Rabu, 1 Jun 2016

2nd day in Seoul, Korea Selatan

Hari kedua di Seoul yang penuh mencabar sebab aktiviti hari ni pax sangat memandangkan kami plan nak pergi sebahagian tempat2 menarik kat Seoul untuk hari ni (almaklum la cuti2 mee segera 😂.

1. National Palace Museum of Korea

Sepatutnya plan awal pagi dah gerak dari Itaewon, tapi disebabkan masing2 kepenatan. Sedar2 dah jam 8 pagi (mati le suboh gajah 😨). So. Dari Itaewon nak pergi Gyeongbokgung tu just guna subway line. Sampai je stesen Gyeongbokgung tu. Boleh la berposing ngan beberapa benda yang unik sebelum keluar station 😅. Sebenarnya plan just ke Gyeongbokgung Palace, then masa keluar dari subway tu ada satu bangunan, ingatkan tempat beli tiket. Rupanya muzium free. Huhu.. dah dengar free apa lagi redah je la kan 😂

 2. Gyeongbokgung Palace

Dah penat pusing dalam tu and ambik picture (boleh tapi tak boleh ada flash -mati le syaratnye). Kita orang pun keluar and pergi Gyeongbokgung Palace. Sebab dah buat research awal, klu masuk dalam ni lebih 10 orang dapat harga lagi murah. Klu kurang dari 10- setiap orang kena 3,000₩. Tapi klu lebih 10 dapat harga 2,600₩ sorang. Masa kat muzium tadi terserempak pelancong India dari Singapore & bapa mertuanya India Kelantan, Malaysia. So dah pakat nak join sekali bagi mencukupkan bilangan kami yang 6 orang kepada lebih 10 orang (mati la, baru sedar betapa bernilainya duit kat Seoul ni walau sepuluh sen 😂). Kita orang keluar Muzium tu lebih awal. Masa tunggu mereka ni, dapat plak 4 orang pelancong perempuan dari Malaysia gak (sweet2 plak tu-mati la gatal 😨). Terus pakat dengan mereka join group untuk dapat harga murah. Masa kumpul duit ni agak kalut huhu and aku yang kumpul duit tu. Rupanya duit tak cukup. Aku terus tambah duit aku sebab bertanggungjawab masa collection tu 😂. Rupanya aku bagi terlebih duit baki dengan kawan & geng2 budak perempuan tu, sebab pening dengan angka ribu2. Mujur my friend bagi balik baki duit masa dalam palace tu 😅. Yang kes group budak perempuan ni baru tau bila mereka terjumpa kami masa nak balik Malaysia. Mereka bagi balik duit yang terlebih tu 😅. Alhamdulillah, rezeki..

1st kita orang gerak sama masuk istana sebab aku yang pegang tiket. Bile dah masuk je istana tu dah berpecah. Termasuk group kita orang. Ada yang ke utara, ada ke selatan, timur, barat ha3..  terlalu excited dengan keunikan istana tu. Besar gile kawasan istana tu. Nasib baik dapat kumpul balik. Lepas puas berposing and kita orang dah penat (mati la just masuk separuh istana je sebab kejar masa. Next destination... 😄

3. King Saejong Muzium

Keluar je pintu Gyeongbokgung palace tu boleh tengok view bandar metropolis Seoul. Wow... im speachless... dari jauh aku dah dapat tengok patung King Saejong iaitu pengasas tulisan Korea 😆. So, kita orang terus menapak ke situ sebab utama nak tulis nama dalam tulisan Korea free 😅. Nak ke kawasan muzium tu just guna pintu kat belakang patung King Saejong and ke bawah tanah ok.

Setiap kita orang dapat cuba tulis nama dalam tulisan Korea FREE dengan bantuan pekerja muzium tu 😂. Rupanyanya kat tepi tu ada bilik tayangan 3D. Bila orang tu cakap free.. apa lagi, guna je la peluang yang ada kan 😁

4. Insa-dong

Lepas tu, exit naik atas balik. Terus berjalan ke depan. Agak confius gak nak ke Insa-dong. Nasib baik terjumpa Tourist Information situ. Dia ajar. Klu nak refeil air minuman free je kat situ and ada wifi free lagi tu 😂

Lepas dengar penerangan, kita orang pun menapak ke Insa-dong. Dalam perjalanan tu, terjumpa kedai yang buat less. Apa lagi, mata rambang nak beli barang walaupun sebenarnya tak masuk dalam list budget pun.

