My lonely world story... *Let see the world around you, before you close your eyes for ever*
Isnin, 5 Disember 2016
2nd Day Tokyo, Japan trip (4 Disember 2016)
2nd day story p jalan kaki *very d berjimat huhu... p area Sinjuku, Harajuku & Shibuya 🤗
Ahad, 4 Disember 2016
Video 1 Tokyo (Transit Vietnam)
Just simple video sepanjang otw dari KL ke Ho Chi Mint sebelum ke Tokyo 🤗
Sabtu, 3 Disember 2016
1st day Tokyo, Japan trip (3 Disember 2016)
Ngantoknye, awal2 pagi dah kena bangun nak kejar flght awal pagi ke Tokyo.. teringat plak masa mula2 melancong luar negara dengan 3 orang member kat Phnom Penh, Cambodia. Masa nak balik Malaysia tu dah reserb tuk-tuk awal pagi subuh nak gerak ke airport sebab flight awal pagi. Its memory rite... now, im alone. I have to b more stronger to hit every challenge becoz i know i can do it 😤... yang paling mencabar, bangun pagi bite tiba2 baru terima email from my house owner bagitau yang tempat stay already change last minute. Apa tak ngelabahnya, awal2 pagi aku baru bangun kat Vietnam terima email from Mr Shohie yang tempat menginap telah ditutup n dia cadangkan untuk stay satu place yang aku x dapat google map pun 😭.. bila fikir punya pikir, aku pun buat keputusan untuk book by agoda je untuk stay 2 malam kat mana2 tempat yang mudah aku naik train.
Setelah memeram diri dalam flght dari 6.45 pagi and sampai jam 2.10 petang (lebih kurang 8 jam lebih), akhirnya... Tokyo, im coming *mati la feelng2 cite Istanbul aku datang haha... Oh My God, i make its REALITY NOW 🤗
Bout d Tokyo imgresen agak strick. Apa taknya, abang imegresen ni siap selongkar semua barang2 aku. Ingat aku bawak emas 1.2 juta 😅. Dah banyak tanya. Bukan aku masuk negara orang nak buat benda tak elok pun, so apa nak ditakut..Huhu...
Dari Airport Narita, aku guna bas je memandangkan kos lebih murah dari guna train. Mula2 yang aku google map tu guna shuttle bus 1K Yen. Tapi bila tanya kat kaunter jual tiket lebih 2K Yen. Aku terkejut gila.. cepat2 carik information kaunter, rupa2nya yang 1K Yen tu namanya bus transit Narita Airport-Tokyo Station. Keluar je dari airport, mak ai, mengigil2 aku walaupun dah guna baju 3 lapis. Tadi dalam flght kapten bagitau 17°C. Tak perlu guna aircond dah huhu... Tempat tunggu bus tu paling hujung sekali kat gate 31, dah namanya taraf paling murah 😅
Then dari Tokyo station tu barulah guna train JR ke station Shin-okubo laluan Yamanote Line. Masa dalam Tokyo Station ni yang banyak buang masa aku nak carik JR ke Yamanote line. Ingatkan station ni kecik, rupanya punya la besar giler2... last2 jumpa. then, masalah nak beli suica card plak. Last2 abang jaga tu tolong tekan2 kat mesin. Buat card suica kosnya1K Yen. Sebab apa aku nak jugak beli card, sebabnya klu guna kad ada discount berbanding beli tiket. Klu beli tiket 200 Yen. Tapi klu guna Suica Kad or Pasmo Kad, ada la kurang sikit *mati la mood berjimat cermat huhu..
Sesampai je Shin-okubo setelah melalui 15 perhentian huhu, misi mencarik hotel tempat stay plak. Punya la payah n pening aku. Nampak kat google maps macam mudah. Berpusing2 aku kat kawasan tu. Last2 jumpa sorang minah Jepun yang cantik manis ni. Walaupun dia sendiri tak tau, tapi dia sanggup pusing2 tolong carik hotel tu sampai dapat. Betapa baiknya hati rakyat Jepun ni. Last2 jumpa gak. Tq very much ya sebab tolong 😁
Untuk 2 malam ni aku akan stay kat Hotel Haru. *Patut la aku haru-biru carik hotelnya huhu . Walaupun namanya hotel, tapi share room ok. Yang bagusnya room male je n tak campur dengan pompuan. Dapat la kenal2 beberapa kawan dari beberapa negara lain.
Makan malam ni just beli Onigiri n air kotak orange je. Total cost just 216 Yen huhu...
Jumaat, 2 Disember 2016
On d way to Tokyo, Japan trip (2 Disember 2016)
Holla... kembali menulis bout my journey... Setelah penat lelah membuat kajian siang malam *mati la mengalahkan pelajar PHD huhu.. akhirnya, tibalah detik2 yg ditunggu.. berdebar tak terkata trip kali ni sebab p sorang2 n i have to transit at vietnam b4 fly ke Jepun. Tak sabar rasanya nak sampai Tokyo he3... disebabkan guna flght Vietnam Airline, terpaksa transit kat Vietnam dulu untuk 1 nite b4... masa book hari tu fikir murah, tapi fikir balik, macam bertambah mahal coz kena stay hotel satu malam n buang masa la plak.. tambahan, aku memang pernah travel sorang ke Ho Chi Minh, Vietnam, so i not really feel so excited. Just rasa macam pulang kampung plak ha3.. this is my 1st experince using Vietnam Airline. So far, its really nice n good.
Flght KL-Ho Chi Minh, Vietnam kejap je around 8.50 malam (waktu malaysia) n sampai dalam 9.30 malam (waktu vietnam). Disebabkan flght ke Tokyo awal pagi esoknye, aku buat keputusan untuk stay hotel yang berdekatan dengan airport. Boleh jalan kaki je nak gerak awal2 pagi besok huhu... Daripada Agoda, dapat la hotel RM56 pernite yang tak berapa jauh dari airport. Stay kat Mi Linh Hotel.
Sampai hotel, just kemas2 barang n z..Z..z.. coz esok pagi flght ke Tokyo jam 6.10 pagi ok. Mati ko klu aku tertinggal flght 😭.. So, dalam jam 4.30 pagi mesti dah kluar dari hotel walaupun Vietnam memang lewat dari jam Malaysia huhu...
Selasa, 29 November 2016
Memory 26 Nov 2016 🤗
Baru sempat nak update sebab bz dengan beberapa hal 😂
Sebelah pagi sampai tengahari ada Jamuan Tahunan Jabatan n Majlis Persaraan Jabatan Tahun 2016