my dad+mom+sibling, berlaku tragedi bot perahu (masa tu memang belum ada jalan darat yang menghubungkan pulau ni), perahu yang kita orang naiki hampir karam becoz of ada bocor. After that tragedy, my moms tak nak bawak kita orang semua balik kampung. I know, dia risau about us. Tambahan, time tu adik bongsu kita orang baru berusia setahun lebih je. Nasib ada kapal tunda nelayan lain yang lalu menyelamatkan kita orang. Sempat trowback long2 memory 😂😂😂


Dah sampai tempat penginapan kita orang iaitu Arwana Resort. 4 Bintang ye 😂
Maaf la, memang tak terfikir nak ambik gambar keadaan resort pulak. Kat tengah2 resort ni ada open swimingpool. Cantik & bersih resort ni.


Yang atas ni Kak Faizah & Zul tengah berurusan hal checkin kita orang.



Kak Faizah tengah bagi taklimat, ko ngmpt ye Jah 🤐🤐🤐
Sebelum berehat kat bilik, ada sesi taklimat.
Sebenarnya Kak Faizah ada belikan kita orang nasi dagang tol yang famous tu, tapi disebabkan aku ni bz ngap sampai menjilat jari, so tak sempatlah nak ambik gambar nasi dagang tu ya. Seriously, sedap sangat2 ok.

Lepas berehat, sebelum aktiviti seterusnya, empat ekor ni pergi survey untuk carik kedai makan malam yang sesuai becoz klu nak makan kat Arwana tu, sehari kne spend dalam RM50 (Tak mampu ok, tambah3 baru lepas menghabis duit gaji dengan raya seminggu sebelum ni 😂😂😂)

Kedai yang kita orang tengah bincang dengan owner + pekerja kedai Samudra. Pakej yang dia bagi macam berbaloi berbanding kedai lain RM20 perhead untuk nasi+lauk (ikan/sayur)+telur goreng+sayur+air. So, kita orang buat keputusan book kedai ni.


 Sebelum sukaneka sempat mengopi. Klu air sejuk RM5.00 segelas, air panas plak RM3.00 🤐. Tapi kira ok le tu kan. Dah namanya tempat ni kat pulau kan.

Untuk sesi petang, kita orang buat aktiviti sukaneka. Ada beberapa game yang dibuat.


Tengok kat atas ni, bukti Fashan & Hairul membuli aku sebab nak pecahkan belon kat kaki sambil diperhatikan SUB & KS KL (sabo je la) 😂😂😂

Lepas penat2 sukaneka, kita orang terus pergi kedai makan untuk makan malam.
Nazir &Paisal sempat main benda ni sementara tunggu makanan disiapkan. Bayaran die RM20 klu tak silap. Tapi, aku tak join sebab tak confident. Kang terbalik tengah laut sana, naya ok sebab aku ni tak pandai berenang 😬😬😬

Sory, picture makan xde sebab semua tengah lapar, dapat je makanan, terus zappp masuk perut.
Lepas makan, balik bilik & berehat.

Slot malam bersama Pn. Normazwin, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Psikologi & Kaunseling, KPM, kira big bos kita orang kat KPM. Puas hati degan sesi ni walaupun sampai lewat malam (12 lebih), beliau berkongsi mengenai halatuju BPsK & harapan beliau. Ia sedikit sebanyak memberi input yang sangat berguna untuk kita orang kat negeri masing2 supaya seiring dengan halatuju BPsK. Sesi yang berlarutan sampai lewat malam @ awal pagi tak terasa apabila disambung dengan sesi bicara dari hati ke hati mengenai permasalahan @ isu2 yang dibawa oleh setiap negeri. Moga sesi ini dapat membantu menambah baik bukan setakat BPsK, namun jua sehingga kepada negeri & PPD & seterusnya sekolah seluruh Malaysia.


Habis sesi, mata pun dah layu + penat, sempat snappy this view. Ni la rupa resort kita orang waktu malam.
K la good nite, & sambung ke next part k 🤗

Ahad, 1 Julai 2018

Pulau Perhentian, Terengganu (Part 1)

Hye3 🤗🤗🤗
Dah lama tak post mengenai my travel kan. Kali ni nak share about my Pulau Perhentian, Terengganu memory.

Actually, travel kali ni sebab join program psikososial & retreat Kaunselor Organisasi Negeri. Even thow pada awalnya memang masih 50-50 akan ikut ke tak becoz these a lot problem happen at d same time. Alhamdullillah, everythng became more ok 🤗... Ade gak beberapa orang member KON tak dapat join last minute sebab ada masalah family + peribadi. Rasa banyak betul dugaan program ni kan 😢

1st, im booking my flight direct dari Kuching ke Kota Bharu sebab ada direct flight.