Wow.. jauh gak nak menapak ke Insa-dong and kita orang siap minta tolong sorang minah Korea yang muka flawless gile. Walaupun dia tak pandai cakap inggeris and bagi penerangan dengan kita guna bahasa Korea (mati la, angguk2 faham je) huhu.. 😅. Bagi aku, mereka ni sentiasa membantu tourist klu ditanya. Klu kt Malaysia pun aku jarang buat gitu 😨

Walaupun banyak yang recomment Insa-dong ni, tapi sesampai je plaza situ memang bersepah orang tua (aku pernah baca beberapa blog jugak yang Insa-dong ni kawasan orang tua melepak 😂. Kami semua tak berminat lama2 kat situ, so kita orang teruskan dengan planning ke Namdaemun guna subway.

5. Namdaemun Market

Masa nak guna subway ni. Sebab nak kejar masa, kami semua ikut je mana2 subway. Ni kawan aku punya pasal la 😈. Sebabnya masa aku cakap salah masuk train, merka cakap betul. Then aku terang mereka train ni menghala ke mana, baru kita orang cepat2 buat keputusan untuk keluar kat train yang boleh patah balik. Kami dah menghala ke Dongdaemun plak. Nasib la aku bijak- mati la puji diri sendiri 😂.

Sampai je Namdaemun market, mata dah rambang tengok barang2 cenderahati kiri kanan. Sebab kami semua lapar, so buat keputusan kena makan dulu. Carik punya carik jumpa kedai tepi jalan jual nasi goreng 3K ke 4K ₩. Kawan2 aku pergi beli. Aku plak berminat nak beli roti goreng kat sebelah kedai tu sebab tengok orang ramai beli. Dalam tu sayur + mee korea. Harga 1K ₩. Tapi rasa biasa je bagi aku. Lepas makan. Pergi carik bangunan E-Leadang sebab yang aku baca, dalam tu ada satu kedai jual cenderahati yang lebih murah.

Nasib kita orang sangat baik. Naik je tingkat satu bangunan E-Leadang (warna oren) tu. Baru menapak sikit ke dalam, kawan aku tertengok nombor kedai tu D-2-76 (tu yang best pergi dalam group sebab banyak mata membantu 😅). Seriusly harga cenderahati situ jauh lebih murah dari yang dijual kat bawah. And pekerja pompuan Korea tu boleh berbahasa Melayu & sangat lucu huhu 😂. 

Sebab kami sampai dah lewat hampir jam 5 petang (masa kedai nak berkemas tutup). Boleh plak sebahagian group kita orang ni main redah ke tempat lain tinggalkan aku n kawan + bini kawan. Kami dah tanya dengan pekedai pompuan tu kat mana kedai jual kerongsang murah. Nasib baik sempat.

Tengok kat bawah gambar kedai tu. Situ memang jual murah berbanding kat bawah. Rambang mata aku tengok. Belum lagi perempuan tengok ha3.. aku sempat beli for my mom & adik pompuan aku la(tak kan untuk papa & adik lelaki aku - dah buang tebiat 😂)

Dah habis beli kat atas tu, misi mencarik geng2 yang entah ke mana. Korang ingat ni ala2 main polis entry 😨

Masa banyak dihabis mencarik mereka pulak. Nasib baik terjumpa. Then, menunggu mereka pulak nak beli beberapa barang kat bawah. Sebab dah namanya cuti2 group kan, kena tunggu la walaupun hati meronta2 nak cepat2 pergi next destination 😭. Tunggu punya tunggu, boleh plak aku terbeli strawbery yang murah (3K ₩). Tak rugi and rasa manis & besar gedabak plak tu 😅. Then terbeli la plak topi 5K ₩ (aku ni pengumpul topi/cap 😂).

6. KTO Plaza

Bila semua dah settle. So kita orang belum solat lagi. Kawan2 p tanya aku tempat solat yang ada. Sebab semua maklumat yang aku print, aku tinggal je kat Malaysia - mati la malas nak berat2 😨. Seingat aku, kat Infomation centre Myeongdong ada tempat untuk solat. Nak kejar masa. Kita orang naik subway je (walaupun 1 line je sebab Namdaemun ni sebelah Myeongdong je).

