Salam sayang2 semua kita teruskan cerita kenangan hari ketiga ðĪĐðĪĐðĪĐ
Bangun awal pagi, menghirup udara yang sangat bersih & view gunung-ganang yang sangat tenang, walaupun masing2 masih terketar2 kesejukan ðŽ
Sempat pose2 sementara menunggu sarapan disediakan ðĪ
Sarapan kita orang hari ini, Mee hoon & telur goreng... Alhamdulillah, dapat untuk mengalas perut ini ððð
Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, masih lagi sempat posing2 mereka ni ððð (Gambar bawah)
Seriously, view dekat tempat penginapan ni sangat cantik memandangkan ia antara tempat penginapan yang dekat dengan kaki gunung Kinabalu. Tapi, klu ko masih tak pass nak drive area ceruk2 bukit, gunung yang curam ni, baik surrender. Kang tak sampai2 ðĪĢðĪĢðĪĢ
Sebelum ke PPD Ranau, kita orang sempat singgah Desa Dairy Farm yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan kita orang. Almaklumlah, Sabah kan memang terkenal dengan ada ladang besar pengeluar susu di Malaysia. So, ia menjadi tempat yang perlu dikunjungi. Ingatkan jam 8 pagi itu kami saja, rupanya dah penuh kenderaan kat dalamnya sehinggakan tiada tempat parking memandangkan kawasan parking agak terhad. Ni bukan hujung tahun @ cuti sekolah ye dah penuh macam ni menunjukkan betapa "wajib"nya setiap rakyat Malaysia nak pergi masuk melawat kilang ladang lembu ni ðĪðĪðĪ
Untuk masuk pun bukan free ye, kena bayar RM5 setiap kepala ð
Sebelum masuk, kita pose2 di pagar luar dulu ðŽ
Dah masuk dalam tu,kena menapak berjalan kaki ke bangunan utama ye. Bawah ni gambar view kawasan hadapan luar bangunan tu. Dah macam kumpulan boria pulak semua ni kan ðĪ
Next target bahagian jualan. Dia asingkan dua kaunter. Sebelah untuk ice-cream Dan sebelah yang satu lagi untuk susu fresh.
Niat di hati nak beli susu fresh perisa coklat, tapi just tinggal kotak yang paling besar sahaja ðĢ
Tengok, barisan ni telah dikuasai oleh rombongan kita orang ð
Maka, selepas itu, masing2 berkeliaran ke mana2 sudut2 yang ada di situ bagi merasai makanan yang dibeli ð
Sementara yang lain entah hilang ke mana, aku & kak Amal sempat pergi ke sebuah ladang lembu. Ladang yang bawah ni kecil & pengunjung berpeluang memberi makan lembu tersebut.
Manakala satu bangunan yang lebih besar di belakang (gambar di bawah), kita orang hanya mampu melihat lembu dari jauh. Tapi lembu ni nampak lebih besar & sihat2 belaka berbanding lembu di kandang tadi nampak lebih comel dan kecik ðŪðŪðŪ
Selepas tu, baru kita orang sempat makan ice-cream ððð
Selepas dalam 40 minit, kita orang pun beredar. Memandangkan jam dah menunjukkan jam 9 pagi. Surat yang dihantar sebelum ini menyatakan yg kita orang akan sampai ke PPD Ranau pada jam 9 pagi. En. Jusli (KOD Ranau) dah banyak kali wassap & telefon bertanya sudah di mana kerana mereka semua sedang menanti kedatangan rombongan kami.
Dibagitau perjalanan memakan masa hanya 15 minit dari Kundasang, padahal itu sebenarnya Sabah drift ye. Ni Sarawak drive, so hampir sejam juga Masa yang kami ambik untuk sampai. Faham2lah, jalan kawasan ini yang berbukit bukau, cerun & lengong-melencong sangat menguji si driver ðĒ
Sebaiknya, biar lambat asal selamat ðĪĐ
Akhirnya kita orang sampai di PPD Ranau dalam jam 10. Bangunan PPD Ranau ni lebih kurang di SarawakS masih berkongsi di bangunan kerajaan dengan agensi kerajaan yang lain. Kita orang tersipu2 apabila kehadiran kita orang telah dinanti dan disambut mesra oleh Pegawai2 PPD Ranau & AKRAB Ranau. Betapa baiknya layanan mereka ðĪĐðĪĐðĪĐ
Sempat bergambar kenangan sebelum masuk bangunan ðĪĐðĪĐðĪĐ
Sebelum acara lain, kita orang dihidangkan dengan nasi lemak + satu sambal yang aku dah lupa nama, tapi memang sedap bila dicampur bersama nasi lemak ni & air teh Sabah yang sangat sedap ini ððð
Selepas sarapan, barulah sesi perkongsian dijalankan.
Penyampaian cenderamata sebagai kenang kenangan ðĪðĪðĪ
Sabah teh untuk setiap rombongan Sarawak yang datang ðĪĐðĪĐðĪĐ
Seterusnya, sempat pula ke tempat ni. Siap dihantar oleh pihak Ranau lagi tu menunjukkan betapa baiknya mereka
ðĪðĪðĪ
Sementara yang lain digigit ikan, kita orang berehat di kedai kopi (mati la escape ððð)
Next, tempat yang memang ingin dituju ialah pekan Kundasang...
Tengok sayur-sayurannya sangat fresh ððð
Gambar kenangan bersama KS & Jue di pekan Kundasang ðĪĐðĪĐðĪĐ
Geng gagak hitam berehat dipondok sementara yang lain berkeliaran ke merata tempat ððð
Selepas itu, time to say goodbye Kundasang dan keindahan gunung Kinabalu ððð
Sebelum menuju balik ke KK, sempat singgah ke pekan Tamparuli iaitu tempat kelahiran Marsha AF ðĪĐ
Inilah jambatan Tamparuli yang famous tu ðĪðĪðĪ
Masing-masing sempat menikmati keindahan jambatan ini walaupun agak uzur ðĪðĪðĪ
Alhamdulillah, sempat singgah solat jama' di masjid Tamparuli ðĪĐðĪĐðĪĐ
Kemudian, perjalanan ke KK diteruskan. Jalan2 di KK kelihatan sangat sesak. Tambahan, masa ni time orang balik keje ððð
Aktiviti malam, bebas ikut masing2, kebanyakannya terus mengisi perut sebab belum makan tengahari. So, kira package (makan tengahari + malam) ðĪðĪðĪ
Selepas makan, pergi menghantar KS balik hotel. Kemudian sambung menemani 3 orang geng havoc ni ððð
Rambang mata nak ambik yang mana satu sebab semuanya cantik2 mutiara. Tak tau la kot2 ade diselit mutiara tiruan pun semua main hentam beli je kan ðģðģðģ
Sempat singgah kedai jual makanan traditional Sabah. Qama & Pidot memborong ðģðģðģ
Selepas itu, pergi balik ke area pasar malam, kemudian pergi ke pasar basah.
Qama & Pidot sekali lagi memborong ikan2... Yup, harga ikan2 dekat sini sangat murah. Ada yang RM2 sekilo, kat Sarawak 5 kali ganda harganya ðĪŠðĪŠðĪŠ
Yang group ni pulak tak tahu lepak area mana tu ð§ð§ð§
Lepas tu, kita orang balik hotel masing2 for ZzZ.... ðīðīðī

























