Alhamdulillah, selamat arrived Kota Bharu, Kelantan.

Selamat berjumpa & bertandang ke rumah bestfrend zmn U yang sekelas, serumah, sebilik & sesengal 😂😂😂. Actually, zaman U dulu aku memang ada 4 orang bestfriend sampai sekarang. Percaya ke tak, semua mereka orang Kelantan, aku sorang je Sarawak 🤐🤐🤐
Lepas makan2 kat rumahnya, member menghantar ke hotel untuk checkin. Im booking Diamond Hotel, for me not bad + rewarded dengan harganya. Tambahan, memang terletak kat tengah2 bandaraya Kota Bharu.



Then, member ajak lepak keluar minum2 berhampiran. Tak semena2nya terserempak dengan group rakan Kaunselor Organisasi Negeri yang akan pergi sekali esok. Dah namanya sebelum pergi these got so many so prblm (family+outstation+charger hp lupa kat Sibu+sampai Kuching last minute+hari hujan+hp off sebab xde bateri+hampir terlepas flght), akhirnya Dia ketemukan jua 😂😂😂

#Lokman (baju merah @ maroon) x dapat join saat akhir sebab terlibat excdent. Bnyk betul dugaan kt orang kan 😢

Rabu, 18 April 2018

Last day trip (18 April 2018)

Hari ni merupakan hari last kat Taipei 😭😭😭
Bangun pagi, lepas bersiap pax semua barang, terus ke kaunter untuk checkout. Disebabkan masa masih panjang lagi coz my flght around 11.30 malam, so letak je bag kat hostel & boleh la berjalan mana2 ikut suka 😶
1st pergi area Ximen & Ximending, tapi banyak kedai belum buka. Bosan 😢
Last2 pusing area Main Station. Terjumpa Museum Dr. Sun Yat yang terkenal dalam kalangan orang cina coz museum dia bukan setakat ada di Taipei, kat Tanah Besar China pun ada banyak dibuat bagi memperingati jasa beliau. Kira antara orang yang banyak berjasa kot (Sory, tak berapa nak kenal 🤔)

Lepas tu, melepak sat Main Station plak 😢😢😢

Makan tengah hari kat kedai halal indonesia area Y27. TWD100 (Budget dah xde 😢)

Dalam mencarik cenderahati untuk member2, terjumpa satu kedai kat Main Station ni. Kat Taipei ni memang payah nak jumpa kedai cenderamata yang standard, semua yang ada dah macam cenderamata anak orang kaya. Bayangkan satu fridge magnet dah dekat RM10, klu kawan ko ade 20 orang? (paling minimum), dah beratus ye 😷😷😷

Masa untuk balik. Sedih la plak (ala2 drama tv3 @ astroria 😢😢😢)... Part ni paling lucu, sebabnya, klu kat Malaysia (Espesially KLIA2), petugas AirAsia akan bertugas kat pintu masuk imegresen untuk check berat beg yang korang bawak masuk. Aku rasa, mestilah berat beg aku terlebih sikit sebab masa fly dari Macau ke Taipei hari tu dah 6KG, ni ditambah dengan barang2 cenderamata bagai. Kat Taipei ni, sebelum ke pintu imegresen, kite kena pergi kaunter untuk sahkan tiket kite. Dari jauh aku dah tengok ada beberapa orang yang sedang verify document tu kena timbang barang mereka (Barisan yang xde beli luggage ye). Siap mintak bayar lagik untuk yang terlebih berat. Kecut perot aku. Dah duit Taiwan tinggal TWD100. Mana nak cekau duit. Mereka ni. Terpaksa aku berfikir ala2 sang kancil huhu (klu nak tau pe taktik yang aku guna, kena tanya sendirik, rahsia... huhu). Yang lucunya, kakak yang berbaris depan aku pun gabra jugak (Sah2 le die lebih 7KG kan sebab bawak beg AF besar gedabak huhu). Yang pandainye akak ni, die letak je beg die kat tepi & tak bawak sekali ke kaunter & dengan slumber ala2 xde bawak beg masuk flight. Aku tengok petugas tu on kan je. So, selamat le akak tu. Manakala aku, guna taktik lain & selamat la jugak dari terpaksa membayar charge lebihan berat (Dah pokai dek non oiii, pe taknye dah lebih kurang 10 hari aku merantau ke sana sini huhu)

Sempat makan kat area food court kat B1, nasib baik ada satu kedai halal.

Ni je mampu kite beli, roti pita (TWD50) 😷😷😷

K la, tak tau nak tulis pe dah... ta... ta... 