Sesampai Myeongdong, terus carik information counter. Rupanya tak ada bilik solat huhu.. 😂. Nasib baik pekerja tu bagitau kat KTO (Korea Tourist Organization)plaza ada. Tapi kena menapak plak. Bagi aku, agak jauh. Tapi kami semua gagahkan diri and cepat2.

Fulamak.... memang berbaloi gila sampai KTO ni. Selain tempat solat, ada banyak benda boleh main kat situ. Dah FREE. Klu aku tau awal2, tengahari tadi dah pergi situ. Lepas jamak zuhor-asar, kita orang sempat main beberapa game kat dalam tu. Tak sedar dah dekat jam 8pm sehingga kena sound pekerja KTO huhu... kita orang pun cepat2 terus solat jamak maghrib-isyak. Aku recomment sangat klu nak solat sini. Selain tu boleh guna je benda2 or game, refiel air yang ada. FREE je semua 😅

7.Cheongyechon Stream

Lepas keluar dari KTO tu, depan tu adalah Cheongyechon Stream yang terkenal kat Korea. Sungai tengah2 bandar Seoul yang dulu kotor and dibaik pulih oleh kerajaan sehingga menjadi tempat rekreasi. Kita orang just sempat tengok dari atas je sebab nak kejar masa. Betapa berharganya masa kat Seoul ni sampai berangan pun tak sempat huhu 😂. 

8. Myeongdong

So. Kita orang gerak balik ke Myeongdong nak tengok apa yang ada. Macam2 ada kat situ. Just like Bukit Bintang, tapi bagi aku 10 kali ganda lagi havoc 😅. Yang paling banyak ialah kedai jual barang kosmetik. Aku yang tak berapa nak lawa ni terpengaruh sekali shoping beberapa barang kat Nature Republic. Dah ada sale and ada FREE gift. Rambang mata plak aku 😨. Sampai tak sedar duit keluar macam air paip 😂. Lepas beli barang, sementara tunggu kawan yang lain shoping, aku check baki duit. Macam tinggal sikit je 😂. Terus ajak kawan pergi Tourist Information nak tau Money Changer yang boleh terima duit Malaysia and tanya tentang bus ke Namsan Tower. Bila dah dapat info, terus bergegas ke tempat yang dibagitau, rupanya dah tutup 😂. Usha tanya mana2 money changer yang masih buka, mereka tak terima duit Malaysia (terasa begitu tak berharganya duit Malaysia 😭). So, pasrah je la guna baki duit yang ada. Klu tak cukup gak, terpaksa tunjuk muka kesian kat member 😅

Sebenarnya kita orang planning nak ke Namsan Tower (yang asalnya plan nak pergi masa malam 1st). Tengok jam dah lewat, mungkin tak sempat sampai situ. So, semua dah kepenatan, balik Itaewon je la guna subway 😂

Selamat menatap sebahagian picture sepanjang hari 1st 😆

Bawah ni picture kat line subway Gyeongbokgung
Bawah ni plak Muzium free tepi Gyeongbokgung
Ni tiket kounter tempat beli sebelum masuk Gyeongbokgung 😁
Tengok belakang aku tu la rombangan kami bersama beberapa orang pelancong yang join group kami nak dapat harga murah tu 😅
Bawah ni pulak picture2 dalam Gyeongbokgung 😄
Ni la nama aku dalam tulisan Korea masa kat Muzium King Saejong (maaf, tulisan macam budak tadika 😅)

Bawah ni depan kedai jual baju murah on-way nak ke Insa-dong 😅
Bawah ni picture benda yang aku makan kat Namdaemun tu 😨
Ni la kedai jual cenderahati murah kat E-Leadang, Namdaemun tu. Tu aku bergambar dengan pekerja kedai yang boleh cakap melayu + peramah tu 😅
Bawah ni plak kat kedai kerongsang. Untie ni pun baik 😆
Bawah ni posing2 masa tunggu member beli barang kat Dongdaemun 😂
Ha, tengok tu ape kami main kat KTO Plaza 😅
Just sempat ambik picture dari atas je sungai ni 😂
Ni la hasil shoping kat Myeongdong 😂
Suasana Myeongdong
See.. house big the palace? #pengsan ko nak pusing semua huhu

1st day in Seoul, Korea Selatan

Kenangan di korea selatan hari 1st cuma dekat Itaewon je. Sebab flight ke korea dalam jam 8.00 pagi. Perjalanan 6 jam yang amat memerit kan (duduk, makan, berbual & tidur 😨). Tapi since sampai je Airport Incheon, ya Allah... i cannot say anywords then i feel very excited. Its just like dream came true 😂. Bayangkan kat Korea masa tu dah musim panas tapi 22 darjah je (panas & dingin). Sampai Incheon Airport dalam jam 3.20 petang waktu tempatan Korea (sebab kat sana sejam tepat awal dari waktu Malaysia).

Lepas imgresen clearence semua (mudah & cepat je), pergi cari any store untuk topup T-Money sebab nak guna subway ke Itaewon. Rupanya subway ni berada kat building seberang airport. So, menapak ke seberang and naek train je jenis berhenti2. Kita orang tak naik jenis KTX (kt Malaysia ERL) sebab yang tu agak mahal. Naik yg ARX cuma 4050 ₩ je satu perjalanan. Kena tukar laluan kat Gongdeok(rujuk gambar kat bawah). Then terus sampai ke Itaewon 😄

Sampai je Itaewon, terus cari guesthouse and checkin. Berkemas and berehat dulu. Then kita orang pergi jumpa member n bini dia yang sampai sehari lebih awal. Makan kat P&B(Pizza & Burger) je sebab situ agak murah. Lepas makan, jalan2 Itaewon je. Sebenarnya nak ke Dongdaemun Plaza. Tapi tengok jam dah lambat takut tak sempat ambik train.

Picture masa nak pergi & dalam flght (Terasa diri jakun sangat) 😂


Bawah, picture sampai Incheon Airport 😄
Tengok kat belakang kami tu ada jambatan. Jambatan tu la yang menghubung building airport & building subway (ARX or subway berhenti2)

Akhirnya, aku berjaya gak merasa Banana Uyu yang famous tu. Sekali je aku minum, tapi member aku plak yang ketagih 😅
Dah sampai Itaewon 😅 & pergi cari guesthouse
Makan kat P&B (Pizza & Burger)
Jalan2 kat Itaewon
Berposing kat Line Plaza, Itaewon 😆
Bawah ni pemandangan dari kawasan guesthouse member area Yatch guesthouse sebab guesthouse ni atas bukit, nampak dari jauh keadaan bandar Seoul 😃
Bawah ni contoh roote yang kami guna dari Incheon Airport ke Itaewon. Sebenarnya ada banyak cara, tapi sebab kami tak biasa, so pilih roote yang paling kurang transfer 😂

Isnin, 30 Mei 2016

Sebelum bertolak ke Korea Selatan

Disebabkan flght kmi jam 8 pagi, so kita orang decide tido kt KLIA2 je la. Klu nak bertolak dari rumah member kt Puchong tu, kang terlajak tido menangis tak sudah ar n Korea hanya tinggal dalam mimpi uhuk3 😂

Kat KLIA2 ni memang safety sebab ramai gak orang overnite sementara tunggu flght awal pagi. Terpulang pada ko nak lepak kat ceruk mana pun, asalkan ko bahagia huhu...

Muka tengah bengong tunggu member sampai sambil2 dok berwasap dengan sorang member yang dah sampai Korea dulu akibat dia tersilap book date huhu.. 😥


Guest what time is it? 2 pagi huhu...
Gelandangan kat KLIA2 pagi2 bute 😂

Jumaat, 27 Mei 2016

5th tips before fly to South Korea

5th tip before nak fly ke Korea... pasal makanan. No mather u Muslim or not, may be you should brings some food from Malaysia becoz the food at Korea is very expensive #pengsan sekejap 😱

Bayangkan, rata2 blog yang aku baca, harga makanan dalam 20K₩ (kira2 RM70.00)  #nanges... bace 😭... kt Malaysia sendiri pun aku terlalu payah nak kluar duit makan banyak tu untuk sekali makan huhu..