Sehingga bjmpa lagi untuk next travel. Guest where??? 😎😎😎

Isnin, 16 April 2018

7th day trip (17 April 2018)

My second last day. Hari ni nak pergi jauh sikit ye huhu
Sebelum mulakan perjalanan, pergi makan dulu. Area sebelah kedai mee yang aku makan hari tu plak. Kedai ni nampaknya pekedai die tau berbahasa Inggeris & lebih ramah. Siap tegur aku dari mana & muka chinese look huhu

Then, terus ke Stesen Zoo. Hari ni nak melawat Zoo Taipei 🤗🤗🤗 Bayaran masuk sangat murah, just TWD60 @ RM6.50 gitu.


Tiket masuk 🤗🤗🤗

Luas ye, bukannya kecik zoo ni.

Tujuan utama ialah nak tengok panda. Ye la kan, kat Malaysia mahal bebenor nak tengoknye. Yang ni, masuk je Zoo Taipei & boleh tengok free.


 Bangga plak, rupa2nya hanya ada beberapa negara sahaja China pernah bagi letak panda kat zoo ok. Sebabnya, panda ni kira haiwan kepunyaan negara China gitu huhu

Lepas tengok haiwan2 lain, kite pergi ke area gondola untuk naik ke Maokong.

Ni la gondolanye ye. Macam yang aku naik kat Macau hari tu. Cuma yang ni lebih panjang & curam ye.

Ni stesen2 pitstop gondola tu nak sampai area Maokong atas tu.

Sampai pun. Kira ala2 Genting Highland la ni. Just tempat die kecik je & xde mall besar, hotel & theme park ala2 kat Genting huhu

Lepas puas, kite pergi Tamsui pula

Tamsui ni kira area nak dekat menghala ke laut. View kawasan ni sangat la cantik & tenang. Kat sini ada gak kedai2 ala2 nite market & harga pun kira ok berbanding kat Taipei.

Balik dari Tamsui, singah makan kat kedai makan jawa indonesia kat Main Station. Ni harganya TWD200 ok huhu

Lepas tu, pergi ke Shongshang nite market. Hajat nak cari cenderamata. Tapi, balik tangan kosong 😢😢😢 Pe taknya, harga frige magnet die mahal giler. TWD50 ke atas 😭😭😭

6th day trip (16 April 2018)

Dah masuk hari ke 6 travel, rasa begitu pantas masa berlalu 😢😢😢
Kita pergi naik MRT area Chiangkaisek Memorial.

Sebenarnya nak terus pergi Chiangkaisek Memorial, sebab dekat stesen MRT tu tak de tunjuk arah mana nak pergi Chiangkaisek Memorial, tersilap arah & terpergi la National Taiwan Museum. Sempat la pose2 situ kejap.


Rupanya untuk pergi Chiangkaisek Memorial ni kena arah yang bertentangan tadi. Sesampai je area situ. Oh my god, happy giler biler tengok kawasan die yang cantik sangat. Tambahan, taman die diplan dengan cantik giler ok.

Orang bz nak tengok Chiangkaisek Memorial, aku plak bz ambik gambar taman2 die. Memang tak dapat aku nak gambarkan sebab cantik & luas sangat ok 🤗🤗🤗

Lepas pergi Chiangkaisek Memorial, terus pergi Taipei Grand Mosque sebab tak jauh sangat.

Perut pun dah berkeroncong, terus cari kedai halal tepi masjid tu je. Restoren indonesia.

Ni dia menu + harganya. Forme, harga dia tak terlalu mahal berbanding kat HongKong/ Tokyo/ Korea/ Sydney yang pernah aku pergi.

Kita makan dulu 🤗🤗🤗

Lepas makan, jalan2 area Daan Park kat seberang area tu je. Taman ni besar ye.

Then, pergi Taipei 101 yang satu ketukika dulu pernah jadi bangunan tertinggi di dunia huhu... Kat Taipei ni memang payah ada bangunan tinggi sebabnya taufan dari Laut China Selatan sangat kuat k. Masa aku kat situ pun dapat rasa begitu kuatnya angin die walaupun ni bukannya musim die. Im so excited sebab tujuan utama ke Taipei dah tertunai 🤗🤗🤗

Then, pergi area area Songshan. Area ni banyak orang kedai2 jual barang. Tapi, kebanyakannya baju perempuan 😢😢😢

Sebab dah penat berjalan, kita balik semula ke Taipei Main Station. Susah benar aku nak faham selok belok jalan dalam stesen ni sebab besar sangat. Sempat snappy gambar untuk rujukan kot2 esok lusa pergi lagi huhu