As im Muslim, Itaewon merupakan tempat yang paling mudah nak jumpa kedai2 Muslim 😆

Nah.. cukup tak ke idok stok makanan yang dah aku beli. Klu tak cukup, nak p tunjuk muka mintak kesian kat kawan la nanti (mengampu) 😈


Stock nak jimat kan...😅 Tapi sebenarnya makanan tin tak boleh bawak masuk flight. Kena rampas oleh kastam. Sedih giler ok 😭

Khamis, 26 Mei 2016

4th tips before fly to South Korea

4th tips before fly to Korea is about a maps and the best transportation that gonna be choose. I choose to study more bout Subway line becoz in Korea, Subway is d best and cheap transportation for you to go anywhere there 😅

1stly, i could say that i really stuck when at 1st study bout the Seoul Subway lines. Wow.. got many lines and its zig zag.. but when i study more its really convenience  transportation for you to arrive any area in Seoul becoz most of the place are link each others. Really help rite 😆

That why at 2nd tips i really excited to get T-Money from KTO FREE 😂 T-Money not even can use at Subway, its also can use at any store that provide T-Money for you to purchase things. Sound like kredit card rite 😂

See how Subway lines in Seoul 😨


When i make a lot of revision, wow.. we can detect T-Money just by using our phone. Oh my god, i think the card is just same like in Malaysia (Touch and Go). But, actually its beyond my expextation huhu.. 1stly you have to dowload T-money balance application by play store. 
Then you just put the card at the back of your phone. Then the balance will appeare like this. So amazing rite 😨


3rd tips before fly to South Korea

3rd tips, sudah pasti nak pergi melancong luar negara kena tukar siap2 duit Won kat Malaysia. Faham2 je la, nilai RM kan dah jatuh, banyak negara yang nilai tinggi dari duit Malaysia dah tak terima duit kita. Sedih.... 😧

Tempat tukaran duit yang paling ok setakat yang aku jumpa paling ialah kat area Masjid India. Kat Sky Xchange money changer yang dulunya dikenali sebagai ARS Money changer. Berbanding money changer kat KLIA, KLIA2 dan KL Sentral yang sempat aku survey, situ paling rendah. Tambah2 nilai duit Malaysia sekarang kan jatuh. Kadar tukaran RM3.50 = 1K ₩. Tempat lain tu lagi tinggi 😭

Berangan kaya jap walapun hakikatnya.... 😂

Selasa, 24 Mei 2016

2nd tips before fly to South Korea

My 2nd tips untuk rakan2 Malaysia yang nak fly ke Korea. Ada baiknya daftar ahli kat web KTO. 

Untuk rujukan, pergi ke web ni:

http://www.visitkorea.com.my/

Jawab soalan and then boleh pergi ke KTO kat KL sendiri or kalau jauh macam aku, aku pos je. Ada 3 benda yg perlu.

1. Fotostat ic
2. Fotostat iteanery flght ke Korea
3. Print kod yang mereka bagi (selepas kita jawab kat web KTO, mereka akan send kod ke email kita)

Amat mudah ok. Bila dah semua di atas dah disedia, untuk yang luar dari KL sediakan sampul ikut saiz yang mereka tetapkan beserta alamat sendiri and lekatkan terus setem bernilai RM3.50. Masukkan dalam sampul untuk dipos beserta 3 dokumen di atas. Then boleh terus pos. Lepas pos, sila email ke email KTO untuk maklum yang kita ada pos dokumen ke KTO. Sebab, bila dokumen dah sampai, mereka akan reply bagitau kita yang dokumen tu dah sampai dan dalam proses mereka. Macam aku yang stay kat Kuching Sarawak ni ambik masa 2 minggu je untuk mereka pos balik barang tu. Seriusly amat mudah n bagi aku amat berbaloi. Apa taknya, mereka akan bagi kita:
1. Korea maps
2. Booklet korea
3. Kupon2 discount untuk kita kat korea nanti
4. T-Money yang dah terisi 2K ₩ 😅

Serius... tak rugi ok. Sebenarnya tujuan aku nak dapatkan free T-money and bus free dari gapyeong ke Nami Island jeti, tapi tak sangka boleh dapat banyak lebih dari tu. Kan dah jimat. Bayangkan kalau beli kad T-Money kat Korea harganya 3K ₩ (klu tak silap aku), and sape nak bagi free 2K ₩ nilai dalam kad plak tu. Jadi dah jimat 5K ₩ (kira2 RM 17.50 duit Malaysia) huhu.. klu tambang ulang alik dari stesen Gapyeong ke jeti Nami Island dalam 6K ₩ (kira2 RM 21.00). Untuk dua benda ni je dah jimat dekat RM40.00. Belum lagi kupon2 discount2 yang KTO bagi tu. Really lucky 😅

Nah gambar sebagai bukti 😂